Rabu, 2 November 2011

PAS KEDAH memang pakar dalam hal Pendidikan

Kalau ikut janji PAS, mereka amat komited dalam menbangun dan memajukan bidang pendidikan di Negeri Kedah.

Namun sampai hari ini tiada satupun hasil masyhul yang PAS wujudkan untuk memantapkan pendidikan di Kedah melainkan mendapatkan pinjaman beratus juta untuk membina kampus baru KUIN. Itupun KUIN dah wujud sebelum mereka memerintah lagi. Bahkan perancangan kampus baru sudah lama dirancang.

PAS dari dulu kini dan mungkin selamanya tidak dan tidak akan pernah faham apa itu politik dan apa itu pendidikan. Yang mereka tahu politik adalah segala-galanya. Bermula dari memperalatkan Islam sebagai benteng Politik mereka, kini pendidikan menjadi sumber mengembangkan ideologi politik mereka.

Jun 2011, tenaga kerja dari kalangan Pemuda PAS dihantar masuk kampus untuk membantu urusan pendaftaran pelajar. Dan unit Amal PAS digunakan untuk mengawal lalu lintas di KUIN.

Pernahkah kita lihat Pemuda UMNO digunakan di UUM atau KUIN untuk membantu pendaftaran pelajar atau mengawal lalu lintas? Tapi bagi PAS, semuanya adalah politik.

Kini KUIN dijadikan pusat menrekrut kader-kader baru PAS. KUIN yang satu masa dulu diwujudkan untuk melahirkan bijak pandai serta professional Islam yang baik kini dijadikan pusat melahirkan kader-kader perut hijau PAS.

Apa sudah jadi dengan KUIN? Kolej PAS atau pusat pengajian ilmu? 

Dana kerajaan negeri milik rakyat digunakan untuk aktiviti buruk PAS tanpa mengambil kira samada direstui rakyat atau tidak. Yang Pentng KUIN dijadikan pusat penyebaran ideologi PAS. Pendidikan umat melayu dibangkusampahkan!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

ada upah tu, kalau takde upah jangan harap le nak kerja amal.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates