Jumaat, 4 November 2011

SUDAH PUPUSKAH PEMIMPIN DALAM UMNO KEDAH?...


WATAN BERTINTA

Diantara hebahan propaganda PR di Kedah, jikapun BN menang kembali, masalah utama ialah tiadanya calon BN yang boleh menerajui Kedah.

Inilah pemikiran dangkal yang bersifat merendahkan kebolehan orang lain, satu antara sikap kemestian PR. Sebabnya mereka merasakan merekalah paling PANDAI, PALING BAIK DAN PALING CEKAP. Kepandaian pemimpin PR hanyalah satu.. ingat hanya satu, PANDAI MEMBERI ALASAN, DAN PANDAI BERCAKAP.. Itu sahaja kelebihan mereka.

Siapa kata UMNO Kedah ketandusan pemimpin?  Banyak lagi permata yang belum digilap, ramai yang bekerja, bersemangat dan kuat integritinya.

Barangkali mereka ini tidak ditonjolkan, namun rakyat mengenali mereka. Barangkali mereka lebih banyak berkhidmat. NAMUN kurang pentingkan publisiti seperti USTAZ BARAN kita, yang lebih sudu dari kuah,
kerja tak seberapa, tapi bilboard mencanak disini sana. Kini bergaduh pula dengan PAHROLROZI, kononnya masa USTAZ sakit teruk di IJN dulu, PAHROLROZI cuba merampas kuasa, maka kini peluang untuk AMIRUDDIN ROMEO masuk daun, biarkan mereka bergaduh sesama mereka.. Itulah penangan KUASA. Bisa jadikan MANUSIA GILA!!!!!

Berbalik kepada leadership dalam UMNO Kedah, jika ikhlas diamati, DR KU RAHMAN KU ISMAIL, ADUN GUAR Chempedak lengkap segala pakej untuk diangkat sebagai MB. Aziz Sheikh Fadzir tidak kurang tokohnya.

MUKHRIZ, tokoh in the making juga tidak ada salahnya untuk dinobat pada posisi yang sama. DATO BASHAH juga tidak ada salahnya jika dilihat pada hieraki jawatannya dalam parti.Pendek kata semua layak. 

YANG PENTING bila sudah naik menjadi MB, lantiklah pegawai dikeliling yang boleh diharap dan mampu bekerja. Bukan yang mampu menganguk semata-mata.

Apa jua sikap dan pendekatan yang kurang baik selama ini, ubah segera untuk menjadi lebih baik. Sifat manusia yang diciptakan dari setitis mani, boleh berubah.. itu sahaja. Dan bila naik menjadi nakhoda jadilah pendengar dan pelaksana yang baik. Tepati janji, utamakan rakyat, kasihani masyarakat, jangan lebihkan hak peribadi berbanding keperluan rakyat.

Bina dan cari lebih ramai kawan berbanding musuh, jalin kerjasama baik dengan KCS, pegawai kerajaan pelbagai peringkat, maka mudahlah segala dasar mahu dilaksana. Jangan sombong, angkuh dan khayal dengan jawatan, atau lebih banyak berbulan madu dan bermimpi sepanjang masa diatas bantal empuk, maka selamat dan aman damailah rakyat dan negeri ini..

MAKA, JIKA perkara asas sebegitu boleh dilaksanakan dengan bersungguh, tidak ada sebab kenapa ramai yang masih sangsi SIAPA BAKAL MB KEDAH jika UMNO/BN kembali berkuasa.. Usahlah khuatir, pemimpin yang baik di dalam UMNO Kedah masih belum pupus, percayalah dan yakinlah...

Yang penting, jika kawan rakan nak naik, jangan pula ada yang cuba menariknya turun dengan pelbagai helah, inilah ramuan rahsia jika mahu UMNO Kedah terus tidak kehilangan pemimpin berpotensi yang boleh digilap dan menyumbang untuk kepentingan rakyat..

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

betul tu..pemimpin yang baik suka dengar nasihat dari orang yang baik dan bersedia mendengar perkara yang benar..bukannya perkara yang hanya boleh menyedapkan hati sendiri

Tanpa Nama berkata...

LANTIK PENASIHAT YANG BOLEH MENASIHAT BUKAN PUNAHSIHAT YANG BOLEH MELINGKUP

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates