Khamis, 24 November 2011

Kelantan Serambi Mekah

Tonton video ini yang disiarkan di Youtube. Diberitakan pusat karoake terbuka ini berada lebih kurang 3.6km dari rumah MB Kelantan di Pulau Melaka. Ianya dibuka tanpa had masa. Dan ADUN kawasan tersebut ialah TOK GURU Nik Aziz. Hebat.


Kota Bharu diisytiharkan Bandaraya Islam dan Kelantan adalah Serambi Mekah tapi perkara sebegini dibiarkan berleluasa di Negeri ini. Apabila dipersoalkan itu semua maka jawapan disebelah diberikan.

Dan video dibawah adalah petikan dari Sidang DUN Negeri Kedah berkaitan dengan pertanyaan tentang pertambahan pendapatan dari pusat hiburan oleh YB Dato Amirudin.

Jawapan beliau amat senang iaitu hasil bertambah kerana penguatkuasaan bertambah baik. Sebaliknya beliau mengaku yang banyak tumbuh pusat hiburan tanpa lesen. 


Huh! Macamana tu? Jika penguatkuasaan bagus, kenapa boleh tumbuh pusat Hiburan tidak berlesen pulak? Tidakkah pihak penguatkuasa melawat semua pusat-pusat tersebut!

Atau mungkin memang pusat hiburan tumbuh dengan banyaknya sehingga pendapatan dari pusat hiburan bertambah dan mungkin YB tidak menyatakan fakta sebenar? 

Yang kita tahu memang banyak pusat hiburan tumbuh di Kedah tetapi kita tidak tahu samada berlesen atau tidak. Dan yang logiknya, jika pendapatan dari hiburan bertambah maka banyaklah pusat hiburan baru diwujudkan. Jikapun penguatkuasaan dah menjalankan tugas dengan baik dalam mengutip hasil dari pusat-pusat hiburan berlesen, kenapa pulak mereka tidak menerjah ke pusat-pusat yang tidak berlesen?

Pelik tapi itulah jawapan Exco PAS! 

1 comments:

Abu Nawas berkata...

Kedah negeri Islam........he he he he he.

PAS pekena ahli dia sendir dan pak lebei dia sekali.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates