Rabu, 12 Oktober 2011

LU LANGSI WA DEDAH

Oleh : Abu Nawas 


Zaman kanak-kanak dahulu, apabila berlaku pergaduhan, maka yang lembik dan kalah mulalah berkata-kata menakutkan kawan “jaga, aku bagitau pak aku, biar padan muka hangpa”. 

Begitu juga dalam politik di Kedah ni, taktik budak-budak macam tu sering diulang-ulang pemimpin yang di atas persada takta. Aku dedah ni, dedah itu sudah berulang kali di dengar dari pihak PAS, tetapi yang semakin terdedah adalah perebutan mereka untuk jadi Menteri Besar sahaja.

Terbaru seorang exco yang sedang bermimpi indah untuk mengantikan tempat Ustaz Azizan Razak buat ugutan untuk dedahkan cara Barisan Nasional menggunakan wang jalan raya masa perintah negeri dahulu. Sekiranya mereka bangkitkan tentang pengunaan duit perbaik jalan raya, saya akan dedahkan dalam dewan undangan bagaimana kerajaan BN dulu guna duit, demikian kata exco tu yang asyik gundah gulana kerana kerusi kekusaan Menteri Besar belum dimiliki.

Azizan sendiri pernah ugut akan dedah nama pemimpin BN yang terlibat dalam projek pembekalan air di Kedah jika BN terus membangkitkan isu bekalan air di negeri ni, yang amat menyedihkan di bawah SADA.

Taktik ugut ala gangster tu bukan baru dalam corak pimpinan PAS, kerana Haji Hadi juga pernah ugut nak dedah kononnya penyelewengan kerajaan Terengganu, tetapi sampai ke kerajaan PAS di Terengganu lingkup, satu pendedahan pun tak ada.

Berbalik kepada ugutan exco itu, nampak sangat PAS hanya berani main politik “KL gangster”, siapa buka mulut aku bedal, walaupun apa yang nak dibedal itu betul atau tidak belumlah pasti. Lu langsi wa dedah ooo.

Kalau benar ada benda hendak dedah, dedahkan sahaja, kenapa perlu tunggu sidang dewan undangan dan main ugut pulak, biarkan sama-sama berhujah mempertahankan pendirian sendiri. Dari satu sudut, exco berkenaan sebenarnya mengakui ia hanya mengikut apa yang dilakukan kerajaan BN dahulu, maka ia sesuatu yang positif kerana ia mengiktiraf kerajaan BN.

Semasa duk kempen mereka duk kutuk semua benda kerajaan BN buat tak betul, sekarang ikut cara BN pula, jadi buat apa perlu ada kerajaan copy cat sekiranya kita boleh dapat kerajaan yang original yang lebih bijak.
Seterusnya mereka berhujah kononnya jalan raya akan diperbaiki tetapi kena tunggu habis musim hujan. Ini adalah alasan paling kebudak-budakan yang hanya menyalahkan lumrah alam bila terjerat dengan masalah.

Ayat yang sama juga pernah dengar masa krisis bekalan air dulu, kata mereka sekarang musim kemarau, bila habis kemarau bekalan akan pulih, tetapi sampai banjir besar sekalipun bekalan air masih teruk.

Jangan salah anggap orang ramai sekarang macam budak-budak, ugut sikit boleh diam, orang sekarang melihat keupayaan melaksanakan dan bukan keupayaan mencari alasan.

2 comments:

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

bukan kah duit peruntukkan dr Pusat untuk baiki jalan PAS msk dalam Tabung Memali...???

Bingai @ Bangang berkata...

Kalau dah ada bukti penyelewengan BN sebelum ini, DEDAHKAN! Kalau tak dedah bermakna bersubahat menutup penyelewangan amanah rakyat.

Aku Yang Bingai

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates