Isnin, 3 Oktober 2011

Penyelewengan RM350 Juta : Bina Darulaman Berhad dan KUIN

Ya, RM350 juta..., dan bukannya RM35 Juta. Lebih suku billion ringgit hutang bakal ditanggung rakyat Kedah.

KUIN : Hubungkait Bina Darulaman Berhad dan IJM Corp. Berhad

Daripada maklumat yang diperolehi menyatakan sejak 2 -3 bulan kebelakangan ini Dato Jahubar Sathik (GMD BDB ) kerap mengambil cuti yang panjang antara 1 hingga 2 minggu dan berada sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh bercuti. Pentadbiran BDB banyak dipantau ‘The Blue Eyed Boy’ beliau, Dino budak gembala ‘kuda pawah’ di Darulaman Golf.

Dino yang juga dikenali sebagai ‘Hero Tasik’ berikutan dimana saja beliau ditugaskan akan terdapat ‘tasik’ samada semula jadi atau buatan manusia, terbaru ditugaskan GM di Darulaman Realty disamping masih mengekalkan jawatan nya sebelum ini di Darulaman Golf. Dia dilihat cukup berkuasa di BDB sehingga mampu mengarah pegawai2 yang lebih senior di BDB dan anak syarikat. Hampir semua staff BDB dan anak syarikat maklum sekiranya sesiapa saj yang bermasalah dengan beliau tidak mampu bertahan lama di BDB.

Sebagaimana yang menjadi buah mulut dikalangan staff BDB, banyak tindakan – tindakan Dato’ Jahubar Sathik dipengaruhi Dino termasuk isu yang sedang diperkatakan berhubung perlantikan IJM Corp. Berhad sebagai ‘Total Sub Cotractor’ untuk projek Kampus baru KUIN di Kuala Ketil.

Menurut sumber, tindakan menganugerahkan projek KUIN kepada IJM adalah merupakan ‘Retire Plan’ oleh Dato’ Jahubar Sathik setelah menghadapi masalah dalam pengurusannya di BDB. Beliau yang menerima tekanan daripada Lembaga Pengarah BDB berikutan kegagalan beliau menguruskan sumber kewangan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan projek KUIN, walaupun beberapa intitusi kewangan secara dasar telah bersetuju untuk membiayai projek tersebut dengan jaminan Kerajaan Negeri.

Kegagalan pengurusan beliau dapat dilihat berikutan 3 peristiwa perletakkan jawatan CFO BDB oleh tiga individu berbeza dalam masa 2 tahun. Sumber juga memberitahu telah berlaku pergeseran antara beliau dan Lembaga Pengarah berikutan skim gaji yang diterima oleh beliau dan surat perletakan jawtan pernah dimajukan kepada Lembaga Pengarah.

Perkembangan terbaru ini membenarkan pandangan beberapa pihak yang menyatakan tindakan kerajaan PR Kedah membawa balik beliau sebagai GMD BDB adalah satu keselipan. YB Dato’ Amiruddin adalah individu yang bertanggungjawab membawa beliau kembali ke Kedah walau ditentang oleh bebrapa orang pimpinan PR Kedah.Tidak sukar untuk memahami mengapa YB Dato’ Amiruddin mempertahan tindakannya, Dato Jahubar Sathik adalah bekas Bos beliau semasa beliau menjawat sebagai GM di Darulaman Golf satu ketika dulu. Dan dikatakan, Dato Jahubar Sathik banyak menyokong beliau dari segi kewangan semenjak beliau menceburkan diri dalam politik bermula kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Dun Anak Bukit selepas kematian Al Marhum Dato Fadhil Nor.


BILLYtheKID.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

serupa juga mana kerajaan pun.Zaman UMNO/BN pun bukan semua berjaya.ada juga yg gagal.antaranya

1.muzium padi di gunung keriang
2.tanam padi atas bumbung langkawi
3.rimba takwa di pedu

lagi pun PAS adalah kerajaan pembangkang.Pusat cuma huluk pada umno sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Kantung BDB lama-lama akan habih, dok kena sapu dengan geng ni. IJM tu kroni depa, dpt duit bahagi sama depa. Tu lah perangai pemimpin PAS.

Sapu Ostad sapu.......sapu sampai habih....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates