Khamis, 27 Oktober 2011

Kedah Tak Perlu Berhutang dengan Persekutuan

Dulu heboh seluruh Malaysia yang mengatakan Kerajaan PAS Kedah tidak perlu berhutang dengan Pusat kerana mampu membayar elaun dan gaji jentera kerajaan Kedah.


KERAJAAN KEDAH TIDAK BERHUTANG DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN



ALOR SETAR - Status kewangan negeri semakin kukuh dan diuruskan secara berhemah menyebabkan Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk mentadbir negeri ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, segala perbelanjaan berjalan lancar kerana pihaknya telus dalam pentadbiran selain tidak berlaku salah guna kuasa oleh kepimpinan tertinggi kerajaan.“Saya bangga selama mentadbir Kedah, kita tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan atau uruskan pentadbiran.“Saya difahamkan, ada negeri terpaksa berhutang dengan Pusat hanya untuk membayar gaji pekerja. Ini menunjukkan pengurusan kewangan kita diurus dengan baik,” katanya.Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya membuat beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan hasil untuk menjana sektor ekonomi, selain mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.“Walaupun tiada sumber baru dan masih tertakluk pada sumber sedia ada, namun atas usaha penambahbaikan dalam hasil negeri seperti hutan, cukai tanah dan sumber galian, kita mampu tingkatkan pendapatan,” katanya.Azizan percaya berdasarkan prestasi cemerlang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sejak tiga tahun lalu, rakyat akan bertambah yakin terhadap kepimpinan sedia ada.“Tak semua kita bangunkan dengan menggunakan hasil negeri, namun saya bangga kerana dengan peruntukan negeri pun kita mampu tadbir. 
“Kita juga memperolehi dana Pusat dalam aspek pembangunan kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk salurkan peruntukan,” katanya.

Tup tup .... ini jadinya. Duit peruntukkan penyelenggaraan jalanraya seluruh Kedah digunakan untuk bayar elaun pegawai Kerajaan.  Maka munasabah lah mereka tidak berhutang kerana duit JKR ada. Yang tak enaknya rakyat Kedah menanggung terpaksa menggunakan jalanraya yang berlopak dan berlubang. Tak percaya, rondalah seluruh negeri. Lihat dan rasa sendiri.


AZIZAN TIDAK AMANAH GUNA WANG UNTUK RAKYAT KEDAH!

DUN Kedah : Azizan mengamuk bila ditanya kemana wang peruntukan dari kementerian kerja raya kepada JKR Kedah bagi maksud kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan kerajaan dan jalan-jalan raya di negeri Kedah. Rakyat Kedah kecewa kerana jalan-jalan raya tidak pernah di baik pulih dan di selengarakan dengan baik di seluruh negeri Kedah. Sana sini jalan-jalan raya berlubang-lubang sejak PRU 2008. 

Bangunan-bangunan pejabat kerajaan kelihatan buruk dan banyak peralatan yang sepatutnya di selenggarakan, telah di abaikan oleh kerajaan negeri pimpinan Azizan. 

Akhirnya, Azizan akui ..." saya simpan wang peruntukan tersebut RM100 juta kedalam tabung YAYASAN MENTERI BESAR ... hanya RM34 juta sahaja yang di belanjakan sejak januari 2011 ".

Dari jumlah RM154 peruntukan kerajaan persekutuan untuk kesejahteraan rakyat negeri Kedah, azizan juga menambah ..." RM20 juta lagi di agih-agihkan kepada ADUN-ADUN PR Kedah ... rakyat kena tanya ADUN-ADUN PR, saya tak tahu "

Duit rakyat diberikan kepada ADUN-ADUN PR. Duit rakyat diserahkan kepada ADUN yang mungkin disalahgunakan untuk tujuan atau program parti. Rakyat nak tahu apa yang sudah dibuat dengan duit JKR tersebut.

Ini apa pulak? Bantuan Kerajaan Pusat? Kenapa perlu walhal banyak duit simpanan dalam Yayasan MB? Kenapa perlu duit dari pusat. Hari tu gah kata tak perlu pinjam dari Pusat, tetapi kenapa sekarang merayu pulak? Statement flip flop MB Kedah.

Apakah guarantee/warranty yang boleh diberikan jika duit tersebut disalurkan kepada kerajaan negeri dan digunakan untuk tujuan sebenar kerana sejarah membuktikan yang mereka menyalahgunakan peruntukan yang diberi. Duit penyelenggaraan jalan dan bangunan di beri kepada ADUN-ADUN PR.

Inilah kerajaan yang suka menipu. Kerajaan yang menggunakan nama Islam untuk menipu ...

Kedah rayu bantuan Kerajaan Pusat hadapi banjir

26/10/2011 5:17pm

JITRA 26 Okt. — Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini. — Bernama

4 comments:

Bingai @ Bangang berkata...

RM100 juta dalam tabung YAYASAN MENTERI BESAR tu nak buat apa? untuk pencen ke?

Tanpa Nama berkata...

Agaknya duit yang diambil dari peruntukan senggara jalan tu dah nak habis dah kot. Jadi sekarang guna pula isu banjir. Dapat nanti tak taulah pula apa yang akan depa buat. Takut jadi macam duit JKR pulak. Ini bukan fitnah tapi depa sendiri yang mengaku. Dasar puak-puak munafik dan penjual-penjual agama untuk hidup. Cakap saja pandai. buatnya entah apa-apa. Patutlah 3 tahun memerintah apa pun tak nampak. Yang kerajaan persekutuan buat depa pi mengaku depa punya. Cukup senang kerja depa. Tapi siang malam dok kutuk Kerajaan Persekutuan. Depa tak tau kot yang Kerajaan Persekutuan adalah BN.

Tanpa Nama berkata...

Hutang utk Kulim Hi-Tech yg ada di PKNK pun aku ongat ada dekat RM170 juta, tu pun tak habih bayaq lagi, jgn la dok belagak yg bukan2 & jgn pulak dok kata tu hat BN punya. La ni sapa yg pegang dia la kena tanggung

Tanpa Nama berkata...

hutang bank bina insaniah di kola ketil mcm mana pula? nanti sapa nak bayar? takkan naikkan yuran pelajar kot.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates