Sabtu, 26 November 2011

GLC Kedah semakin malap

Jika balak menjadi sumber hasil utama negeri Kedah, apa yang GLC sumbangkan kepada hasil negeri? Atau hasil balak digunakan untuk menutup kerugian GLC?

Yang ini kerajaan negeri perlu beri penjelasan. Dulu Bina Darulaman amat TOP kerana disenaraikan di BSKL dan nilai BDB meningkat dengan baiknya. Sekarang apa dah jadi?

Beberapa GLC difahamkan dan dilaporkan dalam keadaa malap atau teruk sejak kerajaan negeri diambilalih.

Kedah Communication Events yang pada awalnya dibawah Permodalan Kedah Berhad dilaporkan mengalami kerugian yang amat teruk. Dikatakan kerugian itu meningkat sehingga RM4 juta sehingga September 2010 dan KCE ini terpaksa digantung. Mungkin boleh dikembalikan kepada keuntungan jika KCE diberi konsesi balak!

Kedah Agro yang bisnesnya sepatutnya tertumpu kepada agriculture juga banyak menanggung kerugian. Nama saja gah tetapi bisness sentiasa rugi. Ini disebabkan katanya Kedah Agro terlibat dengan projek seberang laut yang telah katanya mengalami kerugian berjuta ringgit.

Kedah Agro khabarnya melabur dalam bidang menebang balak di Papua New Guinea. Bidang menebang balak? Apa ke jadahnya ni?

Katanya pelaburan sebanyak RM 4 juta telah dibuat tetapi hasilnya tidak nampak. Sebaliknya saman pula yang diperolehi. Dan balak pun tidak dapat dikeluarkan.
Apa dah jadi ni ? Lebur RM4 juta, balak pun tidak dapat dikeluarkan!

Mungkin inilah sebabnya, kerajaan negeri tidak dapat memberikan pinjaman tanpa faedah kepada kakitangan kerajaan negeri. Janji ini diberi pada PRU12 lalu.

Seperti yang Kedah Times sebutkan sebelum ini. Menjadi kerajaan adalah mudah tetapi mentadbir dan mengurus kerajaan amat payah.

Itulah, lain kali jangan asyik memberi janji. Jangan tanam tebu dibibir mulut. Buruk akibatnya jika tidak dapat ditunaikan. 


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates