Rabu, 9 November 2011

DURIAN RUNTUH UNTUK RAKYAT KEDAH..


WATAN BERTINTA

Sidang BAJET 2012 DUN Kedah bakal berlangsung pada 15 November nanti. Persidangan selama 3 hari itu dijangka akan menyediakan pelbagai pakej kepada rakyat selaras dengan KONSEP NEGERI KEBAJIKAN dan usaha untuk memenuhi MANIFESTO KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEJAHTERA.

Mengikut maklumat yang diperolehi, teks ucapan bajet MB kali ini akan memakan masa 2 jam berbanding setengah jam pada pembentangan bajet tahun lalu.

Dan diantara perkhabaran menarik yang menanti untuk rakyat Kedah melalui sesi pembentangan bajet kali ini ialah:

1. Insentif RM1,000 untuk ketua isi rumah yang berpendapatan RM729 ke bawah menerusi daftar E-SINAR, UPEN Kedah.

2. Pembinaan 5,000 unit rumah kos rendah diseluruh negeri kedah.

3. Elaun GURU KAFA, dan SAR di Kedah dinaikkan kepada RM2,000

4. Bayaran cukai tanah, bil air, cukai pintu diturunkan 50%

5. Parking percuma dibandaraya Alor Setar

6. Penghapusan lesen penjaja, dan peniaga pasar malam, pekan nat diseluruh Kedah. Penjaja kecil pula dikecualikan membayar sewa tapak selama 1 tahun

7. Pemberhentian serta merta kegiatan pembalakan dan kuari dikawasan hutan simpan dan kawasan tadahan

8. Insentif untuk ibu tunggal, pelajar miskin cemerlang, OKU rakyat negeri Kedah secara one-off sebanyak RM1,000

9. Bantuan untuk pelajar yang berjaya ke IPTA dan IPTS anak Kedah secara one-off berjumlah RM1,500 setiap pelajar.

10. Kenaikan cukai pintu dan bayaran lesen sebanyak 500% bagi pengusaha premis kedai arak, kedai nombor ramalan, pusat hiburan, karaoke, pub, disko, rumah urut yang kian bertambah di Kedah.

KITA TENGOK, ada keberanian dan adakah idea kerajaan BERKEBAJIKAN yang ada di Kedah untuk melaksanakan perkara yang dinyatakan di atas.

Jawapannya.. TUNGGU KUCING BERTANDUK LA!!!! SEBENARNYA TELUR MEREKA SUDAH TIADA, dan sekali DAP dan PKR sergah, golongan LEBAI BLURR ini akan terkancing gigi dan menikus berdiam diri.

Puncanya dalam kalimah tasbih mereka yang sering mereka kumat kamitkan hanyalah AMBIGA.. AMBIGA.. AMBIGA.. KUASA.. KUASA.. BALAK.. BALAK.. BALAK.. ISTERI ORANG.. ISTERI ORANG.. MERCEDES.. MERCEDES.. ANWAR.. ANWAR.. ANWAR.. 

Itulah idola dan wirid terbaru amalan pemimpin PR di KEDAH.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tau....ni kena tanya depa.

Ni mesti orang UMNO yang buat cerita ni....

Berita dlm Utusan Malaysia jgn percaya .......hangpa kena baca Harakah.

".....kita akan mohon daripada kerajaan Persekutuan untuk menampung semua perbelanjaan di atas......."

.........hujan dah turun,angkat kain dijemuran....

Jalan keretapi dah check dah....nanti air bah dah nak mai......kita akan mohon bantuan daripada kerajaan Pusat untuk buat tebatan banjir dekat gate keretapi....

bla...bla...bla...

Tanpa Nama berkata...

pilihanraya dah dekat... jadi Pak jaggoat ni mula tabur janji... semua bagus2 jer... sedap telinga dengar boleh lena dibuai mimpi... tapi realitinya hampeh!!! jalan berlubang pun tak terturap, tapi duit kerajaan pusat kasi habis... kita tengok nnt kalau banjir lagi kat kedah.. tengok mr zizan ni angin satu badan mengamuk lagi kat TV 3 dan pas tu tersandar kat IJN, pas tu pakai Mercedes Baru pas tu kawin lagi satu anak dara.... rakyat apa dapat? HAMMMMPPPEEHH laa korang..

Jangan Kelentong berkata...

Mudah sahaja nak tahu samada janji dikota atau pun tidak, lewatkan pembubaran Parlimen tunggu hingga saat akhir, kita tengok samada mereka ada bagi ke tak da. Kalau setakat nak buat upacara pecah tanah, heboh sekampung tak payah lah. Aku orang lama dah tau sangat feel orang PAS ni, bukan tak pernah join mereka dulu..mereka saja yang betul....porah... Sokong ISLAM dijamin syurga, insyaALLAh. Sokong PARTI PAS belum tentu lagi....

Anak Bendang berkata...

Semua jawapan sudahpun tersedia:
Seperti biasa lah, cth lama dah ada kan?
1. Projek SULIH GAGAL - Syarikat MERAPU bukan cabut lari kerana kerajaan tak ada duit, tapi sebab puak UMNO yang membatu apikan mereka supaya lari. UMno lah salah
2. Projek ikan Patin di Pedu - Tak jadi sebab tauke besar Taiwan tu kwn Tok Det dan Tok Det arah jgn mai labur di Kedah. UMNO lah salah
3. Projek Holland of the east - Bukan gagal cuma tangguh sebab orang UMNO banyak kacau daun, UMNO lah salah.
4. Projek mengetinkan keli - gagal sebab tin tak cukup, sedangkan ikan keli penuh di sawah sawah padi di Kedah. Pengusaha tin kosong orang UMNO yang tak nak jualkan tin mereka. UMNO lah salah
5. Projek mengetin rambutan untuk tujuan ekspot - masalahnya orang UMNO tak nak jual buah kepada kilang kita di SP, jadi cukup ditinkan untuk makan sendiri dah lah. UMNO lah salah
6. Pengurus Besar Ladang chow sekali dengan guni duit - belajar dengan puak UMNO la tu. UMNO lah salah
7. Banyak sangatlah nak cakapp...Semuanya sebab UMNO lah
***********************************************
Terkini,
Lepas ni syarikat juala kereta kancil ke, atau second hand dealer ke, atau syarikat kereta 1000cc ke bawah, elok bersedia untuk pindah ke lain negeri tau.
Ape taknya, nanti di Kedah guru kafa pun sekurang2nya akan hanya membeli pesona, atau civic, atau, atau, atau...kah kah kah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates