Rabu, 9 November 2011

MENYEJUKKAN TITIK PANAS DI KEDAH SELATAN

WATAN BERTINTA

Kedah selatan yang meliputi PADANG SERAI, BALING, SIK, KULIM/BANDAR BARU, MERBOK DAN SUNGAI PETANI selama ini menjadi penymbang bagi kemenangan konsisten UMNO/BN.

Namun seperti melukut ditepi gantang, kawasan berkenaan seakan tidak dilihat cukup signifikan dalam arus perdana politik Kedah.

Jika dilihat pada sejarah sekalipun, kesemua MB Kedah datangnya dari kawasan KEDAH UTARA, walhal kawasan di KEDAH UTARA lazimnya menyaksikan pertarungan getir antara PAS dan UMNO.

Namun PRU 2008 menyedarkan banyak pihak, kawasan KEDAH SELATAN yang dibiar dan kurang dipedulikan itu dengan mudah dan dilihat cukup fragile sehingga jatuh, rebah ketangan PR, biarpun calon-calon yang mereka tampilkan tidaklah sehebat mana.

Dan dari hari ke hari rupanya kudis, nanah, virus yang selama ini cuba ditutupi MULAI terbuka apabila melihat pergolakan dalam UMNO Bahagian dikawasan berkenaan, satu faktor yang menyebabkan PR khususnya PKR begitu mudah mendapat kemenangan di kawasan tersebut.

Lantas, kini bukan masa lagi menoleh kebelakang. Kita percaya kawasan di KEDAH SELATAN tidak kurang tokoh dinamik kepimpinan. Formula sudah ada. Yang penting gerakkan muafakat dan momentum kerja secara berterusan.

DI KULIM/BANDAR BHARU kebolehan AZIZ SHEIKH FADZIR dengan bantuan CIKGU HUSSIN kita yakin mampu mencerahkan kembali sinar, mereka ini punyai pengalaman, strategi, kebolehan, cumanya dokongan dan kerjasama serta kolobrasi dan yang penting jangan sesekali ada pengkhianatan dalaman.

Demikian juga di MERBOK, entahlah mungkin pengaruh TUN DAIM dan semangat MOKHZANI boleh digembleng selain TAJUL URUS dapat kendurkan sedikit rasa egonya. DI SUNGAI PETANI  juga demikian, jika puak ALI YAHYA dan puak yang bertelagah atau lebih mudah puak ALI berlapang dada maka mudahlah kerja UMNO di sana.

DIBALING kita percaya, jika AZEEZ RAHIM kuat bekerja dan berjaya dengan misi kemanusiaan diluar negara kenapa beliau tidak boleh melaksanakan misi kemenangan untuk UMNO/BN di Baling.

DI PADANG SERAI, isunya berkisar pada pertelingkahan kepada pemegang jawatan utama, pengikut masih semangat, pengikut tidak berdosa, lupakanlah sengketa, fokus hanya satu, MENANG.. MENANG.. MENANG dengan cukup bergaya. Pemimpin yang diatas cuba korbankan sedikit rasa ego, angkuh dan sombong.. bukannya rugi apa-apa pun.

Kasihanilah rakyat PADANG SERAI, selagi DI BAWAH pakatan rakyat TIDAK BANYAK PERKARA yang boleh diusahakan. Sempena AIDILADHA ini marilah kita lupakan sengketa, jika UMNO KALAH SEMUA SUSAH, JIKA UMNO MENANG, tak semua pun, pasti ada yang boleh menumpang senang.

PERCAYALAH, PERGOLAKAN dalam PAS Kedah dan PKR lebih teruk dan kini koyak rabak menanti rebah dan pecah. PERGADUHAN SESAMA MEREKA sudah mencapai ibarat 'BOM JANGKA'. Mereka bakal
tenggelam ibarat tenggelamnya TITANIC, NAMUN mereka pandai menyimpan kekalutan yang menimpa rumahtangga mereka. Namun akhirnya pasti terbongkar diketahui umum juga.

SAMA LAH DI SIK, peluang menang tetap ada, UMNO/BN dengan pimpinan yang ada cuma perlu KUKUH DAN MANTAPKAN BARISAN, maka yang tidak elok tinggalkan, perkara yang baik untuk rakyat dan penyokong kita gandakan.

SUSAH SANGATKAH UMNO/BN di kawasan KEDAH SELATAN nak merampas kembali semua kerusi yang telah tewas dalam PRU 2008 lalu?

Jawapannya TIDAK SUSAH, pisau ditangan anda selaku pemimpin dan ahli di kawasan KEDAH SELATAN, gunakanlah pisau itu untuk manfaat semua, bukan menikam dan mencucuk sehingga luka, berdarah lalu rebah sahabat, kawan, handai dan taulan.

Justeru sempena HARI RAYA QURBAN ini marilah kita semua berkorban dengan satu tujuan.. MATLAMATNYA MENANGKAN UMNO/BN KEDAH DI KAWASAN KEDAH SELATAN, dengan penuh gaya, penuh semangat muafakat dan penuh dengan semangat gerakerja yang menyala-nyala.

SELAMAT BERJAYA, ANDA SEMUA HARAPAN KAMI..

SALAM AIDILADHA 1432H

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ass..
Benar kata tuan punya blog. Kedah Selatan memang dipingirkan dalan arus perdana politik UMNO Kedah. Jawatan EXCO pun susah diberi, jgn mimpilah untuk jawatan MB. Banyak calon yang bertanding di Kedah Selatan bukan anak tempatan pun, tetapi di bawa dari kawasan lain. Kalau tak silap saya, Ustaz Manaf saja anak tempatan sebagai ahli Parlimen Sungai Petani.Sebelum dan selepas beliau, semuanya di bawa dari luar.

Sebenarnya hampir semua perkara Kedah Selatan diketepikan. Jawatan KCS atau apa saja. Macam mana Kedah nak maju kalau orang Kedah Utara saja di anggap berkebolehan. Tengok bola sepak, apa yang Kedah menang dengan bergantung harap pada pemain dari satu kawasan. Tapi Arwah Ahmad Basri membuang sikap buruk itu. Dia ambil pemain dari seluruh Kedah yang berkebolehan tanpa mengira kawasan. Barulah Kedah ada nama sekarang ini.

Telahan saya.
1. Aziz akan kalah di Parlimen KUlim Bandar Baharu.
2. DUN Kulim dan Bandar Baharu, MCA dan UMNO akan menang dengan majoriti tipis.
3. MCA akan menang di Parlimen Padang Serai dengan selesa.
4. DUN Lunas, MIC akan kalah dan UMNO akan menang di DUN Merbau Pulas dengan selesa.
5. Siapa calon Sg Petani? Mokhzani atau Shahanim mungkin akan membawa kemenangan kepada BN. Orang SP sudah biasa dengan calon payung terjun. Mokhzani mungkin lebih baik dari Shahanim, walaupun Shahanim orang SP.
6. DUN Pantai Merdeka, UMNO akan kalah. DUN Bakar Arang dan Sidam peluang hanyalah 50%. Susah untuk membuat telahan!
7. UMNO akan menang di Merbok.
8. DUN Tg Dawai UMNO berpeluang menang tetapi MIC akan menang selesa di Bukit Selambau.

Apamacam tuan?

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yang baik.. kebanyakannya dipengaruhi isu dalaman parti.. UMNO boleh menang besar sebenarnya..

-TokChik

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf andaikata coretan ini membuat terluka atau tersiksa.

Suasana dan keadaan kini sudah tiba masanya Ketua UMNO Padang Terap yang akan dilantik nanti biarlah berpendidikan tinggi atau berijazah. Untuk menjadi pemimpin dan idola biarlah berilmu supaya tidak tersisih atau merasa kecil hati bila bersama-sama dengan Ketua Pemuda Bahagian Negeri lain contohnya Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan lain2 yang berkelulusan tinggi dan mentalitinya kelas atasan.

Syarat2 begini amatlah diperlukan supaya kita tidak merasa rendah diri atau terhina apabila bersua. Secara tidak langsung ianya akan menjadi satu roll ikutan untuk memikat ahli-ahli pemuda yang kini mahukan perubahan secara fizikal mahupun spiritual.

Kita mahukan Ketua yang boleh memberi pendapat dan tunjuk ajar serta menjana minda dan pembahuruan kearah Negara maju menjelang 2020 dan bukan bergerak seperti kura2 merangkak.

Sudah tiba masanya kalangan Pemuda UMNO padang Terap melakukan perubahan paradigma yang dapat membantu menjana pembaharuan Daerah ini. Kita mahukan pemimpin yang berkeliber serta berwawasan dan dapat berintraksi dengan warga asing dan bersaing dengan negeri2 lain seperti duduk sama rendah, berdiri sama gagah dan terbang sama tinggi.

Pemimpin yang mempunyai ilmu yang tinggi akan membawa kumpulan terbang dengan tinggi dan jika pemimpin yang cetek ilmu maka takkan kemana-mana perginya walaupun tongkat dan sayap diberi kerana tiada ilmu untuk mengemudi dan mudah hilang arah dan pendoman apabila diuji.

Kita tidak mahu pemuda UMNO Padang Terap dijadikan seperti lembu diheret kerana diikat tali, kita mahukan pemuda berjiwa seni. berteman ilmu dan kalah kerana dek pemalu ketinggian ilmu pemimpinnya serta luhur budinya dan disanjung kerana wawasannya.

Justeru itu amat sedih kerana kecetekan ilmu Ketua Pemuda sudah terjual oleh Saudara Jefri dan Saudara Aie Bukit Tembaga. Amat malang kerana Jafri seperti belut, lentur depan ketuanya tetapi limbasan seperti lipas kudung dibelakang bosnya dan lelongan omokan dan tomahan bertubi2 serta cemuhan dikemukakan keatas bosnya dan kerana beliaulah banyak memecahbelahkan ahli UMNO semasa PRU12 lalu.

Kini beliau ligat macam gasing memperburukkan Dato' Mahadir Khalid depan ahli2 PAS bahawa Dato' mahadir Khalid pinjam wangnya dan berikan projek beratus ribu ringgit kepada beliau sebagai balasan.

Justeru itu inilah dia contoh kerana tiada pendidikan tinggi seorang ketua mudah tertipu dan dipermainkan serta diperkotak katik oleh pertualang bangsa, agama dan negara.

Akhirkata ampun dan maaf dipohon dan dipinta sekiranya ianya kebaikan jadilah ia pedoman dan sekiranya menjadi duri dan toba anggplah sebagai guruan senda.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates