Ahad, 30 Oktober 2011

RUMAH KITA, NEGARA KITA



Kedah Times nak ajak pembaca menghayati lirik lagu nyanyian dan ciptaan ND Lala ini. Hanya lirik saja yang Kedah Times temui. Lagu penuh tidak jumpa lagi. Tapi kita sebagai anak-anak asal tanahair ini patut   memikir dengan mendalam apa yang dikatakan ND Lala ini.

RUMAH INI RUMAH KITA


mari kita cari titik persamaan
jangan kita cari titik perbezaan
di situ bermula perpaduan kita
di situ bermula perpecahan kita


benarkah ini rumah kita
jika benar, dik oi
jika benar duduk di kerusi
jangan di lantai
jangan duduk di lantai saja


benarkah ini rumah kita
jika benar, dik oi
jika benar makanlah isi
jangan menghirup
jangan hirup hanya kuahnya
jangan hirup hanya kuahnya


baru tentu hala tujunya
anak cucu terpelihara
berbaik berpada-pada
jangan cacing naik ke mata


rumah ini rumah kita
memang benar dik oi
sudah terang lagilah nyata
jangan sengketa
sesama kita jangan sengketa


rumah ini rumah kita
jangan biarkan orang yang jaga
di tangan kita
buruk baik di tangan kita
buruk baik di tangan kita


rumah ini rumah kita
memang benar dik oi
rumah ini rumah kita
memang benar dik oi

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Rumusan lagu tu kalau lagi orang Melayu dok gaduh maka al amkdumlah habis harta dan tanah Melayu dikebas Cina dan India .Tak tengok lagi yang kaya sapa . Orang melayu memang tak mau kaya kot . Pasai habis orang lain buat kaya .

Sarjan Hassan berkata...

Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.- Dr Mahathir

Tanpa Nama berkata...

saya suka lagu ini dan liriknya yg penuh dgn makna. dlm pemahaman saya lirik ini mengajak kita supaya berusaha gigih utk memajukan diri, keluarga serta negara dr semua sudut. negara kita ni kaya sebenarnya cuma kebanyakan kita anak malaysia tdk sedar dan tidak mahu ambil peduli. kita sibuk buat benda lain mengkritik tanpa sebab mengejar kekayaan singkat dn sebagaibya dgn tdk mempedulikan keharmonian negara kita sendiri. kita sepatutnya mencari jalan bagaimana utk mengekalkan serta mengukuhkan lagi hubungan setiap kaum dlm negara bagi menjamin kesejahteraan kita sendiri. kita patut bekerjasama memajukan negara tercita ini tanpa mengira asal-usul kaum itu sendiri. negara kita ni kaya sebenarnya dr sumber buminya, tenaga dan sebagainya. cuma itulah kita anak malaysia patut sedar, bangun dr lamunan yg entah2. marila kita maju ke hadapan JANGAN MALAS, JANGAN MAKAN RASUAH, JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI. BERUSAHA UTK MEMAJUKAN DIRI, KELUARGA SERTA NEGARA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates