Selasa, 15 November 2011

Penceramah dan Blogger


Oleh: Al-Iman


Sekadar perkongsian untuk penambahbaikan dan pemurnian. Ini bukan menyerang parti tetapi sekadar persediaan dan persiapan untuk melengkapkan jentera serangan parti.
Bukan mudah bergelar pejuang, ada yang rebah, ada yang terlentang namun ada yang terus terbilang. Tatkala paluang gendang sudah gempita berkumandang, pastilah semua panglima sibuk menyusun atur kedudukan semua sayap pejuang. Ketika ini akan muncul pejuang yang jarang sekali didendang malah hadirnya seumpama melukut ditepi gantang.
2004, sebelum pilihanraya, segenap jentera disusun dalam keadaan yang inginkan kemenangan bergaya apatah lagi PM baru yang menjadi nakhoda.
2008, Sebelum pilihanraya, segenap jentera juga diatur serupa namun aturannya bermain dengan ego dan rasa besar didada. Ada yang terasa malah tidak kurang yang gundah gulana.
Jentera yang tidak kurang pentingnya ialah penceramah politik yang kerjaya tetapnya bukan bertingkah suara. Menjelang pilihanraya pasti jentera ini dikumpul dan diberi maklumat serupa, Cuma kreativiti dirilah cerita yang sama dibuat berbeza.
Apa yang nak diperkatakan ialah ambil berat dan jangan memandang Penceramah Politik ini sekadar diperlukan apabila tiba masanya. Masih tersentuh hati apabila satu pertanyaan dijawab dengan sewenangnya oleh seseorang yang mengatur aktiviti dari Pejabat Umno Negeri satu ketika dulu.
Sekadar gambaran…
Bayangkan seseorang yang menerima panggilan dan surat agar hadir ke kursus untuk Penceramah Politik, terus pergi mengikut saranan yang diberikan. Sampai ke destinasi (ada yang tahu dimana dibuat pada tahun 2008), melihat ramai yang claim duit minyak/transport, seorang penceramah ini (kita sebut dari Sintok contohnya) juga turut claim.
Dengan selamba ditanya berapa orang datang, 1 orang sahaja…saya dari Sintok…
Ohh…tak boleh claim….kita mensyaratkan 4 orang satu kereta….
Ohh..begitu….Terima Kasih…
Bukan itu persoalannya. Apa yang masih terbuku dihati ialah cara penceramah itu dilayan. Nak pandang muka penceramah tersebut….maaf….nak tanya apa masalah…sorry…..
Tidak terfikirkah panggilan dalam surat hanya untuk seorang (atas individu), datang dari Sintok….walaupun wakil bahagian Baling (contoh), dimana logiknya Penceramah dari Sintok nak balik ke Baling dan cari lagi 3 orang di Umno Bahagian. Adalah lebih menjimatkan masa jika terus ke tempat kursus yang memang sekitar Kulim.
Tidak tergambarkah dalam poket penceramah tadi ada berapa RM semata-mata untuk datang aktiviti memperkasakan jentera UMNO?.
Penceramah tidak kisah sangat tentang claim tapi cara layanan dibuat. Mengapa tidak ada kes pengecualian?. Bertanyalah…bukan susah untuk melayan Penceramah dengan Baik?
Sebenarnya…tuan-tuan dan puan-puan…muslimin muslimat yang moga-moga dirahmati Allah sekalian…Penceramah juga seperti blogger..ada cap ayam..ada cap itik..ada cap nyamuk.
Jika hanya nak layan dan tersenyum mesra hanya kepada nama besar, jangan dijemput penceramah yang kerdil dan cap ayam. Jika dalam soal ini pun ada pilih bulu dan pilih teloq, jangan harap akan lahir penceramah yang berkualiti.
Isu ini diutarakan kerana khabarnya dalam waktu terdekat akan ada lagi kursus seumpama ini DAN PERCAYALAH…BUKAN SEMUA PENCERAMAH YANG DIJEMPUT DAPAT HADIR DALAM SATU KERETA. Apalah sangat jika anda keluarkan kos setiap kereta atau bas atau lori atau tiket feri kepada yang datang secara individu.
Kepada urusetia di peringkat Bahagian, bertanyalah dan sila ambil berat. Diperingkatkan Negeri…bertanyalah untuk perkara yang mungkin terlepas pandang.
Semoga segalanya berjalan lancar

2 comments:

Satu hati berkata...

aku rasa soal duit ringgit ini apa salahnya kalau ketua bahagian juga kena hulok sama.Banyak budget turun pada mereka.Penceramah ini atas dasar sukarela,.Sekarang ketua bahagian tengah kaya bantulah penceramah dari bahagian sendiri.

Jangan makan senyap-senyap.

paktam@ berkata...

>nampak gaya mcm tu la....depa pulun sorang!!
>bila time buat kerja ramai2 tapi bila pasai pulus depa pulun sorang2!!
>ketua bhgian n bendahari bhgian ...cuba bedak sama kat org yg dok buat kejha.....kalau menang parti kita...hampa jugak yg senang(dibaca terlebih senang)!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates