Selasa, 1 November 2011

Pelacur di Bandaraya Islam


Apa yang PAS akan jawab jika ada tajuk berita ' PELACUR DI SERAMBI MEKAH" atau "PELACUR DI BANDARAYA ISLAM"? Dimana Nik Aziz nak letak muka jika terdapat ramai pelacur dalam DUN nya dan beroperasi tidak jauh dari pejabat serta kediaman rasmi beliau? Apa guna Nik Aziz bercakap berdegar-degar pasal hudud, jika perniagaan pelacuran berlaku dalam jajahan pemerintahan dia sendiri?



Inilah sebenarnya Ulama cum Politikus Terompah. Ulama cum Politikus Tong Kosong. Bunyi saja kuat tetapi hampehhhh.

Ini pendedahan Kickdefella. Pendedahan berserta dengan gambar dan video sekali. Apa lagi Nik Aziz nak kata?  Apakah ini hasil dari pemerintahan UMNO 20 tahun lalu? Kenapa selepas 20 tahun Nik Aziz tidak berbuat apa-apa, hanya bercakap sehingga mulut sudah semakin busuk?

Kini selepas 3 tahun memerintah, penyakit ini berjangkit kepada kerajaan PAS Kedah pula. Mula-mula pusat karaoke keluarga dibenarkan dibuka sewenang-wenangnya. Kemudian rumah-rumah urut tapak kaki yang akhirnya menjadi rumah urut-urutan. Kini PUB dan Night Club pula dibenarkan dibuka.

Sudah kita jangkan PAS memang takut betul dengan DAP satu kerusi ini. Apa saja DAP kata, PAS akan turuti.
Pendedahan pembukaan Pub ini dilakukan oleh Blog AloqStaq. Apa sudah jadi dengan Membangun bersama Islam, Hudud matlamat kami dan Pemerintahan Ulama?

Rendah sangatkah Islam sehingga takut kepada DAP satu kerusi? Atau disebabkan PAS nak jaga hati PKR yang kini memberi nyawa kepada mereka untuk terus memerintah?

Tetapi kenapa PAS sanggup korbankan Islam kerana sedikit kuasa ini? Musuh Islam ditakuti dan disayangi tetapi sahabat se Islam dimusuhi.
Apa salahnya jika PAS bersama UMNO membentuk Kerajaan? Dan pusat-pusat hiburan dan maksiat ini InsyaAllah dapat kita halang dari tumbuh sesuka hati.

Tapi seperti kata Nik Aziz, syaitanpun mereka sanggup bersahabat. Maka benarlah PAS Kedah sedang bersahabat sebantal dengan syaitan. Tumbuhlah pusat-pusat maksiat sepertimana suburnya PELACURAN di Bandaraya Islam dan DUN Nik Aziz, ulama tersohor PAS.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Macam tulah ciri golongan munafik. Rasulullah dah sebut ribuan tahun dahulu. Sekarang berlaku depan mata kita. Mengata dulang paku serpih kan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates