Jumaat, 4 November 2011

SHOPPING SAKAN - KEAJAIBAN NAJIB DAN ROSMAH

Sungguh ajaib apabila tuan badan tidak pun bershopping, sebaliknya pencacai-pencacai PR hebat menuduh tuanpunya badan menghabiskan beribu-ribu ringgit 'Shopping' di Australia.

Sungguh ajaib apabila tanpa segan dan silu mereka mempercayai tulisan bangsa kafir dalam suratkabar mereka yang belum tentu sah kebenarannya. Sebaliknya pencacai PR ini menjadi lebih kuah dari sudu. Akhbar yang hanya mengesyaki sahaja tetapi pencacai-pencacai PR ini sudah mengesahkan kebenarannya.

Sungguh ajaib bila jumlah yang dibelanjapun mereka sudah boleh kira. Bila mereka lihat bilnya?

Tapi adakah mereka percaya dengan ini ?


ANAK NAJIB NAFI ’SHOPPING’ DI PERTH

Konsul besar Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari dalam sepucuk surat kepada akhbar The New Straits Times pada hari Selasa, menafikan bahawa anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di sana sewaktu mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) baru-baru ini.Hamidah menjawab artikel dalam akhbar The Western Australia baru-baru ini, bertajuk “Delegates go shopping, sightseeing“ (Perwakilan membeli-belah, bersiar-siar) yang mendakwa anak perempuan Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) di pusat membelibelah David Jones.

Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan perdana menteri bukan sebahagian daripada delegasi yang menghadiri CHOGM atau dia berada di Perth pada masa itu.

Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa anak perempuan perdana menteri membuat pembelian di sana adalah tidak benar.

NST juga memetik setiausaha politik Najib, Datuk Fatmi Che Salleh sebagai menafikan bahawa anak perempuan Najib berada di Perth.

“Setakat yang saya tahu, dia tidak pergi dengan perdana menteri. Oleh itu, jika dia tidak berada di sana, maka cerita itu adalah jelas tidak betul,” Fatmi dipetik memberitahu pemberita di Kota Bharu semalam.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan selepas laporan akhbar The Western Australia dipetik oleh ahli politik pembangkang dan penulis blog.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hati busok dan pendengki .Penyebar Fitnah . Cakap bohong ..inilah kerja orang yg tak dapat petunjuk....tak habis habis nak sebar berita palsu...kesian dengan keluarga najib....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates