Jumaat, 25 November 2011

Pentadbiran Kerajaan Kedah dah caca Merba?

Dalam manifesto PRU 12 lalu PAS Kedah meletakkan Pentadbiran sebagai salah satu janji mereka jika diberi peluang mentadbir Kedah. "Mentadbir dengan baik dan dengan mengutamakan keadilan, pertanggungjawaban dan integriti. Memastikan pentadbiran yang sifar RASUAH".

Apakah benar seperti yang dikatakan? Kedah Times pernah mengulas tentang pencapaian yang di paparkan oleh blog ADUN Jeneri, Cikgu Ya yang sekarang ini melilau merata kampung menunjukkan muka kerana takut tidak lekat sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Jawapannya ialah kerajaan Kedah yang diterajui PAS adalah sebenarnya SIFAR serba-serbi, kecuali rasuah.

Kalau pentadbiran yang menegakkan integriti kenapa selepas 3 tahun memerintah, bangunan MBAS kena lelong. Tak kira apa alasannya tetapi kenapa boleh sampai ianya dilelong. Takkan disebabkan oleh kerajaan terdahulu pulak!

Begitu juga dengan kajian semula elaun dan keistimewaan MB dan exco; sehingga kini hanya diberitahu yang ada potongan tetapi dimasukkan ke dalam Tabung Tunku Mahmud. Tidak pernah diberitahu berapa!  Sebaliknya MB dapat kereta baru RM600,000 dan exco dengan Camry nya. Tidak pernah dalam sejarah Kedah MB dapat kereta RM600,000.00.


MB sebagai orang nombor satu memegang pelbagai portfolio dengan elaun atau gaji yang hebat. Jadi potongan yang diwar-warkan itu tidak beerti kerana ditampung oleh elaun atau gaji lain berdasarkan portfolio yang dipegang.

Mungkin sampai berpuluh-puluh ribu sebulan! Sebab itulah duit tak pernah cukup sehingga terpaksa sapu duit peruntukan maintenance JKR yang diberi Persekutuan untuk membayar elaun atau gaji pegawai kerajaan.

Berintegriti sangatkah pentadbiran Kerajaan Kedah pimpinan PAS ini?

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

pak zizan ni makin melalut dan merapu.. yang terbaru sanggup pulak rampas tanah wakaf dan roboh surau semata2 nak naikkan shopping complex puluhan juta ringgit!!!...belajar tinggi2 tapi bengong& bahlul tak habis, hindu paria sanggup pertahankan kuil mereka kat celah2 shopping megamall midvalley, OOSTAD ni pulak sibuk nak rampas dan roboh surau, BENGONG!! masyuk masyuk masyuk lagi laah poket si pak jijan ni... bila banjir datang pulak... mula laa dia dok maki hamun wartawan dan halang tv3 buat liputan... ini ke mb yang berintergriti???....

Tanpa Nama berkata...

AKU NAK TANYA SIKIT,MANA PI PUAK PUAK YANG DOK BEGULING ATAS JALAN SEMASA DI KUALA KANGSAR DULU , AWAT DEPA TAK TURUT SERTA BEGULING ATAS JALAN UNTUK PETAHAN TINDAKAN MEROBOH MADRASAH DEKAT TAMBANG BADAK TU.

Non Ulu Sik berkata...

Di DUN Jeneri PRU 13 ni kena letak semula penghulu Ismail Insya Allah BN menang.Dulu silap calon.

sayonaralah Cik Gu Ya drp PAS.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates