Jumaat, 28 Oktober 2011

PATUTLAH HUTAN MAKIN GONDOL


 Oleh : Abu Nawas

Beberapa fakta menarik Jabatan Audit Negara mengenai Negeri Kedah.

1. Bab Balak
Hasil premium balak meningkat dalam tahun 2010 iaitu sebanyak RM48.54 juta berbanding hasil sebanyak RM33.05 juta pada tahun 2009.

Laporan audit menyebut pertambahan hasil premium balak berikutan pertambahan kawasan yang diluluskan untuk membalak. Tahun 2009 sebanyak 6,093.68 hektar diluluskan dan tahun 2010 sebanyak 7,856.11 hektar diluluskan.

Daripada lapuran berkenaan, bermakna kawasan yang diluluskan untuk balak tahun 2010 meningkat sebanyak 1,762.43 hektar ataupun lebih 35 peratus berbanding tahun 2009.

Bertambah kawasan, bertambahlah kutipan premium. Sebelum ini Ustaz Azizan gah mendakwa kerajaan negeri meningkatkan hasil premium balak tanpa menambah keluasan yang diluluskan.

Keluasan yang sama macam mana tu Ustaz kalau kawasan yang diluluskan makin naik tiap tahun, bukan naik sikit tapi sampai lebih 35 peratus. Sapa berniaga pun boleh buat untung macam nie.

Meh lah kita pakat tebang balak supaya senang anak cucu pemimpin PAS nanti.

2. Bab sumbangan anak syarikat kerajaan negeri
Tahun 2009 kerajaan negeri terima RM15.17 juta daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). (Note: kerajaan negeri duk canang dapat RM20 juta pembayaran daripada GLC Kedah dan ini adalah kejayaan hebat kerajaan negeri)

Tahun 2010 kerajaan negeri hanya dapat RM180 ribu sahaja.

Ikut laporan audit punca terlalu sedikitnyan sumbangan dari GLCk adalah kerana PKNK tidak buat bayaran dan bayaran hanya diterima daripada Yiked Kuari dan Permodalan Kedah Berhad.

Patutlah puak Pas dah diam bab sumbangan GLC nie, rupanya dah susut banyak sangat. Dah malu sendiri.

3. Bab Hutang Kerajaan Negeri
Ikut laporan audit juga hutang kerajaan negeri meningkat daripada RM2.38 bilion pada tahun 2009 kepada RM2.61 bilion pada tahun 2010. Pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan pusat pula hanya dilakukan
sebanyak RM20.892 juta.

Azizan Razak selalu menyebut kerajaan negeri sudah mengurangkan jumlah hutang dengan pembayaran yang baik kepada kerajaan pusat. 

Yang sebenarnya berlaku adalah bertambah hutang, kalau bayar setakat RM20 juta, kerajaan dulu pun bayar banyak tu juga. Apa yang hebatnya kerajaan negeri urus bab hutang nie.

Ada banyak lagi, termasuk tunai dalam tangan kerajaan negeri yang makin kurang. Rajin-rajinlah mengkaji laporan Audit Negara pasal Kedah yang agak tebal.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bab balak memang dah kronik.. tgk sekitar balik - sik saja yang sebelum ni kaya dengan hutan habis disodok.. jalan yang elok habis berlubang dek lori balak..

UMNO kedah dulu mungkin ada salah.. ada silap.. tak ada manusia yang sempurna.. tapi puak2 PAS cakap gah lagi la tak serupa bikin.. ingat ya.. PAS menang pun sebab puak2 UMNO ada yang sakit hati kat bahagian kalih pangkah PAS.. jangan dok juah sangat la.. depa ni dah menyesal.. menang bersorak kampung tergadai.. kepada puak2 UMNO yang terpangkah lain tu, insaflah.. lihatlah apa dah jadi.. hal keluarga kira settle dalam sudah..

teringat lirik lagu warisan..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

-TokChik

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah biasa menipu dalam ceramah tu macam tulah agaknya bila Allah beri kuasa memerintah. Tahniah atas pembongkaran semua isu ini. Bila mereka nak komen pasal ini ya.

Tanpa Nama berkata...

Laporan audit membuktikan report card kedah sejahtera hanya pembohongan puak pas sahaja. Seekarang kebenaran telah muncul, kita tengok apa plak depa nak bohong....puak depa kan lagi pandai dari audit negara

Tanpa Nama berkata...

>hamPAs saja yg betui...org len semua salah!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates