Ahad, 23 Oktober 2011

UNTUNG RUGI NASIB RAKYAT...


WATAN BERTINTA

1. Berbaloikah mencurah tenaga siang malam, taksub membabi buta, bekerja bagai nak rak, bergaduh sesama Islam, dicucuk hidung oleh khalifah putar alam, takut akan sergahan KOMUNIS HARBI, hanya sekadar mahu menangkan pemimpin atasan, yang akhirnya bila berkuasa menikmati segala keistimewaan namun rakyat bawahan hanya menikmati 'kuah sup' semata-mata.

2. Apa tujuan kita berpolitik sebenarnya? Menangkan puak, kumpulan kita atau membolehkan kuasa politik digunakan untuk membantu rakyat?


3. Sedar atau tidak pelbagai fahaman, isme, label digunakan oleh ahli politik untuk menarik perhatian pengundi dan penyokong, tetapi persoalannya, apakah yang dijanji akhirnya dilaksanakan?

4. Kita berpolitik untuk terus berpecah sesama sendiri. menyakiti sesama sendiri, atau dengan niat untuk bina bangsa, bela agama, dan majukan negara?

5. KENAPA politik kita ibarat budak-budak bertekak berebutkan mainan, yang gah dicanangkan hanyalah isu remeh temeh, isu-isu dalam kelambu, sepatutnya persaingan ditumpukan ke atas siapa yang paling banyak membuat kerja dan program yang menguntungkan rakyat?

6. Kenapa rakyat mudah percaya dengan silat politik dan gendang politik pemimpin, walhal kebanyakkan ahli politik umpama penjual ubat. Ubat tidak sekualiti mana, tetapi cara cakap dan gaya menjual itu yang membuatkan ramai tertipu kononya ubat tadi cukup hebat dan kuat.

7. Duhai rakyat, gunakanlah akal yang bijaksana, berpolitiklah demi keuntungan bangsa, agama dan negara. Bukannya berpolitik sehingga memusnahkan semua, tiada guna, 'MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'. Diri di PERHAMBA menjadi KELDAI, sekadar nak puaskan kehendak DUA TIGA EKOR MAT BELALAI.

8. Dari rakyat, oleh rakyat untuk rakyat dengan niat mencapai keredhaan Allah s.w.t, ITULAH MATLAMAT POLITIK yang patut jadi keutamaan..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates