Ahad, 27 November 2011

Hak Kaum Bukan Melayu

Kedah Times masih menanti apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan sekarang untuk memajukan kaum bukan Islam.

Katanya ada peruntukan RM1.5 Juta untuk membiayai aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kebajikan perlbagai kaum. Kalau setakat Rm1.5 Juta, Kedah Times rasa tak perlulah dibanggakan kerana kerajaan dulu lebih banyak peruntukkannya. Cuma mereka tak hebahkan seperti yang dilakukan kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang riuh rendah menceritakan tentang peruntukan tersebut.

Tiada pencapaian hebat yang dilakukan oleh kerajaan sekarang seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto PRU lalu.

Yang mereka lakukan dalam isu bukan Melayu ini ialah melantik bukan Melayu menjadi Exco. Ini mereka katakan pencapaian hebat. Hahah melantik S Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Chow Kang menjadi exco dikatakan pencapain hebat seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU dulu?

Berpijak di bumi nyata la PAS ooooi. Dari dulu lagi bukan Melayu ada dalam senarai Exco kerajaan negeri. Tak pernahpun depa kata ini adalah pencapain terhebat. 

Kedah Times anggap ini semua macam budak-budak main guli saja. Aku ada banyak guli merah, maka aku hebat. Hang ada sikit guli merah, maka hang tak pandai dan sebagainya.

Hangpa ingat memerintah macam main dangau ka? ...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates