Selasa, 29 November 2011

CALON TIDAK BOLEH MENANG


Oleh : Abu Nawas

Apabila Najib memberitahu bahawa liga untuk pemilihan calon bagi Barisan Nasional terbuka luas kepada sesiapa yang diyakini boleh menang, maka ramailah pihak yang mula bercita-cita untuk menjadi calon.


Diatur langkah bagi mempromosi diri kepada orang ramai. Berceritalah mereka tanpa segan silu, tanpa menyeari kedudukan diri bahawa mereka mahu jadi calon dan mereka adalah calon boleh menang yang dimaksudkan itu.

Demikian, muncul pula muka-muka yang tidak dikenali dalam perjuangan politik menagih sokongan dengan harapan diterima pengundi dan mendapat perhatian Perdana Menteri.

Namun hakikatnya pengundi sangat meluat dengan mereka itu.

Sebilangan nama yang cuba menonjolkan diri itu adalah pengurus besar Keda Dato Arpan Saari, taukeh kain Makhbul Ilahi dan kontraktor yang dah kaya raya tapi sombong Usop Usima.

Mereka itu serta ramai lagi sekarang ini sedang menjalankan gerakan meraih sokongan menjadi calon dan mempopularkan diri.

Dato Arpan telah menggunakan kedudukan di Keda bagi mencari pengaruh di kalangan rakyat walaupun dalam hati pengundi dia ni tak mesra dan entah dari mana datangnya.

Kepada mereka itu, lupakanlah saja niat nak jadi calon kerana anda pasti tewas sebelum bertanding lagi.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

PRU13 akan menjelma dan menjadi satu teka teki tarikh keramatnya yang kian menghampiri. Mahu tak mahu PRU13 harus diadakan kerana ianya sudah termaktub dalam perlembagaan.

Apakah kita harus ulangi peristiwa PRU12 supaya berulang lagi? Kita xharus ianya dijadikan sebagai satu testing macamana permainan bola sepak. Kita tak mahu gah pada nama tetapi permainan sebenarnya indah khabar daripada rupa. Bahana yang menimpa ialah jurulatih yang terpaksa memikul biawak hidup sedangkan ianya dicengkam oleh tangan2 ajaib yang hendakkan sianu dan siani untuk bermain.

Kita harus mengambil iktibar PRU12 dimana calon yang telah reject harus menerima hakikat mereka sudah tiada insuran nyawa dan harus ditamatkan dan mereka harus bantu kawan2 yang dicalon yang mana sebelum ini mereka ini bertungkus lumus membantu mereka. Calon biarlah berkemampuan serta menjadi pilihan rakyat dan sanggup menjadi hamba cacai rakyat dan bukannya nampak kebendaan wang setinggi bukit.

Kita akui setiap calon yang berjaya juga memerlukan kekayaan untuk kesenganan keluarga dan rakyat kerana itu adalah tuntutan ibadah. Situasi haruslah menang2.Kita xmahu seperti bolasepak dimana pemainnya tiada semangat juang demi maruah negara, bangsa dan agama tetapi mereka berjuang sekadar wang dan nama serta tangan ajaib yang menarik mereka sebagai pemain. Akibat ketamakan kita juara tetapi untuk negara dan bangsa kita tewas semuanya.

Sebenarnya bolasepak kita terlalu delima wang dan gila glamour. Kita lihat permain bolasepak zaman dahulu seperti arwah Mokhtar dahari, Arumugam, santokh Singh, James Wong, datuk Soh Chin Aun melambangkan 1 Malaysia dan terdiri dari pelosok serata Msia. Mereka berjuang untuk maruah negara, agama dan bangsa dan bukan kebendaan semata2. Begitu juga tangan2 ajaib harus diputuskan suapaya mutu bolasepak negara bermaruah serta berprestig tinggi.

Begitu juga kita harus melihat perjuangan tokoh2 pemimpin kita dahulu yang pentingkan maruah negara, agama dan bangsa mendahului kepentingan diri. Tak salah untuk kaya tetapin biarlah kaya untuk negara, rakyat, agama dan keluarga.

Berbalik pada bolasepak mengapa kita berjaya pada zaman dahulu sedangkan tiadanya liga seperti sekarang. Kita ambil pemain yang benar2 berkualiti, berjuang untuk negara, agama dan bangsa tanpa pilih kasih tak kira terlalu perdalaman dan bukannya dihaburkan dengan wang ringgit dan belaian msera seperti sekarang.

Pengorbanan terdahulu tiada tolok bandingnya kerana maruah negara, bangsa dan agama didahulukan dan kini maruah wang serta nama didahulukan dan sistem kekeluarga pilihan utama.

Kita ambil sistem negara luar, lagi mahal pemain lagi berkualiti dan pemain mempunyai ontergriti lebih tinggu untuk memaksimumkan upah yang diperolehi.

Kita jangan lupa mengapa setiap kali pemain kita yang dianggap terhebat tidak mendapat tempat diluar negara. Mereka tahu kualiti pemain kita amat rendah dan jika mereka diambil dan dicaci kerana mutu permainan rendah dan dihantar pulang mereka akan dihemtan cukup2 oleh persatuan dan wakil2 NGO kita yang xblh terima hakikat bahawa kita tiada kualiti sebagai negara Asia lain seperti Jepun dan Korea.

Begitu juga calon biarlah berkualiti dan berjiwa besar terhadap rakyat, negara dan bangsa serta memahi situasi keadaan semasa setempat dan mendapat tarikan dihati rakyat dan bukannya calon sebagai pelakon drama dan filem terbaik hanya diatas pentas sahaja ataupun boneka.

Tanpa Nama berkata...

Itu cerita Kulim/Bandar baru.Sebenarnya harapan Dato Arpan lebih cerah jika beliau bertanding disitu.Gandingan dengan belaiu ialah Ust Fisol bekas ADUN yg disukai orang ramai.
Orang bandar baru dan serdang mahu anak tempatan sebagai calon BN.
Kalau BN letak mamak Aziz Kadiak juga maka lagi sekali akan diulamkan oleh pengundi bandar baru ,serdang dan kulim.
Zaman Kadiak,Husin,Man aji jaga UMNO sahaja.Tapi bila pilihanraya terlingkup.Sebab itu mula-mula dulu ghairah nak buat pilhanraya kecik parlimen dgn Zulkifli Nor4din.Kemudian tarik balik kerana takut kalah,

Rata-rata kakitangan kerajaan,orang kampung atas pagar.NGO pelbagai keturuanan mahu anak tempatan macam dato Arpan dan ust Fisol.
Dahulu pun ada ramai anak watan tempatan seperti peguam,pengurus bank,guru berijazah tapi habis semua dicantas.Termasuk Dato Azimi Daim sendiri.

Itu lah ringkasnya.Lanskap politik sudah berubah.Pengundi pun dah cerdik.

Guru Melayu berkata...

Aku pun nak tumpang sekaki pasal cerita Kulim/Bandar Baru.Indah khabar dari rupa sahaja.UMNO memang mantap.Cuma ibarat bengkang yang keras diatas.Tetapi bila turun kebawah kita jumpa keadaan yang lembek sana sini.Itulah kesan kematian sebuah demokrasi di daerah selatan Kedah.Pengundi Melayu sudah berakal>Pengundi bukan Melayu belum pasti undinya.Terutamanya atas pagar.

Zaman maklumat tanpa sempadan apa yang nak disorokkan lagi.Cerita Zailan Hashim dgn Ketua bahagian Dato Aziz pun tak uapaya nak tutup lagi.Nak tahu cerita merayaulah kat Pekan Kulim,Serdang,Bandar Baru.

Par;imen Kulim/Bandar Baru perlu tranformasi segera.Anak watan tempatan amat didahagakan.Sandiwara politik sudah muak amat sangat.

Sudahlah dan buangkanlah segala dasar keluarga kroni yang merugikan UMNO.

Sekian terima kasih.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates