Sabtu, 19 November 2011

PERMAINAN FATWA UGAMA ISLAM


Oleh Anti Sanny Ho

Syarikat dari Pulau Pinang kepunyaan Sanny Ho (pejuang kristian tegar di Pulau Pinang) telah melobi Kerajaan Negeri Kedah serta bersepakat dengan PKNK untuk membina kompleks AMAN CENTRAL. Dengan mendapat kuasa daripada Mufti Kerajaan negeri Kedah untuk meruntuhkan lambang kekuatan umat Islam di Kancut, Alor Setar (Madrasah/Surau tempat ibadat umat Islam).
Sebaliknya Sanny Ho tidak mengusik walau seinci pun tanah gereja dibelakang PMC yang mana tanah gereja tersebut bersempadan dengan tanah projek AMAN CENTRAL.

Apa matlamat sebenarnya Sanny Ho? Beliau mempunyai agenda menunjuk kepada umat Islam bahawa kuasa duit yang ada kepadanya berjaya meruntuhkan tempat ibadat umat Islam.

Yang menjadi masaalahnya ialah kerana keghairahan Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah dan termasuk Mufti sendiri tidak menyedari agenda Sanny Ho, kerana kompleks tersebut merupakan warisan sejarah umat Islam serta mengindahkan Alor Star. Kerajaan Kedah dengan syubhah Mufti sendiri, sanggup menukar keputusan mengeluarkan fatwa pada 21hb Jun 2010 menyebut:
"JAWATANKUASA FATWA NEGERI KEDAH TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA SURAU INI HENDAKLAH DIKEKALKAN DI TEMPAT ASALNYA TANPA DIRUNTUH STRUKTUR ASAL BANGUNAN TERSEBUT DEMI KEASLIAN JEMAAH BERDEKATAN UNTUK BERIBADAT DAN MELAKUKAN AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN", ditandatangani oleh Dato Alsheikh Mohamad Badarudin bin Haji Ahmad DSDK, BKM Mufti Negeri Kedah Darulaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darulaman.

Kata ampunya cerita di Warta Darulaman: Kerana kompleks tersebut amat di kehendaki oleh Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri mengadap Mufti. Langsung keluar pula satu fatwa lain yang juga mengenai surau tersebut seperti yang berikut:

CABUTAN KEPUTUSAN MESYUARATnJAWATANKUASA FATWA NEGERI KEDAH DARULAMAN 
Tarikh: 2 Syaaban 1432 bersamaan 4 Julai 2011
Perkara: Permohonan Menyemak Semula keputusan Fatwa Berkenaan Pengambilalihan Tanah Wakaf Madrasah Sallhiyyah, Kancut.

Keputusan: Setelah meneliti permohonan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan mendapat maklumat satu penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah maka dengan ini Jawatankuasa
Fatwa Negeri Kedah bersetuju untuk membuat sadikit pindaan terhadap keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat yang berlangsung pada 8 Rejab 1431 bersamaan 21 Jun 2010. Sehubungan itu, Jawatankuasa memutuskan bahawa: 

i) Bagi memelihara amanah pihak yang mewakaf tapak Madrasah Salihiyyah, pemaju hendaklah membayar wang pampasan mengikut nilai semasa yang munasabah kapada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah.

ii) MAIK bertanggungjawab keatas wang pampasan tersebut untuk mendapatkan satu tapak baru bagi menggantikan tapak asal Madrasah Salihiyyah (menggunakan kaedah Istbdal).

iii)Pemaju hendaklah mendirikan sabuah surau berasingan daripada kompleks membeli belah Plaza Tengku Yaacob ATAU dibina di tingkat bawah kompleks berkenaan.

iv) Surau baru yang dibina hendaklah:
.. memperlihatkan kubah, menara atau apa-apa jua lambang yang menampakkan sebuah surau untuk menonjolkan syiar Islam.
.. keluasan yang sama atau lebih daripada surau Madrasah Salihiyyah sedia ada.
.. kos pembinaan dibiayai oleh pemaju 
.. diujudkan tempat wudhu' dan bilik air yang terasing antara lelaki dan perempuan dikawasan tersebut.
.. Jawatankuasa Fatwa menasihatkan agar Jawatankuasa Madrasah Sallihiyyah yang sedia ada dilibatkan dalam pentadbiran dan pengurusan surau baru tersebut.

Disahkan oleh: DATO' PADUKA SYEKH MUHAMAD BADARUDIN B. HJ AHMADnDHMS., DSDK., BKM. Mufti Negeri Kedah Darul Aman

Kita ingin persoalkan kapada Dato' Mufti, tidakkah dirasakan bahawa ini satu permainan memperkotak-katikkan Fatwa dalam Islam? Walau pun ini bukan sebagai Mesjid, tetapi maruah Islam itu sendiri dipersendakan. Lain jika, atas kehendak kepentingan umum, untuk membuat jalan, hospital, sekolah atau lain-lain yang relevan. Sebaliknya, tujuan begitu mudah mengubah fatwa hanya untuk membina satu kompleh membeli belah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja, apa lagilah usaha ini didesak oleh pihak yang memang menentang selama-lamanya hingga ke hari qiamat.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sedih sungguh menyaksikan peristiwa ini. Saya terkedu sekali dengan permainan ini. Tak terkata apa lagi. Entahlah. Hilang terus rasa hormat kepada golongan yang diberi amanah menjaga kehormatan agama ini. Harapkan Pagar Pagar akhirnya yang makan padi. Tak usahlah beri apapun alasan lagi. Apabila integriti dan maruah sudah tiada tiada lagi hormat untuk anda. Cuma kita tunggu saja apa alasan yang akan tuan-tuan ulama ini akan beri untuk menghalalkan apa sahaja yang mereka buat tetapi dahulu jika ini dibuat maka merekalah yang melalakkan bahasa kezaliman dan kekufuran dan entah apa lagi. Sekarang macammana??? Sama-sama kita renungkan.....

Tanpa Nama berkata...

Dato Badaruddin Hj Ahmad, jawablaaaahh. Jangan berdiam seribu bahasa. Kita mahu Dato' beri penjelasan, adakah Dato' telah sembah perkena daripada KDYMM Sultan tentang fatwa membolehkan surau Tambang Badak ini dirobohkan?. Apakah puncanya sahingga Dato' sanggup menukar fatwa dari TIDAK BOLEH ROBOH kapada BOLEH ROBOH surau tersebut?.

Dato', jaga krdibeliti Dato' sebagai Mufti. Jangan diikut terlampau perangan puak-puak PAS yang sekarang amat aqrab dengan DAP dan PKR. Bukan soal politik yang kita persoalkan, tapi ini soal ugama dan hak Islam. Kenapa begitu mudah Dato' membuat keputusan?.

Tanpa Nama berkata...

SYBURI ,

UNTUK MAKLUMAN TUAN..PIHAK MUFTI TELAH DIBERI TEKAN YANG SANGAT HEBAT.SANGAT HEBAT ..OLEH KERANA MEREKA "MAKAN GAJI" MEREKA TELAH DITEKAN DITEKAN..OLEH SIAPA?

OLEH AMIRUDIN ADUN ANAK BUKIT..YANG TELAH MENJADI KUDA TUNGGANGAN KEPADA JAHUBAR SATHIK..SIAPA TAK KENAL JUBUR SATHIK..

DIA ADALAH DALANG YANG SEBENARYA TELAH MENGUPAH RAMAI ORANG ...UNTUK MEMUSNAHKAN TANAH WAKAF KHAS.. DAN MADRSAH SALIHIAH KANACHUT INI

DGR KABAR..BELIAU TELAH BERPAKAT DENGAN BELLVIEW ..KAFIR KRISTIAN CINA..PENANG ITU ..TELAH GUNA SAMI SIAM..DAN SAMI HINDU..UNTUK MERAMPAS TANAH WAKAF.....TETAPI USAHA JAHAT MEREKA TELAH GAGAL BEBERAPA KALI..OLEH KERANA ..MEREKA LUPA..BAHWA YANG LEBIH BERKUASA IALAH ALLAH SWT.....

SAMI SIAM DAN SAMI HINDU TELAH DIMUSNAHKAN ..TELAH DILETUPKAN.....

MARILAH BERDOA DAN SOLAT HAJAT....HINDARKAN DARIPADA KEJAHATAN JUBURSATIK..DAN AMRDIN...

KALAU TAK PERCAYA...RUJUK LAH KEPDA ORANG ALIM...

Tanpa Nama berkata...

BERITA GEMPAR...BUAT PENJUNJUNG, PENDEKAR, PANGLIMA PANGLIMA.YANG MEMPERTAHANKAN..RUMAH ALLAH..!

MADRASAH SALIHIAH NI TELAH MENJADI ISU NASIONAL..TANAH WAKAF KHAS INI TELAH DIGILAI OLEH PEMAJU BUKAN ISLAM...MEREKA SANGGUP UNTUK BERBUAT APA SAJA..DENGAN DUIT BERJUTA-BERJUTA..BERBILION BILION ..MEREKA TELAH MEMBELI..ORANG ORANG TERTENTU..UNTUK MERAMPAS TNAH WAKAF INI..

MEREKA TELAH GUNA..SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT ..SEPERTI BERIKUT:

1. EXCO MR.DIN - KEPALA
2. PKNK - PEGANG SAHAM 55% DALAM BDB
3. BDB- DALANG SEBENAR..MELALYI MDNYA..JUBUR SATIK
4. PEJABAT TANAH - TELAH DIPERKUDAKAN
5. SUK - DIPERKUDAKAN
6. MAJLIS AGAMA - PERGUNAKAN
7. MUFTI - TELAH DIPERMAINKAN..
8. SAMI SIAM - TELAH DIUPAH..
9. SAMI HINDU - TELAH DIUPAH..

NAMUN..MEREKA LUPA...RUMAH ALLAH ..TELAH DILINDUNGI ALLAH SWT....SELAMA-LAMANYA..

SESIAPA YANG TELAH BERPAKAT UNTUK MEMUSNAHKAN RUMAH ALLAH ADALAH..SEPERTI ..BURUNG BURUNG ABABIL YANG MEMUSNAHKAN REJIM ABRAHAH...

INGATLAH...................RUJUKLAH KEBENARAN INI KEPADA PIHAK BERKAITAN..ANDA AKAN TERKEJUT!!

BERITA GEMBAR ...KEBENARAN AKAN MUNCUL JUA......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates