Jumaat, 28 Oktober 2011

Tuan Penasihat! Gaji Kamu Akan Dibayar Lebih Tinggi Dari RM1..

Tuan Sidek Segaraga sedang duduk termenung.

Datang Kassim Patalan..

'Kenapa menung saja Tuan Sidek Segaraga?

'Saya tengah berfikir. Ahli persatuan kita banyak bekerja di bawah persatuan yang kita bangkang. Persatuan itu tahu yang ahli kita memang banyak tapi mereka tak akan dapat berbuat apa-apa. Sebabnya kita semua tahu, kekuatannya adalah pada bangsa.'

'Habis tu? Mengapa Tuan bersusah hati?'

'Begini Kassim..Taktik kita yang selalu mengutip derma ketika ceramah-ceramah di adakan saban malam sudah luas tersebar di dalam media-media terutamanya di alam cyber. Duit kena cari. Balak pun semakin banyak sudah ditebang tapi tak cukup lagi.'

'Oh, begitu!! Tuan Sidek Segaraga..Bukankah tuan katakan bahawa ahli persatuan kita banyak bekerja di bawah persatuan satu lagi. Kita kasi 'deal'lah dengan persatuan tu untuk buat potongan gaji setiap ahli kita yang berdaftar dengan persatuan kita. Janganlah banyak. RM5 sebulan pun sudah cukup.'

'Ya tak ya juga. Bagus! Bagus Kassim Patalan. Tuan tolong uruskan dengan orang-orang kita yang memegang banyak jawatan-jawatan penting dalam persatuan tu. Mesti beres punya.' Kalau perkara ini berhasil, tuan penasihat akan saya bayar 20%.'

'Terima kasih, terima kasih Tuan Sidek Sepakraga!

pssst : Agak-agaknya skrip cerita ini yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun boleh diadaptasi ke dunia nyata tak? Saja terfikir untuk bantu mereka-mereka yang suka mengadakan ceramah kemudian edar kopiah untuk kutip derma...Hehehehehehe..Mana bagus? Balak ditebang hingga hutan bergelar bukit gondol ke atau gaji dipotong bagi biayai parti yang tak ada hala tuju dah?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan. Boleh tak tanya Kerajaan PAS Kedah bila nak buat JomHeboh kat Kedah pulak. Kat Kelantan dah buat. Kedah bila lagi. Kami dah tak sabar nak pi JomHeboh.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates