Jumaat, 4 November 2011

Kakitangan Kerajaan akan dikecilkan?

Setiap tahun berbilion disediakan untuk membayar gaji dan elaun pekerj-pekerja awam di Malaysia. Malahan jawatan baru diwujudkan. Yang kontrak atau sementara cuba diserapkan menjadi tetap. Bonus juga diberi.

Tetapi ada segelintir penjawat awam atau agensi yang masih tidak berubah. Masih bekerja sambil bersantai. Yang amat menjijikkan dimana ada penjawat awam yang terang-terang mensabotaj polisi-polisi yang dilaksanakan kerajaan. Mereka menjadi duri dalam daging dalam sektor awam.
TETAPI kerajaan BN tidak pernah berhasrat untuk mengurangkan jumlah pekerja awam ini. Jika hendak dikurang pun, ianya dilakukan tanpa membiarkan kakitangan tersebut tidak bekerja. Projek pengswastaan menjadi pilihan untuk membantu mereka supaya masih bekerja dan mencari rezeki.

SEBALIKNYA ini yang bakal dilakukan oleh Pembangkang jika mereka dapat memerintah Malaysia. Kedah Times berani kata yang penjawat awam yang menyokong pembangkang akan awal-awal lagi angkat tangan untuk memberitahu yang mereka adalah penyokong tegar pembangkang kerana takut dibuang kerja.

Kedah Times cabar penjawat awam yang sokong sangat dengan pembangkang tu supaya memprotes cadangan puak-puak rasis ini. Apakah anda semua masih menyokong mereka jika belum perintahpun sudah berhasrat untuk mengecilkan jumlah penjawat awam yang rata-ratanya terdiri dari Orang Melayu!

Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee


‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’


31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.


Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.


“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”


Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat


Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.


Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.


Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).


Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.


2 comments:

Tanpa Nama berkata...

bila yahudi atas nama pkr, dap, pas perintah malaysia, tunggulah bencana besar bakal menimpa negara..melayu boleh jalan, islam tinggal papan tanda tepi jalan saja..

Tanpa Nama berkata...

klo mcm tu rakyat kena lancarkan "projek khas mengurangkan wakil PR di parlimen dan DUN"...hehehe

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates