Sabtu, 15 Oktober 2011

WINNABLE CANDIDATE - Kedah


1. Semua orang bercakap, hari-hari orang bercakap pasal siapa calon yang BOLEH MENANG atau 'winnable candidate', mari kita sama-sama buat sedikit kajiselidik siapa yang akan jadi 'WINNABLE CANDIDATE' UMNO didalam negeri KEDAH DARULAMAN. Lepas selesai UMNO kita buat pada calon PAS dan PKR pula.

2. Dalam negeri Kedah terdapat 15 kerusi Parlimen dan parti politik UMNO dan PAS pun mempunyai 15 Bahagian untuk mengurus tadbir Cawangan/ranting di kawasan masing-masing.Mari kita mula dari Utara :

A. P4 LANGKAWI : Ketua Bahagian, Ir Nawawi Ahmad, ADUN Kuah, menang dengan majoriti 3,324 undi. Bekas EXCO semasa zaman BN memerintah, keadaan kesihatan akhir akhir ini tidak begitu baik, prestasi semasa menjadi EXCO tidak begitu cemerlang. Pernah menjawat jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Negeri dan di gugurkan apabila Dato Bashah mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah.

B. P5 JERLUN : Ketua Bahagian, Dato Abu Hassan Sarif, sudah 4 penggal menjadi ADUN Kota Siputeh, menang dengan majoriti 495 undi, pernah kena gantung sebagai ADUN kerana gagal menghadiri Persidangan Dewan 3 kali berturut-turut. Kes dibicara dalam Mahkamah tinggi dan di dapati bersalah dan gugur sebagai ADUN, selepas dua tahun rayuan di buat di Mahkamah Rayuan, Mahkamah memutuskan beliau kekal sebagai ADUN dan Pas sedang buat rayuan balas diatas keputusan tersebut. Peluang untuk menang jika dicalon semula amat tipis.

C. P6 KUBANG PASU : Ketua Bahagian Dato Johari Baharom, Ahli Parlimen Kubang Pasu selama 2 penggal dan menang dengan majoriti 7,060 undi. Dato Johari juga ialah Timbalan Menteri Pertanian. Prestasi kerja di bawah par, ada masaalah dengan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Jo merupakan arkitek yang menumbang Tun semasa pemilihan Perwakilan UMNO pada tahun 2006. Rasuah politik berlaku dengan sewenang-wenangnya dan perwakilan di sogok dengan wang untuk TIDAK MENGUNDI TUN. Bahagian Kubang Pasu ada banyak masaalah dalaman termasuk dengan ADUN BN sendiri.

D. P7 PADANG TERAP :Ketua Bahagian, Dato Mahadir Khalid, mantan Menteri Besar Kedah, ADUN Pedu menang dengan majoriti 2,733 undi. Menteri Besar yang pertama dalam sejarah UMNO Kedah yang dikalahkan oleh PAS dan hilang tampuk pemerintahan Negeri Kedah. Tok Det merupakan orang kepercayaan PAK LAH dan salah seorang yang amat benci kepada Tun Dr Mahathir, beliau juga merupakan orang suruhan PAK LAH untuk mengkuburkan pengaruh Tun di dalam Negeri Kedah. Parlimen Padang Terap tewas kepada PAS. Rakyat Kedah tidak boleh terima beliau lagi .

E. P8 POKOK SENA : Ketua Bahagian, Dato Ahmad Lebai Sudin pernah bertanding pada tahun 2004 dan tewas, tahun 2008 tidak terpilih untuk menjadi calon. Parlimen Pokok Sena dan kedua-dua DUN iaitu Bukit Lada dan Bukit Pinang tewas kepada PAS. Dato Ahmad Lebai Sudin didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin atas kesalahan sabotaj pilihanraya dan dihukum gantung selama 4 tahun.

3. Baki 10 Parlimen lagi akan di sambung dalam siri berikutnya, melihat kepada sedikit sahaja analisa yang di bongkar terhadap kelima-lima calon, nampaknya semua bakal calon ada masaalah dan tidak akan membawa kemenangan kepada UMNO dan BN. Komen pembaca amat dihargai.

1 Melayu

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

pilih hanya satu..buang semua yang keruh, ambil yang jernih-jernih sahaja sebagai calon, rakyat dan pengundi tidak lagi melihat kepada parti, mereka melihat kepada kredibiliti dan personaliti..

comel2 zippppp.. berkata...

Dah lama dahh.......hari raya setahun sekali pun 'curtain' rumah ditukar....:)

Ahli UMNO bebas berkata...

Ramai di kalangan Ketua Bahagian UMNO ini berpolitik syok sendiri,kemut peruntukan Ketua Bahagian/ahli parlimen/ADUN untuk diri sendiri dan kroni....sanggup memencilkan/mengecilkan ahli2 di peringkat cawangan demi memenangkan ketua2 cawangan yang boleh dicucuk hidung dan dilembukan mereka. Terlalu banyak mesyuarat cawangan tak cukup/langgar syarat,notis, korum dan sebagainya...ketua2 dipilih hasil mesyuarat haram jadah seperti ini di cawangan2 mengundi menaikkan Ketua Bahagian yang sebenarnya langsung bukan dipilih majoriti ahli UMNO bahagian...Terlalu banyak permainan politik kotor lagi keji antara mereka terutama Ketua Bahagian dan Setiausaha serta AJK bahagian...Ayuh pejuang UMNO tulen yang cintakan bangsa dan agama ..hapuskan petualang2 seperti ini di bahagian anda...UMNO Kedah perlu lebih tulus dan telus!

Suara Desa Aman berkata...

aku tolong bagi sikit di parlimen padang serai pula.UMNO disini hancur lebur setelah ketua bahagian letak jawatan atas paksarela pihak atasan umno kerana soal akhlak yang memalukan UMNO dan BN.Korek punya korek lansung tak nampak tokoh yang dikatakan calon boleh menang.Dalam barisan kepimpinan UMNO Padang Serai ada pelbagai isu dan skandal.Sebut sahaja si A maka ada sekandel.Sebut si B pula isu juga kerja tak senonoh.Begitulah seterusnya.Padang Serai punya umno dah jadi hampas.MCA Padang Serai pun bergolak sakan.Pengerusi dia buat kerja solo sahaja kesana kemari.MCA Padang Serai pun berpecah dua katanya.MIC pula bakal calon DUN Lunas ramai meramalkan kalah awal pagi lagi.

Cerita di Parlimen Padang Serai akan bersambung lagi jika diizinkan.

paktam@ berkata...

>xsemestinya...ketua bahagian dicalonkan untk PR13 !!!
>kejutan mesti dilakukan untuk menukar mana2 calon yg boleh kalah(ketua bhgian) dlm pru13 kpada muka baru!!
> Tetapi ada ka...muka baru???
>kalau parlimen Jerlun....sure la ank tun!!..mesti menang punya!!
>kalau dun ayaq hitam???...ada muka baru??
>kalau Dun siputeh????...ada winable cdate???

dri pengundi dun siputeh n prlimen Jerlun

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates