Ahad, 16 Oktober 2011

Pak Menteri cakap lain pegawai di bawah buat lain

Artikel dibawah Kedah Times petik dari Mummy Rokiah. Kedah Times agak bersetuju dengan apa yang dicatatkan oleh MR. Menteri cakap berdegang-degang di atas pentas, tapi dibawah hampeeh.

Ini dialami sendiri oleh Penulis dengan Jabatan Veterinar yang berada dibawah Kementerian Pertanian. Penulis ada mengisi borang memohon benih ternakan kambing pada awal March 2011 dan diserahkan kepada Jab Veterinar Daerah bersama POSTCARD bersetem 60 SEN.

Penulis faham mungkin ramai yang membuat permohonan dan peluang penulis untuk mendapat bantuan tu agak terbatas. TETAPI, yang menyedihkan POSTCARD jawapan balas yang telah diletakkan setem 60 SEN tu pun tidak dipos kembali tanda penerimaan permohonan. Inilah yang dikatakan Hampeeh. Pegawai yang menerima permohonan tu hanya perlu sahkan penerimaan borang dan poskan saja POSTCARD yang telah diletakkan alamat pemohon itu. Tetapi sehingga kini POSTCARD pun tidak nampak  ....

Setuju dengan MR, perlaksanaan dibawah macam Hampehhhh. Pegawai goyang kaki dalam pejabat terlalu banyak. Yang mereka tahu pukul 10 pagi lepak kedai kopi. Gah hanya apabila menteri turun ...


Pak Menteri cakap lain pegawai di bawah buat lain

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata dalam ucapan pada majlis makan malam Gala Halfest 2011 dan Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat bahawa Produk desa perlu dipromosikan sebagai berdaya maju dan menarik kepada cita rasa pelanggan dalam usaha meningkatkan nilai rantaiannya dalam pasaran.

Ungkapan sebegini dah naik termuntah rakyat mendengarnya kerana telah berkali-kali nyayian yang sama diulang-ulang setiap kali berhadapan dengan pengusaha-pengusaha desa dan bumiputera.

Hari ini rakyat ingin melihat ‘result’ apa yang kerajaan telah lakukan dan tindakan pro aktif Kerajaan di dalam menjayakan pengusaha desa.

Ramai Pak Menteri cakap tak serupa bikin di hadapan pengusaha kampong apabila tiba perlaksanaannya di bawah lain pula jadinya. Pegawai-pegawai perlaksana di bawah langsung tidak bergerak. Ramai yang bermain wayang di hadapan Pak Menteri.

Isu sama juga berlaku kepada usahawan-usahawan siswazah dan belia yang baru untuk berniaga. Salah seorang pengusaha muda yang MR jumpa katanya “Menteri cakap lain tapi pegawai di bawah lain yang mereka buat, hampeeeh lah MR. Baik kami jadi Namewee yang kurang ajar tu….”.

Kata anak muda tersebut yang sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan kepada mereka.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

memang betooiiiii.....gaji mau lebey ! koje maleh !...xde koje mintak koje..dapat koje..maleh Koje!! makan gaji butey !

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kerajaan mmg mcm ni bro....tak heran la standart cara kerja diorg mcm hampeh.....tp gaji dan bonus nak lebih......berlagak nak mampus cuba korang kerja dgn company swasta dgn cara kerja mcm ni comform kena tendang keluar punya....tp.....tp....bukan semua kakitangan kerajaan yg bersikp demikian.ada yg bekerja bersungguh sungguh......

Tanpa Nama berkata...

kau org kena faham menteri tu cakap aja.. prosedur meka langsung tak tau dan lagi tek ucapan bukan menteri yg buat. Byk Prosedur perlu di ikut dan di patuhi. Itu masalahnya. Cakap Politik utk syok org mendengarnya lepas abis majlis pergi mampos la kau orang..prosedur yg ada utk memudah cara wajib di kaji semula. Yg bestnya kakai tanga kerajaan ni, tak buat keja tak apa janji Bos di jaga. itu penting. yg rajin mampos dikudakan , pangkat beri kat meka, keja kat org lain.. Dan Bos dan kaki tangan era Najib ahsyik meeting pagi, petang malam Hasilnya HAMPASSSS< lapuran mesti CANTIK.. ITu Najib Mau...

Tanpa Nama berkata...

Bukan Jab Kerajaan sahja yg jd mcm tu. Ni terjadi pada kemarin 15/10 Program Larian Amal di Hosp Sultan Abd Halim Anjuran Ahli Lembaga Pelawat. Mesy Lembaga Pelawat tak pernah hadir, tup2 kemarin YB. Dato Mukhriz mai rasmi, terpacak di majlis tu, siap duduk makan semeja lagi dgn VVIP lagi. Pas tu Ketua Pemuda Merbok siap promote lg ahli lembaga pelawat yg tak pernah hadir meting kat Dato Mukhriz suruh bagi mana-mana seat Dun atau Parlimen kat dia...hehehehe....lawak minggu ini.

Tanpa Nama berkata...

Jabatan kerajaan dah dipenuhi oleh HamPAS smenjak Umno mengamalkan polisi mempariahkan penyokong sendiri, dan tidak lagi meletakkan penyokong Umno ditempat yang sesuai. Nak laksana apa pun tak boleh jalan dah, asyik kena sabotaj dengan cara "tak buat kerja" oleh kelompok hamPAS saja.

Pengaruh Umno dalam kerajaan sudah lumpuh, dilumpuhkan oleh Umno sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates