Rabu, 30 November 2011

Taulan pula muhonggg


Oleh Abu Nawas

Di dalam Berita Harian hari ni (Rabu), Exco yang menjaga bab Agama Islam di Kedah iaitu Taulan Rasul berkata tidak ada lesen dikeluarkan untuk pusathiburan di kedah.

Amat pelik apabila kerajaan negeri kata tidak ada lesen baru sedangkan di merata tempat penuh dengan bar, karoke dan kelab malam.

Bagaimana mereka itu boleh beroperasi dengan megah dan terbuka jikalau tidak ada lesen. Dan jikalau tidak ada lesen kenapa dibiarkan terus beroperasi tanpa sebarang tindakan.

Amat malang sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pusat hiburan yang haram itu. Sudahlah beroperasi tanpa lesen terlibat pula dengan perniagaan maksiat, dan kerajaan negeri pula tutup mata kerana bimbang hilang sokongan kaum Cina.

Jelaslah kenyataan Yb Taulan itu boleh ditafsirkan beliau tidak buat kerja atau hanya pembohongan semata-mata.

Mufti gesa Kedah pantau pusat hiburan


2011/11/30

Kelab tumbuh bagai cendawan calar imej Islam 

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa memantau kewujudan pusat hiburan di negeri itu yang dikatakan hidup bagai cendawan tubuh selepas hujan kerana fenomena itu boleh mencalar imej negeri yang majoriti masyarakatnya beragama Islam.
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata kewujudan pusat hiburan tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa boleh memberi kesan negatif dalam institusi masyarakat, selain menyinggung perasaan umat Islam di negeri ini.
“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan. 

“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa kewujudan pusat hiburan di bandar raya ini bagai cendawan tumbuh elepas hujan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negeri. 

Sehubungan itu, Muhammad Baderuddin berharap isu itu dapat diatasi dengan bijak oleh pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri dalam usaha memelihara keharmonian Islam di Kedah. 
“Malah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam amanatnya ketika bertitah sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini turut meminta umat Islam di negeri ini supaya mendalami Islam dengan penghayatan sebenar dan kita tidak mahu perkara seumpama menggagalkan usaha berkenan,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, sepanjang tiga tahun mentadbir negeri, kerajaan kedah tidak pernah mengeluarkan lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan. 


Kedah Times : Lesen tak keluar tapi kenapa tumbuh macam cendawan? Tiada penguatkuasa ka? Herrm sebab tu la nak kuatkuasa enakmen hiburan pun Kerajaan PR diketuai PAS tak berani!

3 comments:

Blog Mamak Pedukang berkata...

Ni lagi sempoi....

tu dia Mamak Pedukang dok kempen nak jadi calon...

http://mamakpedukang.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Yang palingg terok, Pondan (Darai) berkeliaran dijalan Stesyen keretapi, pada hal sebelum Pas memerintah Kedah, gejala ini sudah pupus, mlm minggu lepas aku terkejut, semasa melalui jalan tersebut melihat pondan berkeliaran, cukup memalukan rakyat Kedah dibawah pemerintahan Parti Pas sekarang.

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran. Kulim Golf anak syarikat pknk pun dok juai carlsberg. Ustaz azizan tu chairman pknk.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates