Jumaat, 14 Oktober 2011

Politik dan Kuasa Untuk Apa??

Oleh: WATAN BERTINTA

Dalam karya klasik Harold D Laswell, buku terbitan 1937,beliau menerangkan 'politik adalah tentang siapa mendapat apa, bila dan bagaimana?

Demikianlah, taruhan paling diinginkan dalam bidang politik ialah 'kuasa'. Kuasa menyebabkan ramai pemimpin politik tidur tak lena, mandi tak basah, terliur-liur mimpikannya.

Sepertimana yang dapat diperhatikan gelagat kesemua pemimpin parti politik baik dari BN atau PR tatkala menunggu tarikh pilihanraya. Masing-masing gelisah ibarat 'kucing mahu beranak'.

Puncanya kerana berdebar sama ada nama dicalonkan atau tidak, setelah dicalonkan berdebar pula untuk mengetahui siapa lawannya, setelah itu berdebar lagi untuk mengetahui keputusan sama ada menang atau pun tidak dalam pilihanraya yang dimasuki...

Kegementaran dan kegelisahan ini kerana kesemua mereka takut impian mereka menjadi orang yang berkuasa dengan title YB, YAB, bertukar menjadi ilusi dan mimpi di siang hari..

Dalam memenuhi impian untuk berkuasa, 'syaitan sanggup didakapi, musuh agama disayangi, ayat-ayat Allah rela dicemari, pembohongan dan fitnah dijaja ke sana kemari, bomoh menjadi rakan sekutu, air penawar, tangkap penaik seri menjadi pegangan, rakyat dan pengundi sanggup dibohongi, berulang-ulangkali...


Bagi yang belum berkuasa, apa sahaja akan dilakukan untuk merebut dan menduduki kuasa. Bagi yang berada di pundak kuasa, akan bermatian mempertahankannya. Lantas keinginan dan minat kepada kuasa mengatasi minat dan kepedulian kepada rakyat. Ini disebabkan kuasa membawa pengaruh, kemewahan, kesenangan, hidup ditatang dan dibuai ibarat 'merak kayangan'.

Empat isu asas yang wajib rakyat persoalkan kepada pemimpin politik, berhubung 'kuasa' ialah:

1. Ikhlaslah mereka dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah apabila beroleh kuasa????

2. Berapa banyak manfaat dan keuntungan yang dinikmati rakyat apabila seseorang individu atau sesebuah parti memiliki kuasa dan menubuhkan kerajaan.

3. Bagaimanakah mahu mengimbangi kuasa yang dimiliki parti atau pemimpin, cukupkah sekadar dengan keluh kesah, pandangan dan rungutan rakyat yang dibuat melalui perhimpunan, forum, ceramah, media baru, blog,  twitter,  facebook, akhbar, media elektronik dan cetak????     

4. Jika kaedah demokrasi, PILIHANRAYA, musyawarah, cara berhemah gagal dilunaskan oleh rakyat untuk membuang pemimpin yang sedang berkuasa tetapi menyalahgunakan kuasanya, apakah alternatif lain paling terbaik yang wajar digunakan????.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

ahli politik semuanya hampir sama, bila dah dapat kuasa, janji dan amanah kepada rakyat banyak yang terabai, bila dah dekat pilihanraya mula la datang membuai, berulang ulang kali menipu rakyat, baik pak lebai, imam, guru ataupun yang berbush jacket. 2 kali 5.semua sama sahaja.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates