Isnin, 28 November 2011

PELURU KAPUR.. TEMBAK BERBUNYI TAPI KESANNYA TIADA


Watan Bertinta.

Rajin benar PM dan TPM lakukan walkabout, baru-baru ini Kedah Selatan menjadi tumpuan kesan gerakerja turun padang TPM ke SP, Padang Serai, Kulim dan Merbok.

17 hb Disember nanti, PM pula akan menjengok Kedah dalam lawatan kerjanya.. Persoalannya sampai bila keringat PM dan TPM perlu ditagih sebagai crowd puller di Kedah.

Cuba sebut satu nama pemimpin UMNO/BN di Kedah yang boleh menjadi crowd puller, ada aura dan dihormati, disegani kawan dan lawan.. Ada ka tidak...

Entahlah, sebab itu WATAN berpandangan janganlah PM tergesa-gesa umum bubarkan PARLIMEN pada tahun ini. Sabaq sat, ibarat nasihat TUN..  Jentera masih banyak yang bermimpi.

Penyatuan, komitmen dan semangat kerjasama di kalangan UMNO dan antara parti komponen di KEDAH masih longar. Bayangkan GERAKAN Padang Serai pun sudah dibubarkan.

Pertelingkahan dalam UMNO Bahagian usah dibicara hebatnya, masing-masing laksana panglima, tapi hanya berani sesama UMNO, bila dengan pemimpin PAS, menikus, semuanya gentar bersuara. Mungkin banyak
sungguh 'baggage' yang mereka bawa, dan USTAZ AZIZAN menyimpan fail-fail lama mereka.

AH... WATAN katakan pedulikan itu semua, JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BUAT RUMAH DI TEPI PANTAI, KALAU TAKAT MENANGGUNG RISIKO JANGAN JADI AHLI POLITIK..

Hakikatnya senjata apa yang UMNO/BN Kedah sediakan untuk berperang. PELURU APA yang bakal mereka gunakan. Peluru 5.56mm COLT M16, styer atau apa.. Jenteranya bagaimana..

Isunya apa yang mahu diketengahkan, apa dia winning factor yang nak digunakan.. Kredibiliti calon dan kemampuan calonnya bagaimana.. ISSH PENING FIKIRKANNYA.. Jangan la biar DATO BASHAH DAN DATO MUKHRIZ saja yang memikirkannya.. MARILAH BERSAMA DALAM SATU SAF KITA MENANGKAN BARISAN..

JIKAPUN UMNO/ BN menang di Kedah kali ini, bukanlah kerana UMNO/BN itu kuat tetapi yang menewaskan PAS dan PKR ialah ahli dan penyokong PAS dan PKR itu sendiri..

Ingat betul-betul, tiada makna menjadi ahli UMNO/BN jika tidak mengundi calon UMO/BN.. Jika anda khianati calon dari parti anda sendiri anda lebih teruk dari ANWAR IBRAHIM, NIK AZIZ, KARPAL SINGH, MAHFUZ OMAR, MAT SABU DAN LIM GUAN ENG..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates