Selasa, 1 November 2011

PAS KEDAH suka berkebun di tengah HUTAN

Dikatakan jika sesiapa yang naik Heli dan terbang ke daerah Padang Terap, Pendang dan Sik, pandangan bumi kawasan ini seperti kepala orang yang mengalami masalah keguguran rambut yang serius. Botak tak sekata di sana dan sini.

Semua orang di Kedah dah tahu yang kerajaan Negeri Kedah dan agensi-agensi di bawahnya amat suka bertani atau berkebun di tengah hutan. Banyak projek Belandanya dilaksanakan di tengah-tengah hutan yang berasakan PERTANIAN. Dan logiknya takkan projek sebegini nak dilaksanakan di tengah bandar!

Rupa-rupanya projek 'berkebun atau bertani di tengah hutan ini' ada kaitan dengan projek memajukan industri atau perniagaan Balak. Untuk berkebun atau bertani di tengah hutan, maka kawasan sekitar perlu ditebang dan dibersihkan terlebih dahulu. Pokok-pokok tak kira apa saiz terpaksa ditebang dan untuk tidak membazirkan sumber, maka bolehlah kayu-kayan tebangan itu dijual. Mustahil pokok-pokok itu dibakar atau dibiarkan reput! 

Barulah ada modal besar untuk pertanian berskala besar. Lagi besar kawasan dibersihkan lagi bagus.

Di Sik khususnya di tapak perojek penternakan keli Sungai Pau telah mengalami perubahan yang besar akibat  projek berasaskan pertanian yang besar ini. Kampung-kampung di sekitar mengalami banjir hasil dari projek besar-besaran penebangan pokok untuk ternakan ikan keli.

Begitu juga di Pendang dan Padang Terap. Hasilnya tadahan air untuk kegunaan rakyat dibeberapa buah kampung dicemari kerana Projek Pertanian tengah hutan PAS.

Benarlah kata MB Azizan, Kedah bakal menjadi Belanda Malaysia. Bakal menghasilkan hasil pertanian terbear macam Belanda.... projek pertanian tengah Hutan ...

3 comments:

akubekaspkr berkata...

Salam Bro. Sob,
Projek pertanian menanam anak2 balak itu adalah cadangan Had Dali, penasihat ekonomi MB yang mempunyai tauliah khas menaiktaraf projek penanaman semula anak benih balak.
Rakyat Kedah perlu dimaklumkan secara meluas bahawa 50 tahun lagi negeri Kedah akan dipenuhi dgn pokok balak
Semasa itu rakyat Kedah akan dapat melihat sendiri kejayaan program 'Holland of the east' anjuran Ust Azizan

Titi Panjang berkata...

boleh jadi depa nak buat markas PAS ditengah hutan pulak kot. nak kurung semua pengundi hantu bila PRU 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

janji yg 5 thun lepas pon xmampu nk tunaikan..nk buat janji untuk 50 thun?? pemimpin PAS yg dok ada kt kedah ni dh tua2 xbley tongkat dunia pon..Xlart nk tggu jnji 50 thun tu tah2 cerita dongeng semata2..cakap macam nk runtuh langit...adey..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates