Rabu, 2 November 2011

Keajaiban Najib dan Keluarga

1. Sebagaimana cuba digambar oleh Malaysiakini (baca: KiasuKini), DS Najib dan keluarga memang boros dengan berbelanja sehingga jutaan ringgit untuk sesuatu barang peribadi. Sebelum ini Rosmah dikatakan membeli cincin bernilai 24 juta dollar.

2. Walaupun peliknya, cincin termahal di muka bumi pun belum mencapai harga tersebut, dari manakah Rosmah membeli cincin tersebut? Dari Marikh agaknya. Tapi jangan bimbang, penipuan sebegini walaupun tidak masuk akal, tetapi dipercayai oleh golongan yang kerja mereka setiap hari adalah minta dibohong. Kita yang berakal ini tentu tahu, kalaupun benar Rosmah hendak membeli cincicn semahal itu, dia hanya perlu sarungkan dijari sahaja untuk dibawa pulang, dan tiada kastam akan memeriksa beliau sebegitu terperinci.


3. Tetapi, baru-baru ini pula, Kiasukini sekali lagi membuktikan bahawa mereka tidak perlu menyiasat dengan lengkap apabila berita itu mengenai keburukan Najib dan keluarga. Kononnya anak Najib telah shopping sakan dengan belian puluhan ribu Dollar ketika kunjungan Najib ke Australia baru-baru ini.

4. Malangnya, anak najib tidak ikut pun ke Australia, apatah lagi bershopping sakan.

5. Yang pasti, kiasukini dan sewaktu dengannya tidak mungkin memohon maaf, walaupun merekalah selama ini melaungkan kewartawanan telus, bebas dan beretika.

6. Etika untuk tidak melibatkan ahli keluarga dalam isu politik hanya untuk puak-puak mereka sahaja, bukan untuk ahli UMNO.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

KIASUKINI TERBAEEEKKK....SEBAR2KAN

Tanpa Nama berkata...

Bangsat betullah puak ni. Maaf kasar sikit bahasa saya tapi itulah ayat selayaknya untuk mereka.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates