Ahad, 16 Oktober 2011

MACAM MANA NAK MENANG????


Oleh : Watan Bertinta

1. Jika dirasakan gendang pilihanraya umum ke-13 sudah dekat maka persoalan yang penting bagi BN Kedah yang perlu ditanya dan digerakkan ialah 'BAGAIMANA NAK MENANG'.

2. Kita takut bab 'winable candidate' yang gah dicanangkan, akhirnya tinggal sebagai kata-kata manis yang gagal dilaksanakan.

3. Winable mungkin hanya pada tanggapan tuan punya diri, misalnya semua ketua bahagian merasakan diri mereka boleh menang.

4. Dikhuatiri juga Dato Najib mentafsirkan winable dari sudut calon yang ada kaitan dengan kakitangannya, sahabat baiknya atau rakan-rakannya. Jika demikian maka sekali lagi winable candidate hanyalah retorik politik samalah seperti ungkapan KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA, namun PAS gagal dalam segala-galanya termasuk kemerosotan prestasi skuad bola sepak Hijau Kuning.

5. Sekali lagi isu asasnya BAGAIMANA NAK MENANG. Dah siap atau belum jentera perang? Bersediakah unit media baru, apa isu yang bakal diketengahkan untuk menumbang dan menggoyahkan PAS, PKR dan DAP di Kedah?

6. Komponen BN seperti MCA, MIC, PPP, GERAKAN bagaimana lagak mereka? Masih tidur kekenyangan atau sudah bangkit bekerja?

7. Elemen sabotaj bagaimana mahu ditangani? Perasaan tidak puas hati pemimpin yang tidak dicalonkan dan pengikut mereka bagaimana mahu ditangani?

8. Strategi kempen, memujuk hati pengundi, dan apakah BN Kedah akan tampil dengan manifesto tersendiri khusus bagi Kedah agar manifesto tersebut boleh dilaksanakan untuk manfaat rakyat, sudah tersedia ka belum?

9. Kaedah kempen, calon yang bakal ditampilkan, adakah disukai dan digemari pengundi dan tidak terpalit dengan isu kontroversi dan peribadi yang memualkan?

10. Jika sebahagian dari perkara penting ini sudah berjaya diurus dan sudah tersedia, maka adalah harapan BN Kedah untuk kembali berkuasa,jika perkara asas itu masih di atas kertas, maka usahakan segera. MASA TIDAK LAGI MENUNGGU ANDA SEMUA.. Ingat!!!!

4 comments:

Pemerhati Politik Kedah. berkata...

Aku pun kadang-kadang ingat slogan Wineable Candidate ini sebagai retorik dan wayang tongkoi Dato Najib sahaja.

Pertama dia pilih rakan dia dulu macam dia pilih Dato Bashah.
Kedua dia pilih siapa yang baik dengan Datin Rosmah isteri dia.
Ketiga dia pilih kroni dia yang jadi pegawai dia di JPM.
Keempat dia pilih siapa yang selalu bodek dia selalu terutamanya Ketua Bahagian.


Inilah cakap-cakap di luar sana di Langkawai,Alor Setar,Kuala Nerang,Sik,Sungai Petani,Baling,Kulim,Serdang termasuk di KL.

Sebab yang jumpa bomoh pun ada bagi Dato Najib berkenan.Maka jadilah calon bomohan.

Inilah antara retorik atau wayang tongkoi dalam isu Wineable Candidate.
Jika benar cakap-cakap liluar ini maka PAS akan terus jadi kerajaan boneka PR.

Tanpa Nama berkata...

Macamanana Nak Menang:

UMNO/BN pasti tiada calon SPM/SRP dalam PRU 13 nanti.

Mahawangsa berkata...

Nota untuk YAB PM.


Untuk makluman YAB Ds PM suara UMNO bukan lagi suara akar umbi.Suara UMNO hanyalah suara kelompok dan kumpulan UMNO sahaja yang terdiri daripada kroni dan puak mereka sendiri.
YAB Ds PM harus melihat dan menilai dengan tepat setiap calon disetiap kawasan sama ada Negeri atau Parlimen.Suara NGO dan rakyat jelata amat berharga dan relevan waktu kini.Untuk makluman YAB Ds PM suara yang keluar adalah suara upahan semata.

Semoga YAB Ds PM selamat terajui negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kami pengundi Kedah dok perati tengok sapa yang nak jadi Mb Kedah.
Dato' Bashah! tak dak kelulusan
Dato' Mukhlis ! kurang menyenangkan
Dato' Johari Baharum ! Buleh gagah
Dato" Mahdir Kalid, langsung tak buleh harap

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates