Rabu, 16 November 2011

Kedai Rakyat Gugat Monopoli Penaja Kiasu Tony Pua

Kemunculan KedaiRakyat menjadi satu ketakutan kepada golongan peniaga yang selama ini mengambil kesempatan atas kelemahan dan kenaifan rakyat dalam hal ehwal pengguna dan monopoli perniagaan. Mereka tidak menunggu lama untuk bertindak balas melalui ejen yang ditaja mereka iaitu Tony Pua.

Dapat dilihat dengan jelas bahawa kemunculan Tony Pua membuat perbandingan harga untuk merendah-rendahkan KedaiRakyat bukanlah demi untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sebagai agen kepada penaja mereka, peniaga runcit besar yang bimbang tembok monopoli mereka bakal dirobohkan oleh kedai berkonsepkan KedaiRakyat ini.


Sebab itulah perbandingan hanya dibuat tertumpu kepada memperlekehkan KedaiRakyat, sebaliknya tidak pula dibandingkan barang-barang yang harganya lebih tinggi dipasaraya milik penaja Tony Pua.

Bukti yang lebih jelas ialah belum pernah sebelum ini Tony Pua mahupun Nurul Izzah muncul membuat analsis dan perbandingan harga barang yang tinggi yang dijual oleh penaja mereka sedangkan rakyat sudah merungut tentang harga barang sejak berdekad lalu. Dimanakah mereka sebelum ini?

Bukan mereka tidak tahu bahawa selama ini peniaga runcit besar meletakkan harga sesuka hati sahaja tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Malah sikap pasaraya yang mempamerkan harga berlainan, tetapi apabila di'scan" dikaunter pula harganya berlainan sudah menjadi satu trend dan strategi perniagaan. Jika pelanggan tidak menyemak semasa membayar, maka mereka akan membayar pada harga yang tinggi dan tidak sedar mereka tertipu. Dimanakah Tony Pua selama ini?

Begitu juga apabila isu kekurangan bekalan gula atau minyak akibat disorok oleh peniaga untuk menaikkan harga minyak, semasa rakyat dalam kesusahan, dimana Tony Pua dan Nurul Izzah?

Kenapa Tony Pua dan Nurul Izzah tidak tampil? Jawapannya ialah mereka suka jika rakyat ditindas peniaga, kerana mereka akan dapat keuntungan politikapabila rakyat tertindas. Tetapi apabila muncul konsep KedaiRakyat, tindakan yang akan melegakan rakyat, mereka akan serang habis-habisan kerana tanpa penderitaan rakyat, tiada kelebihan politik untuk mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates