Ahad, 6 November 2011

BERSANTAI BERSAMA DATUK MUKHRIZ

Rakan-rakan facebook, twitter dan blogger Datuk Mukhriz dijemput untuk hadir ke Program BERSANTAI BERSAMA YB DATUK MUKHRIZ.

Pengesahan kehadiran boleh dibuat di sini.



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan salam 1 Malaysia dan Selamat Hari raya Korban

Terlebih dahulu jari sepuluh disusun memohon ampun dan maaf andainya coretan ini membuat persaan insan tertentu terguris atau guridam rasa.

Untuk makluman semua yang dirahmati Allah hendaknya, bahawa saya bukanlah seseorang yang mempunyai jawatan atau terpengaruh dalam arena politik UMNO. Kerana sayangkan UMNO yang terlalu banyak jasa dan memberi kelesaan kehidupan kami dan pertubuhan perjuangan menaikkan martabat melayu dan islam khasnya.

PERSOALANNYA, Apakah UMNO Kedah sudah benar-benar bersedia mengharungi dan menghadapi PRU 13 nanti?. Pertandingan ini ibarat hidup atau mati UMNO Kedah dan halatuju kaum melayu, islam dan pembangunan negara amnya.

Kita ketahui amatalah berat dan terlalu tekanan buat PM kita kerana apabila kita imbau sejarah beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia beliau mendapat sokongan daripada tokoh2 terkemuka dan terhebat kini menjawat jawatan tertinggi sebagai Ketua Bahagian seperti Dato' Ghazali Ibrahim Padang Terap, Dato' Ahmad Lebai Sudin Pokok Sena, Rodzai Pendang.

PM terelalu delema dan ibarat diluah mati bapa, ditelan mati emak. Mari kita conggak dan tinjau realiti kehidupan mereka ini. Pertama dato Ahmad Lebai Sudin Pokok Sena. Beliau berpendidikan tinggi jika dibangdingkan dgn mahfuz Omar. Tetapi PAS terlalu taksub dan sekiranya diletakkan bapa jin sekali pun mereka akan pilih bapa jin.

Dato' Ahamad Sudin banyak seterunya antaranya Man Ariffin dan Haris sebagai Ketua Pemuda. Mengikut pendapat veteren UMNO Pokok Sena jika Dato Ahmad sebagai calon sampai sahaja hari pertandingan jam 12.00 tgh boleh mendapat keputusan bahawa beliau akan kalah.

Ini bermakna PM harus perjudikan beliau?

Beralih ke Daerah Pendang. Kita ketahui jasa Abang Rodzai amat besar dan penuh bermakna. Natijahnya beliau tidak disengani oleh rakyat terutamanya keturunan siam sepertimana tinjauan rambang. Sejarah membuktikan bahawa calon BN yang menjadi hero di Pendang iailah Dato' Othman Abdul sahaja yang berkelayakan.

Kita berhijrah ke Daerah Baling. Memang diakui Dato Aziz Rahim seorang yang hebat dan berjasa besar dan gah dimata dunia kebajikannya. Tetapi calon saingannya bukan calang2 tokoh dan bekan Imam Masjid Negara. Persoalannya apakah dia mampu mengalahkan lawan?. Kita lihat PRU 12 beliau kecundang dan apakah harus perjudikan sekali lagi?

PM harus ingat pertandingan PRU13 bukan hanyalan mainan dan benar2 realiti kepada agama, bangsa dan negara.

Salam hamba yang dhoih ini bukannya untuk menakut-nakut tetapi hanyalah sebagai jalan penyelesaiannya kekusutan.

Apa salahnya jika semua hulubalang ini diatas PM panggil mereka dan buat persetujuan bersama serta akujanji. Contohnya Dato' Ahmad Lebai Sudin akan dilantik sebagai Duta ke Thailand, Rodzai dilantik Duta Indonesia, Dato' Abdul Aziz dilantik senator, saudara Badrolhisham dilantik menerajui anak syarikat GLG atau setiausaha tertentu.

Tetapi harus bersyarat, mereka ini hendaklah bekerjasa berganding bahu membantu calon yang dalam pertandingan PRU13 nanti dan bukannya mencatas. Sekiranya calon memenangi PRU 13 mereka ini barulah dilantik dan jika kalah mereka juga hilang kelayakan menjawat jawatan yang ditawarkan.

Bagi YB2 yang telah mendapat mandat PRU12 dikekalkan kerana rakyat masih sayangkan mereka. PM harus memenaggil mereka ini dan membuat penilaian apakah pekerjaan mereka selama ini memberi impak dan memenuhi kehendak rakyat dan sekiranya belum mereka harus diberi teguran dan tekanan supaya meningkat kualiti kerja.

Begitu juga calon2 untuk PRU13 harus disediakan awal dan dibuat perbandingkan awal terlebih dahulu apakah calon2 ini dapat menandingi lawan supaya PRU13 Kedah ditawan semula BN.

Salam hamba yang hina dina semoga Tuan Blogger dapat link ke website PM. Akum dan Salam Sejahtera. BN berjaya Bangsa, agama dan negara maju jaya dan gah dimata dunia.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates