Sabtu, 12 November 2011

Bahagian Sik

Raja Bersiung amat tertarik dengan  paparan aktiviti-aktiviti Ketua UMNO Bahagian Sik di sini. Tahniah diucapkan kepada Ketua Bahagian Sik dengan aktiviti-aktiviti tersebut terutama ketika PRU13 yang sedang hangat diperkatakan kehadirannya.

Raja juga dapati semua aktiviti-aktiviti ini disiarkan di wall facebook Ketua Bahagian. 


Tetapi hampir kesemua aktiviti-aktiviti tersebut berlaku di DUN Belantek atau mukim Sok. Tidak nampak gambar yang aktiviti itu berlaku di DUN Jeneri.

Parlimen Sik terdiri dari DUN Belantik dan DUN Jeneri. DUN Belantik berada di bawah UMNO yang mana YB Ketua Bahagian sebagai ADUNnya. Sebaliknya DUN Jeneri dan Parlimen Sik berada di Tangan PAS.

Dan pentadbiran UMNO bahagian Sik adalah hampir semuanya ditunjangi oleh mereka yang berada di DUN Belantek. Tiada dari DUN Jeneri yang dipilih kecuali Ketua Pemuda. Itupun sebab pertandingan Ketua Pemuda adalah melibatkan calon-calon dari DUN Jeneri. Mungkin ada seorang dua yang dilantik, tetapi hanya untuk menjadi 'yes' man sahaja.
Maka tidak hairanlah jika Raja lihat DUN Belantik didahulukan atau diutamakan berbanding DUN Jeneri. 

Maka tidak hairanlah RAJA dapat maklumat yang ada orang luar yang sedang hebat meronda DUN Jeneri untuk mempromosikan dirinya sebagai calon untuk DUN Jeneri. Inilah kerana DUN Jeneri diibaratkan sebagai anak tiri UMNO Bahagian Sik.

RAJA tidak mahu tulis panjang lagi tetapi nak cadangkan kepada UMNO Kedah agar Parlimen Sik dipecah kepada dua Bahagian saja. Bahagian Sik dan Bahagian Jeneri. 

Jawatan-jawatan penting UMNO Bahagian Sik dimonopoli oleh mereka-mereka dari Sik atau DUN Belantek saja. Mereka-mereka dari DUN Jeneri hanyalah ibarat pengikut atau balaci saja.

Raja sarankan sebegitu kerana nak bagi peluang kepada orang-orang Jeneri untuk mentadbir UMNO Bahagian yang selama ini tidak langsung diberi peluang jika berada dalam Bahagian Sik.

Mungkin idea ini amat bodoh tetapi yang tersuratnya perlu difahami. Jika calon dari DUN Belantik semuanya layak hatta tidak lulus SPM tetapi ahli UMNO DUN Jeneri apa saja kelulusan, tidak layak berada dalam saf pentadbiran Bahagian Sik.

Jadi eloklah UMNO Bahagian Jeneri diwujudkan!

2 comments:

akubekaspkr berkata...

Salam,
Itukah yang dikatakan winning candidate oleh UMNO?
Ust azizan,
Enta bolehlah tersenyum panjang...

pengundi batu lima berkata...

tuan; saya pun pening dengan pentadbiran umno sik.ketua bahagian sik ini kalau nak nilai memang kena banyak pergi kursus lagi cara-cara nak jadi pemimpin yang dizaman serba sengit,kritikal,mencabar.

itulah komen saya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates