Sabtu, 1 Oktober 2011

Melayu Bangsa Rasuah

Melayu adalah bangsa yang kuat makan rasuah. Itulah yang cuba digambarkan oleh DAP dan agen-agennya iaitu PKR, Malaysiakini, Roket dan disokong kuat oleh PAS bagi meletakkan bangsa Melayu itu bangsa yang mundur dan pendek akal dan kuat nafsu materialnya.

Benarkah Melayu kuat makan rasuah? Jika dilihat dari laporan pemberitaan terutamanya berita dari pembangkang, maka benarlah, Melayu itu satu bangsa yang kuat makan rasuah. Sebagai pembangkang, marilah sama-sama kita menyokong kenyataan ini, supaya matlamat untuk menjatuhkan kerajaan BN/Umno lebih cepat menjadi kenyataan. Pedulikan Maruah Melayu, yang penting "kebenaran" mesti kita pertahankan.


Janganlah kita gunakan akal kita untuk berfikir, adakah akan berlaku rasuah jika hanya ada pihak yang menerima tanpa ada pihak yang memberi. Juga janganlah kita fikir dengan akal kita, bagaimana rasuah ini ia boleh terjadi jika semua orang hanya menerima, dari mana datangnya sumber rasuah tersebut.

Apa saja, untuk keseronokan yang selari dengan halatuju politik kita, kita teruskan menjadi pak turut dengan penuh bangga, kita tetapkan bahawa rasuah itu Melayu dan Melayu itu rasuah.

Kita tidaklah perlu ambil pusing bahawa yang memberi rasuah itu adalah golongan peniaga yang majoritinya dari kaum tertentu. Kita jangan langsung bercakap soal ini. Kita jangan juga peduli bagaimana ratusan  persatuan atau dewan peniagaan kaum tertentu yang tidak langsung memperdulikan pemberi rasuah dikalangan mereka ini. Tidak langsung ada kempen anti memberi rasuah, malah rasuah seolah-olah tidak wujud dipihak pemberi.

Apa yang penting, kita carilah sebanyak mana keburukan bangsa Melayu dalam soal rasuah. Kerana inilah kita, bangsa yang perlu diburukkan seburuk-buruknya oleh bangsanya sendiri.


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

SIAPA PULAK BANGSA YANG KUAT MEMBERI RASUAH? MAI KITA SIASAT. KITA TANYA DAP DULU.

me no name berkata...

Yang kuat memberi rasuah ialah golongan CINA. Kerana budaya mereka dari zaman dolu dolu.... Dari negeri China telah mengamal rasuah ..... ZAman dynasty2 dahulu dah melakukan rasuah .... Dan budaya ini lah yang mereka bawa menjajah dunia..... Bagi kaum ini ada perpatah nya yang berbunyi begini "kalau dah terlanggar tembok, maka alihkan lah tembok itu. Tiada yang mustahil, semuanya boleh dibeli". Percaya lah itu lah cara mereka.... Perkataan "Moral" tidak ada dalam kamus mereka.. Asal duit semua boleh......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates