Jumaat, 14 Oktober 2011

Kronisma & Nepotisma

1.  Kronisma dan nepotisma bermaksud perlantikan dan pemberian sesuatu yang berharga (milik awam) kepada keluarga atau rakan-rakan sendiri tanpa mengira kelayakan. Mendengar sahaja perkataan kronisma dan nepotisma, maka pembangkang akan katakan itulah amalan buruk dalam  Umno dan BN.

2. Apabila anak dan adik YB Pharolrazi dilantik ke Yiked, Bekas Menantu Kesayangan Ustaz Azizan juga di Yiked, Cucu Saudara Ustaz Azizan di KHTP, Kawan baik Dato Amiruddin dan ratusan lagi lantikan baru ahli-ahli tegar PAS kedalam perbadanan dan GLC tanpa temuduga dan kelayakan sepatutnya dibuat. Tidakkah ini dinamakan kronisma dan nepotisma?

3. Perlukah kita nyatakan bahawa Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR itu anak Anwar dan Wan Azizah, dan Wan Azizah Timbalan Presiden itu Isteri Anwar. Perlukah juga kita  nyatakan bahawa Lim Guan Eng itu anak Lim Kit Siang. Dan perlukah juga kita beritahu bahawa Karpal Singh juga mengambil anaknya menjadi ahli parlimen dalam partinya? Dan siapa pula Ariffahmi?

4. Istilah baru mungkin perlu dicipta, agar penyokong pembangkang tidak kelihatan ditipu mentah-mentah oleh pemimpin mereka. Apa tidaknya, tidak ada satu pun parti pembangkang yang tidak ada nepotisma dan kronisma..

5. Tapi percayalah, penyokong taksub mereka akan menutup pintu hati dari berfikir seolah-olah tindakan pemimpin mereka satu wahyu yang tiada lagi takwilannya. Sedangkan ayat-ayat Allah SWT berulang-ulang menyatakan "...tidakkah kamu berfikir..".



Nota : Adik Pahrolrazi tu semasa di GLC persekutuan kira baloq juga. Tak tera manapun tapi boleh pegang jawatan tinggi di Yiked. 

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tak pa. Allah Maha Kuasa. Segalanya Allah bagi untuk Tunjuk siapa mereka. Sekarang Kita Tahu Siapa Mereka.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tau......depa tak habaq apa pun kat saya ........ni kena tanya depa...

Tanpa Nama berkata...

Dalam PKNK ngan anak-anak syarikat PKNK pun banyak anak beranak depa. Ada yg sepupu Ostad Zizan, ada yg anak menakan Exco......maknanya ramai lagi. Lagi senang depa nak sapu licin....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates