Sabtu, 26 November 2011

PROJEK MENAMBAH PENDAPATAN KEDAH

Menjadi kerajaan nampak sangat mudah. Tapi mentadbir dan mengurus negeri perlu kepakaran dan kepandaian. Ini kerana pemerintah perlu mencari pendapatan tambahan untuk menguruskan perbelanjaan negeri dan sebagainya.

Jika tiada duit, apa yang boleh dibuat? Jalan berlopakpun tidak boleh diperbaiki. Jalan mini baru tak dapat dibina dan sebagainya.

Rakyat tertanya apa sebenarnya rancangan STRATEGIK kerajaan untuk menambahkan hasil negeri. Yang kita nampak asyik mereka banggakan ialah pertambahan hasil balak. Itulah yang diulang siar setiap hari, dalam ceramah atau majlis-majlis kerajaan. 

Kedah Times kata, "Kalau tebang balak lebih sapa pun boleh buat; sudah tentu balak banyak, duit pun masuk banyak". Bukan begitu. Jadi tak perlu bangga laaaaa...

Tetapi bagi kerajaan PAS Kedah, itu satu kejayaan besar. Sama dengan kejayaan membawa First Solar masuk ke KHTP (walhal First SOlar masuk sebelum mereka memerintah pun). 

Kegilaan menebang balak seolah-olah menjadi fenomena di Kedah sekarang. Ini disebabkan kerajaan sekarang tidak pandai mentadbir dan mengurus negeri. Mereka tidak kreatif dalam menjada sumber pendapatan lain selain daripada menebang dan menjual balak.

Jika begini senangnya mencari duit dengan menebang balak, Kedah Times pun boleh jadi MB ...

Apa kata bagi chance Kedah Times jadi MB? Kita boleh tebang lagi banyak balak untuk dapat duit lebih!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates