Isnin, 3 Oktober 2011

Selepas Jumpa Clinton, Malaysia Ikrar Keadilan Untuk Anwar

Seperti biasa, Malaysiakini, akhbar yang wujud hanya untuk menipu itu mengeluarkan tajuk yang kontroversi lagi.

Malaysia digambarkan akan beri keadilan kepada Anwar selepas jumpa Clinton.

Perkataan yang penting disini ialah "SELEPAS", bagi menggambarkan bahawa sebelumnya tiada keadilan untuk Anwar di Malaysia.



Walhal:
1. Anwar diberi keadilan pada setiap masa, malah semenjak beliau diberikan segala keistimewaan sebagai timbalan perdana menteri sehinggalah layanan kelas satu dipenjara, dan lebih banyak menghabiskan masa dihospital sewaktu menjalani hukuman penjara.
2. Keadilan untuk Anwar juga harus bermakna jika didapati bersalah, Anwar wajib dihukum, kerana melepaskan Anwar jika beliau bersalah adalah bukan sesuatu yang adil.

Selepas Jumpa Clinton, Malaysia Ikrar Keadilan Untuk Anwar

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berjanji bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

1 comments:

C L J berkata...

MEMANG TAK ADIL PUN.
KERANA BELIAU DIBERI KEISTIMEWAAN
YANG TERLALU BERLEBIHAN.
TAK ADILLAH TUUUU..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates