Ahad, 20 November 2011

Sanggupkah PAS jika Islam Tidak menjadi Agama rasmi Negara?

Kedah Times minta penyokong-penyokong PAS menjawab soalan di atas. 

Kedah Times telah daftar untuk menghadiri Konvensyen 1Agenda yang diadakan pagi ini di PWTC. Tetapi dek kerana ada perkara penting disaat terakhir maka terpaksalah batalkan ke Kuala Lumpur. Tentu seronok berjumpa dengan ramai pengguna media baru.

Kembali kepada soalan di atas. DAP sudah menjadi teman seperjuangan PAS sehinggakan sudah tiada lagi Negara Islam sebaliknya Negara Berkebajikan diperjuangkan kini.

YB Manoharam ADUN Di Selangor dalam twitter nya memperlecehkan bendera Malaysia. Tanpa segan silu mengatakan bendera Malaysia di celok dari bendera Amerika.

Bendera Malaysia yang direkacipta memberi maksud-maksud tertentu. 

Bendera Malaysia ini dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Jika PR dapat memerintah Malaysia, Manoharam berjanji akan mengubah bendera Malaysia. Apa anak bulan dan warna kuning pada anak bulan dan bintang akan dibuang oleh Manoharam dan PR?

Jika kedua-dua itu dibuang, apakah PAS masih menyokong mereka? Apakah penyokong PAS sanggup menerima Islam sudah tidak menjadi AGAMA RASMI Malaysia lagi dan Raja-raja kita dibubarkan?  BERSEDIAKAN PENYOKONG PAS?

Ini bukan cerita dogengan tetapi keluar dari tulisan Manoharam sendiri.

Apakah penyokong PAS bersedia?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates