Jumaat, 21 Oktober 2011

LAAA..DEPA DOK SYOK LAGI RUPANYA....


Oleh: Watan Bertinta

Kalau tengok dari segi lagak, gaya, cara cakap, Dato Bashah rasa dialah MB Kedah selepas ni, walaupun hakikatnya dia kena pastikan 3 perkara terlebih dahulu. a.Dipilih sebagai calon, b. BN menang kerusi majoriti DUN Kedah, dan c. Dia direstui dan dipilih sebagai MB oleh PM.

Demikian juga kalau ditengok cara kerja Dato Li Ibrahim, pegawai Tugas-Tugas KHAS PM, saban minggu balik ke Pedu dan Kuala Nerang, khabarnya dia sedang merundingkan dengan SYed Sobri agar  Syed Sobri melepaskan kerusi DUN Kuala NERANG padanya, sebagai balasannya Dato Najib kata dialah MB Kedah lepas ni.

Ni belum dikira kempen Ahmad LEBAI SUDIN(LESU), Dari Kg Bukit sampai ke Jabi, dia dah ceramah dalam banyak perjumpaan, 'akulah MB Kedah lepas ni, aku pernah jadi EXCO, Aku Ketua bahagian,aku bla..bla..bla..bla

Itu tidaktermasuk Dato Det Khalid lagi, 'penyakit gila talak dia pada jawatan MB' tak kunjung padam, walhal salah diri sendiri menyebabkan dalam sejarah KEDAH Jatuh pada PAS. Itupun ada hati nak jadi MB Lagi, dimana sahaja SULTAN pi dia mesti ada sama, jek ROSMAH dan Najib tidak terhitung lagi. Patutnya yang perlu dijek atau didekati adalah pengundi. Patutnya di bersyukur, walau Kedah kalah dibawah pimpinannya dia dibagi jawatan PENGERUSI MADA, PENGERUSI SPPM, Timbalan Pengerusi TOURISM MALAYSIA dan Ahli lembaga pengarah banyak GLC Kerajaan Persekutuan, nak apa lagi????

Pemimpin di kawasan lain mungkin juga ada feel dan buat perangai yang hampir sama..Itu hangpa pakat boleh cerita. MUNGKIN di JERAI, LANGKAWI, PADANG SERAI, SP, BALING, KULIM, MERBOK semua ketua Bahagian atau bakal bakal calon punyai perasaan yang sama, pakat 2 kali 5. Semua rasa layak jadi calon, layak jadi EXCO dan layak jadi MB. Walhal dalam hati puak ini tak dak sekelumit pun rasa perjuangan untuk bela rakyat, bela agama, bela bangsa dan bela negara. Sama la dengan puak PAS pun, yang depa tau nak bela wanita. bela marka dan bela harta benda saja, dah mula rasa nikmat KUASA...

Tau taulah apa nak jadi, Ingatkah bila Allah s.w.t mentakdirkan UMNO dan BN Kedah kalah pada PRU 2008 puak UMNO dan pemimpinnya akan sedar diri, muhasabah diri dan berubah menjadi lebih insaf dan lebih baik serta bijaksana.

Rupanya makin bengap sepanjang masa, SYOK SENDIRI dan terlebih banyak MIMPI dan MENGINGAU DISIANG HARI..Patutlah puak PAS, PKR dan DAP tak payah teruk-teruk bekerja.

Nasib la kat hangpa rakyat Kedah woi..Dapat pemimpin yang syok sendiri, dapat MB bertaraf ustaz pun ingat nasib akan jadi lebih baik rupanya sama sahaja..DAH KENA DAH PENYAMUN JUAL PENYANGAK...!!!

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

dah payah dah zaman sekarang nak cari pemimpin pejuang rakyat, yang depa tau berjuang untuk kepentingan diri, anak, isteri dan keluarga ada la.
semua sama sahaja, rakyat dibodohkan, kuasa dan kekayaan untuk diri sendiri diutamakan

Tanpa Nama berkata...

Dah semua hat ada dok kata tak layak, cuba bagi nama sat sapa yang layak jadi MB Kedah

Mahawangsa berkata...

aku nak tergelak bila baca dlm, utusan dua hari yg lepas Dato bashah punya statement selepas mesyuarat umno kedah.Katanya BN Kedah ready 100 %.Punyalah buat lawak lagi.Apa benda yang 100% tu.Yang aku tahu peti undi pun berlambak tak wujud lagi kerana masalah dalaman bahagian di Kedah.Jentera BN di bahagian pun tenggelam timbul.yang nampak rancak pakat melobi nak jadi calon>Boleh mampuih la kalau macam ini punyaperangai pemimpin UMNO/.Dato bashah relak lagi ke.Rakyat bukan bahlol lagi.Aku ingat mereka ini tipu Dato Najib kot kata semua ok dan alright.UMNO di Kedah kian reput kalau puak-puak ini pimpin Kedah lagi lepas ini.Dato Najib tak tahu ke ini semua.

Tanpa Nama berkata...

BAGI MAT SABU ATAU MAHFUZ OMAR SAJA JADI MB KEDAH..CONFIRM KEDAH AKAN BERTUKAR MENJADI DARUL SARKAS SDN BHD..KAH..KAH..KAH!!!!

Tanpa Nama berkata...

Padang Serai masih lagi serabut dan berselarak.Tunggu masa sahaja nak ranap.Itu pun ramai dok geli nak jadi calon.Drp bahagian,pemuda,wanita dan pu3 semua pelingkup umno sahaja.Masing-masing berjuang untuk perut dan poket sendiri sahaja.Demokrasi telah mati dlm umno padang serai.Nak cerita semua eloklah buat satu dailog terbuka sekali dengan ahli.

Tanpa Nama berkata...

Watan Bertindak, ulasan tu meleset....nampak macam 'orang membenci'. Bagaimana kekuatan PR la ni?. Adun PAS dan PKR sesetengah kawasan (Parlimen dan DUN) dok lari, malaH ada yang tak jengok muka dikawasan kerana takut jumpa rakyat, bagaimana?.

Jika nak komen kerja pemimpin, pi siasat dan buat kesimpulan yang tidak 'menyebelah pihak'. Jika benci Tok Li atau Tok Det pun, telahan bia tepat. Nak 'mengata', aku pun lagi pakar. Sebab aku tahu banyak hal bab-bab dalaman nih... Tapiii.., demi parti yang aku sayang, lebih baik aku fikir dan bantu apa yang baik untuk kemenangan BN dan merampas balik Kedah dari PR yang 3 tahun lebih perintah Kedah, tapi habok pun tak dak untuk kebaikan rakyat Kedah.

PR Kedah diterajui PAS dah jual Ugama Islam kerana takut kapada DAP dan PKR.

Jangan marah ya...!!!!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kita pun tak kata PAS tu baguih dan kuat.PAS pun mohong bagi dua.Masaalahnya UMNO dan pemimpinnya yang masih sengketa tak habis lagi.Dulu masa nak jawatan janji bulan bintang dan macam-macam.Nak perubahan serta nak wujud perpaduan dan sebagainya.Bila dapat jawatan apa depa buat.Yang depa dok pulun isi temolok sendiri.Kemudian rakyat biasa hangpa suruh berkorban apa sahaja.Yang depa lain pula.Hambat projek.Lagak kereta lagi basak.kemudian tu janji pun mohong.Nak jumpa pun susah,Talipon pun tak berjawab.Kita bukan suka kat PAS.Tapi UMNO itu dan pemimpinnya tak sedar diri.Lupa kata UMNO lemah di Kedah.Lagak macam kuat dan hebat.UMNO Kedah lena dan mimpi.Yang depa pulun bagi poket ketat.Ini masaalahnya.UMNO kedah lena dan syok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

watan bertinta..jangan ditegur pemimpin UMNO, depa semua yang terbaik, depa bagus, jadi jangan tegur walaupun untuk kebaikan..jangan diusik pemimpin-pemimpin besar ni, depa dah banyak buat jasa..cakap yang elok-elok saja tentang mereka, semuanya OK, OK, OK, biarpun hakikatnya semua bakal menjadi K.O, kah..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

kami rakyat padang terap sokong DATO GHAZALI IBRAHIM jadi MB Kedah, tu pun kalau dia jadi calon DUN dan menang serta BN Kedah menang kerusi majoriti dalam PRU ke-13.

-Kami juga sokong 200% Dato SERI MAHDZIR KHALID dilantik jadi Menteri Pelancongan

-Pengundi Kg. Perik

Tanpa Nama berkata...

kalau LI BRAHIM, DET KHALID, MAT SUDIN, rakyat, pengundi dan ahli

Tanpa Nama berkata...

kalau MAHDZIR KHALID, GHAZALI IBRAHIM, MAT SUDIN, rakyat, pengundi, ahli UMNO dah lama dah meluat, yang sokong cuma puak yang ada kepentingan dan yang terus mendapat habuan..apapun marilah kita sokong mereka ini, SOKONG BAWA REBAH..Jangan marah.

AKu dari Jalan Kilang Lama, KULIM, menyokong AZIZ SHEIKH FADZIR sebagai calon MB Kedah. Timbalan MB Kedah, DATO DR KU RAHMAN, ADUN Guar Chempedak

Tanpa Nama berkata...

Kami semua setuju dan sokong 500%, BN Kedah akan sapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen dalam election akan datang.Kami juga setuju 700% DATO BASHAH jadi MB Kedah, walaupun dia tak lulus SRP. BN baik, bagus, hebat, sapa yang boleh lawan..HE..HE.HE

Tanpa Nama berkata...

takkan Mat bashah x luluih srp SRP kot ....... dia mna da amik SRp , dia amik LCe laaa .. SRp memang dia tak luluih pasai x amik .... kalau UMnoo betoi2 brani ,, letak CEO SADA MIE DIN tanding DUN sg Tiang ,,, lepaih menang lantik jd MB ,,, pekak2 dia pun besa jd DO , CEO .......... DEt khalid takat chegu sokolah ajooooo .. pa lg mat basah tue .

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates