Khamis, 20 Oktober 2011

UMNO WAJIB BERTAUBAT...

Oleh: WATAN BERTINTA
 1. Dosa UMNO yang paling besar ialah mendidik anak bangsa, memberi mereka dengan segala macam kemudahan pendidikan, SAMA ADA DIDALAM ATAU DI LUAR NEGARA, memberi bantuan biasiswa, dan akhirnya golongan yang ditolong dan dibantu itu menjadi pengkhianat negara.

2. Dosa UMNO berikutnya ialah memberi imbuhan, keistimewaan bermacam-macam kepada golongan pensyarah, guru dan kakitangan awam tapi golongan inilah yang kerjanya tidak seberapa, menyusahkan dan melambatkan permohonan rakyat dan menjadi duri dalam daging perkhidmatan awam. Mereka ini jugalah yang banyak mendedahkan maklumat sulit dan rahsia negara kepada perosak dan musuh negara.

3. Dosa UMNO yang berterusan ialah memberikan pelbagai subsidi,itu, ini, tapi golongan yang menerima subsidi ini tidak pernah pun mengucapkan perkataan terima kasih. Yang terpacul dari mulut mereka hanyalah caci maki.
 
4. Dosa UMNO yang konsisten ialah mendirikan banyak buah universiti, pusat pendidikan tinggi, akan tetapi akhirnya yang berjaya dikeluarkan profesor kangkung yang tidak sedar diri dan penuntut yang pencapaian akademiknya tidak seberapa, tetapi bila disebut bab perjuangan'wah bukan main gah dan hebatnya bercakap' walhal belanja bulanan mereka pun masih mak bapak di kampung yang menangung.

5. Dosa UMNO yang terlampau dulukini dan selamanya ialah berterusan bekerja kuat memastikan negara aman,makmur, rakyat berpadu, sehinggakan rakyat kini terlalu bosan kerana kurang cabaran sebab itulah mereka kian berjinak-jinak dengan elemen revolusi,anarki dan demonstrasi.

6. Apa lagi agaknya Dosa YANG bakal menghantui dan mengejar UMNO untuk selama-lamanya..

7. UMNO WAJIB BERTAUBAT!!!!!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

UMNO patut jadi juara untuk semua, bukan sekadar juara kampung, konsep parti menguasai kerajaan sepatutnya sudah lama diamalkan, anak-anak pejuang dan ahli UMNO dibiar mati kelaparan, anak-anak puak pembangkang diberi layanan dan pelbagai jawatan serta kontrak kerajaan..fikirkan.Ini satu lagi dosa besar UMNO terhadap ahlinya..

Tanpa Nama berkata...

lebih utama kan penyokong tegaq yg tinggal tidak berapa ekor krn menagih projek dari rakyat bawahan yg merempat...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates