Isnin, 17 Oktober 2011

RAKYAT KEDAH TAK MUDAH LUPA(BAHAGIAN 1)...


WATAN BERTINTA

1. Dulu depa janji kalau menang PRU 2008, kos utiliti dikaji semula dan akan diturunkan. Tau tau bil air SADA naik, kos nak bayar bil air pun naik sebab tak boleh bayar di pejabat POS lagi.. Rakyat Kedah tak Mudah
Lupa.

2. Dulu, depa janji dalam kempen dan ceramah bersembor air liur, kalau menang, penduduk RPA Rumah Murah akan diberi geran hakmilik tak perlu bayar lagi baki sewa, tau-tau lepas menang sapa yang liat dan lambat bayar sewa, depa nak suruh bank ambil tindakan... Rakyat KEDAH tak mudah lupa.

3. Dulu dalam kempen depa janji nak jadi kerajaan belanja berhemah, tau tau bila menang, PROTON EXECUTIVE depa tukar dengan CAMRY dan FORTUNA dan MB tambah satu lagi MERCEDES S320 yang baru harga dia RM600 ribu... Rakyat Kedah tak mudah lupa.

4. Dulu depa janji air liur dalam kempen, kalau PAS Menang dan perintah negeri, meter parking kereta dalam Bandaraya ALOQ STAQ akan dicabut, parking free, tau tau lepas menang, makin banyak meter dipasang... Rakyat Kedah tak mudah lupa.

5. Pengajaran moral, orang yang berjanji tapi gagal tunaikan, MUNAFIK namanya. Kalau berjanji sekadar nak sedapkan hati tetapi tiada niat untuk tunaikan jangan berjanji.. Ingatlah janji anda akan dituntut rakyat di akhirat dan bakal disoal Allah s.w.t di Mahsyar nanti.

6. Berhati-hati la dari mengundi PARTI CAP JANJI.. Bulan dan bintang semua mereka boleh adakan, rupanya mereka sendiri bergelumang dengan taik yang penuh di badan...

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

NAMUN LAZIMNYA, MELAYU MEMANG MUDAH LUPA, TERMASUK MELAYU KEDAH..

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagi yang depa janji, masa dalam ceramah kempen bukan main, bila dah dapat kuasa memerintah, baru depa tau bukan senang nak buat semua.Ni la geng lidah biawak, pembohong, putar belit nombor satu, merekalah ahli syurga ajaran GURU YAHYA.GURU YAHYA..PAS dan ahlinya sama sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Banyakkan lagi pendedahan.. dedah dengan betul.. bukan mcm puak2 depa yang dok fitnah dalam ceramah.. semua putar belit..

tahniah tuan blogger.. harap rakyat kedah akan sedar.. jangan hanya fanatik.. semua depa buat betul.. fikirkan..

-TokChik

Tanpa Nama berkata...

BETUL SEKALI...SEBAB TULAH DALAM CERAMAH, MEREKA TAK AKAN BERANI BACA HADIS YANG MENYEBUT PASAL MUNAFIK...TAK CAYA PI DENGAQ. SEBAB APA..SEBAB MEREKA TAHU MEMANG MEREKA MUNAFIK..

Tanpa Nama berkata...

satu lagi aku nak tambah ;
ALHAMDULLILLAH SEMUA DAH SEDAQ
janji pilihanraya 2008 PRU13 yang satu ni aku tunggu sampai bila pun tak tau lagi.
jenoh aku habak kat kawan2 di KL
Kg aku nun di Kedah akan jadi macau Belanda /Holand negeri pertanian boleh tanam padi ,boleh tanam bunga,boleh tanam buah ,boleh tanam sayok ,maaf maaf cakap akan jadi negeri pengeluar produk pertanian untuk ekspot.sapa ingat YB mana yg cakap lagu tu.
aku masih tunggu
aku menunggu
aku pastikan ia berlaku !!!
(Matt)

Tanpa Nama berkata...

saya tak tau....ni kena tanya depa.....

Tanpa Nama berkata...

lidah tak dak tulang .lidah bercabang [lidah bewak] apa depa nak heran.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates