Khamis, 3 November 2011

RAKYAT KEDAH PASTI MENGAJAR MEREKA.


WATAN BERTINTA

Rungutan ketidakpuasan hati rakyat sepanjang pemerintahan PR di Kedah sudah menjadi lumrah.Yang peliknya pihak yang merungut inilah yang dahulunya bersorak gembira melihat kejatuhan BN. Asas penting bagaimana mahu memastikan rungutan itu diterjemah dalam kota undi.

Ada pula yang berpandangan,  biar mampoih pi rakyat Kedah jangan kerajaan pusat sama sekali tolong apa pun jua benda,  jika PAS yang mereka pilih, biar PAS lah yang membantu mereka, terutamanya bencana banjir yang bakal menjelang tiba. (Untuk perhatian rakyat Kedah, ustaz AZIZAN dah bagitau kerajaan negeri dah sedia 16 buah bot tanpa enjin. Sebuah bot boleh bawa 10 orang untuk dihanyutkan sampai ke BANGKOK.. jangan marah USTAZ!!!!).

Namun premis itu adalah manifestasi kurangnya sikap kemanusiaan. Ada pula yang berpandangan negeri yang berjaya BN perintah, biar dilonggokkan segala bantuan,biar rakyat di negeri diperintah PR meleleh air liur terkenangkan kesilapan mereka membuat pilihan.

Setiap orang ada pandangan masing-masing, namun yang nyata sikap dan sifat BN CUKUP TERBUKA CUKUP TOLERAN. Makilah, katalah sebanyak manapun, rakyat tetap dibantu, 20 tahun Kelantan dibawah PAS, rakyat Kelantanlah yang paling banyak mendapat nikmat dari kerajaan persekutuan, namun selamanya BN di pusat dituduh zalim dan tidak adil.

Maka dalam konteks di Kedah, jika pengundi merasakan mereka selesa dengan sentuhan pentadbiran golongan lebai dan puak PAS, DAP dan PKR, kita biarkan sebab pilihan dalam sebuah negara demokrasi terletak pada sokongan rakyat.

Jika pengundi merasakan dan berfikiran mereka perlu mengundi semula BN untuk masa depan yang lebih baik maka kita patut terbuka menerimanya.

Yang pasti rakyat sudah cerdik. Tidak perlu lagi membuang masa dengan kempen berjela, yakinilah pada rakyat untuk membuat pilihan, masa depan, untung nasib mereka biar mereka sendiri yang tentukan.

Maka hentikanlah segala program memberi kain pelikat, AYAM, itik, baja, benih padi, baja suubsidi, sumbangan persekolahan, beras sekampit atau duit RM50.

Politik model baru, biar sebab dan akibat menentukannya, jangan biar lagi belaian, manjaan dan sumbangan serta program pemberian kepada rakyat menjadi keutamaan.

LET THE PEOPLE DECIDE.. Senang cerita, tak perlu membuang masa, tenaga, keringat, idea dan wang ringgit lagi..

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

malangnya ramai pengundi kurang akal, mengundi ikut hati dan kerana rasa marah..sesal dulu ppendapatan, sesal kemudiaan tiada gunanya.

Tanpa Nama berkata...

>apa jasa kjaan baru kedah kpd rakyat nyer??
>nampk mcm hak dulu lagi...

Tanpa Nama berkata...

Saya dah menawar diri untuk berkempen bagi BN dalam PRU13 secara sukarela. Dulu saya meluat dengan KJ. Sekarang InsyaAllah saya akan kembali aktif. Menang kalah Allah tentukan. Tapi golongan munafik ini perlu ditentang.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong post ni. patutnya kerajaan pusat hentikan semua pemberian subsidi/bantuan dan projek besar kepada rakyat negeri yang tidak memilih kerajaan persekutuan pada mana-mana jua pru. baru reti bahasa.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates