Rabu, 16 November 2011

ORANG UMNO MUKA TAK MALU!!!!!!


WATAN BERTINTA.

Malu atau tidak dulu kita dipuncak kuasa, tau-tau sudah hampir 4 tahun kita jadi pembangkang di Kedah..Tak malu ka kita semua sebagai ahli dan pemimpin UMNO???

Tak malu ka kita sebagai ahli dan pemimpin UMNO Kedah, begitu banyak jasa pembangunan, hebat kerja kebajikan, bijak mencetus kemakmuran ekonomi untuk negeri, tau-tau bila mai pilihanraya, rakyat dan ahli sendiri tak mau undi kita?????

Malu atau tidak, dalam majlis-majlis rasmi kerajaan negeri, ADUN UMNO atau pemimpin UMNO, duduk tercorot, menunduk kepala di belakang, mendengar pula syarahan pemimpin bergelar YAB yang dulunya adalah pembangkang. Tak malukah kita sebagai ahli UMNO?

Malu atau tidak, kita cakap berdegar-degar, kononya BERSATU, BERSETIA DAN BERKHIDMAT, tau-tau bila nama calon diumumkan, kita siap berparang, bukan nak kalahkan musuh kita PAS, PKR atau DAP, tetapi nak mensabotaj calon sendiri.

Tak cukup dengan itu, dengan muka tak malu, kita sanggup pula keluarkan duit, hasut para penyokong, JKK, tutup bilik gerakan, hasut ahli agar jangan undi calon dari parti kita sendiri.

Tak malu ka kita sebagai orang dan ahli UMNO, tatkala nak menagih projek kerajaan negeri, terpaksa pi buat muka tebal di Wisma, bercakap mulut manis dengan EXCO-EXCO PAS, PKR yang dulunya kita hentam dan tibai cuku-cukup.

Tak malukah kita walaupun BN dan UMNO hilang kuasa di Kedah, masih ramai pemimpin UMNO yang terpaksa bergayut dengan talian hayat atas ihSAN MB dari PAS, untuk dapat tender balak dan untuk terus kekal jawatan enak di SLC atau dalam KCS???

Tak malukah kita sebagai pemimpin dan ahli UMNO, walaupun status kita dah bertukar menjadi pembangkang di Kedah, tapi lagak kita, cara cakap kita dan cara kerja kita seolah-olah kita masih jadi kerajaan di Kedah?

Tak malukah kita semua sebagai ahli dan pemimpin UMNO sanggup bertikam dan bergaduh sesama sendiri dari berperang dan bersatu menumbangkan kerajaan munafik PAS, di Kedah?

Kalau rasa ada sedikit perasaan 'MALU', maka ubah sikap, ubah perangai, pastikan PRU akan datang, semua ahli, orang dan penyokong UMNO undi calon UMNO dan BN. Tiada makna 'MENANG SORAK NEGERI TERGADAI'..

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Inilah dasarnya politik bangsa enau dalam belukar
Sesama sendiri dia mahu beertengkar dan bercakar
Rasa kasih sesama bangsa hambar malahmaki hamum dilontar
Lantaran wang, kuasa dan kesombongan yang tegar

Apa lagi yang tinggal kalau penghormatan pun tiada
Habis peninggalann tiada untuk bangsa dan anak cucu kita
Gara-gara berpolitik macam kera dan ungka
Bercakaran kerana masing-masing gilakan nama,wang dan kuasa

Hang Kalut berkata...

bila cerita bab ini aku mula naik angin dan darah pun naik juga.Cerita ini lah yang berlaku semasa PRU 12 yg di KUlim/Bandar baru,Padang Serai.Merbok,Pokok Sena,Padang Terap dan Kuala Kedah.

Yang jadi orang kanan bahagian pula hari.Gilir depa jadi calon.apa patut kita buat.....

Pakteh berkata...

Apapun pun keadaannya, jika masih ada perasaan MALU....lupakan semua sengketa....sokong 100% calon yg dipilih oleh DS Najib.

Hang Kalut: Apa patut kita buat?.....kita patut sokong sesiapa sahaja yg dipilih untuk jadi calon. Jika msaih nak mengamalkan politik berdendam...PRU13 UMNO masih jd pembangkang...apa bezanya kita dan depa kalau kita turut tikam belakang.........

Boleh tengok artikel pakteh beberapa hari sudah yg telahpun sentuh isu ni.......sokongan mesti 100%.

Pakteh nampak banyak blogger seperti berkempen untuk bersatu tanpa mengira siapapun calon yg bakal dipilih....ini yg bagusnya jadi blogger...Kita hanya berfikir demi kemenangan parti tanpa sebarang kebergantungan keuntungan politik peribadi......tahniah.

Hang Kalut berkata...

Sdr ku Pak Teh Yg aku pun tak kenal: aku amat berharap DS Najib pilihlah calon yg bagus dan bersih.banyak calon yg bagus sama ada tua muda teruna dara atau janda.

ramai kenal muka porak peranda umno.aku tak gamak nak sokong.

paktam@ berkata...

>SoKoNgLAh cALoN YaNg:
1. Dasar parti diwakili membela Islam dan Melayu/Bumiputera walaupun dulu depa alpa/buat tak sede
2. kita berkenan
3. tak cakap bohong
4. tak tikam belakang kwn/parti
5. Yg.tak nampak pulun sangat untuk tembolok dia dan kroni.
6. boleh menang(calon payung terjun pun xpa)....walaupun moral teruk...heheh!!

7. ada lagi ka??

>pisau ditangan kita....masa pru13 ni la...kita 'sembelih' puak2 yg durjana dimata n hati kita!!!

>ada sokong???

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates