Rabu, 9 November 2011

TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA


WATAN BERTINTA

Watan terdengar dan mendengar satu perbincangan serius antara penasihat PM, beberapa orang pegawai tinggi kerajaan negeri, Senator dari Kedah(BN punya), dan juga beberapa pemimpin kanan UMNO.

Kebelakangan ini, gerombolan para pegawai tinggi JPM seringkali berulang alik ke Kedah dengan dua tujuan, mengirim laporan tentang politik terkini Kedah, dan kedua meninjau pendapat rakyat berhubung calon MB andaikata BN kembali memerintah.

Memang sudah gah bahawa nama DATO ADZMI DIN, CEO SADA dikatakan bakal menjadi MB jika BN menang. Namun tiga halangan utama yang wajib dilalui oleh DATO MI ialah:

1. Bersedia meletakkan jawatan dengan gaji lumayan selaku CEO SADA untuk masuk bertanding atas tiket UMNO. (Harus difahami DATO MI dilantik kejawatan sekarang oleh MB PAS, jadi timbul kemusykilan DATO MI ni terhutang budi pada PAS atau UMNO???). Bukan apa kita takut dengan laba, elaun dan gaji di SADA yang cukup lumayan, tau-tau DATO MI ni merupakan informer kepada PAS, habis segala rahsia UMNO dikoreknya, sebab tu la kot USTAZ AZIZAN relax saja.. Ini hanya satu andaian, tetapi tidak mustahil menjadi satu kebenaran.

2. Memastikan jika dia menjadi calon, gerakerjanya mantap untuk bolehkan dia menang di DUN Sungai Tiang (itupun kalau DATO MD ROZAI tak kerat dia atau sabotaj).

3. Berdoa sambil berusaha agar BN Kedah menang sekurang kurangnya kerusi minimum untuk bentuk kerajaan negeri, sama ada 20 atau 21 kerusi.

Baiklah WATAN BERTINTA tidaklah minat sangat soal siapa yang patut jadi MB Kedah. Yang penting tugas pertama yang perlu dibuat oleh para penasihat PM yang kerap berkunjung ke Kedah sekarang ini ialah:

1. Mencadangkan nama-nama calon yang popular dikalangan pengundi dan rakyat untuk mewakili UMNO dalam PRU akan datang.

2. Memastikan calon-calon yang dibenci rakyat dan ditolak rakyat kerana masalah peribadi dan liabiliti yang boleh merosakka imej UMNO/BN Kedah tidak dicalonkan semula.

Dua perkara itu sebenarnya yang paling mustahak. Perkara paling induk ialah memberi dan membantu menjalankan gerakerja UMNO/BN Kedah yang sudah agak lama ibarat 'GAJAH SEDANG TIDUR'. 

Jika ini boleh dilaksanakan, siapa pun nanti jadi MB Kedah tiada masalah.. BOLEH BUAT KA DUHAI PENASIHAT-PENASIHAT YAB PERDANA MENTERI???????

Bak kata pepatah siapa pun boleh jadi MB, layak jadi MB, kalau TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA.. Tukang urut kaki, perampas isteri orang, kaki kelentong dan pelawak sarkas dan pembawa back hoe boleh jadi EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH DIBAWAH PAKATAN RAKYAT, takan la tukang sapu sampah ka, tukang tarik keta, bouncer atau tukang jual ubat ka tak boleh jadi MB KEDAH untuk wakili UMNO dan BN??

Yang penting rakyat Kedah aman, makmur dan sejahtera untuk selama-lamanya..

Makin lama koi nak jadi kartun dah negeri KEDAH ni nampaknya.. belum apa-apa, menang belum tentu, gerakerja tak hebat mana semua dah pakat geli nak jadi MB... MAMPOIH MACAM NI!!!!!

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Amat malang Padang Terap sebenarnya kaya dengan khazanah alam semulajadi yang cantik ternilai indahnya tiada digunakan sebaik mungkin. Dahulu Ampangan Pedu gah dipelosok Malaysia. Kini hanya tinggal nama dan sejarah sahaja.

Amat malang MB Kedah kaki perumpuan dan lupa untuk pembangunan malah tiada wawasan dan pemikiran mandor kebelakang. Sebagai anak jati Pedu rasa terkilan kerana kekayaan Ampangan Pedu tidak digunakan sepenuh mungkin dan dibiarkan gah nama sahaja.

Apakah Kerajaan Kedah tiada beran matang untuk berfikiran matang dan terbuka antaranya:-

1. Permohonan mengistiharkan Kawasan Ampangan Pedu Zon Pelancongan bebas cukai.

2. Jadikan Ampangan Pedu Pusat Pendidikan Marin dan Akuatik serta Pusat Penyelidikan kehidupan liar.

3. Jadikan Pusat tema Air.

4. Wujudkan Pusat Pendidikan tinggi (IPTA).

5. Bina landasan terbang untuk kemudahan pengangkutan udara dan ujudkan Pusat Tenaga pengajar Penerbangan udara.

6. Wujudkan pelabuhan pelancongan dan kemudahan pengangkutan air untuk menyusuri keindahan Tasik Pedu.

7. Jadikan Tasik Pedu sebuah bandar Ilmu Pelancongan dan taman Kehidupan Liar (Zoo).

Faedahnya:

1. Pulangan lumayan kepada penduduk dan jalan sentiasa dibaiki serta memberi kemudahan ruang pekerjaan.

2. Akan ujudnya kemudahan motel2 dan homestay menjana pendapatan penduduk.

3. Hasil pertanian akan dapat dipasarkan secara meluas.

4. Memberi satu saingan perniagaan dengan Negara Jiran Thailand.

5. Memudahkan pengawalan dan menjadikan kawasan Tasik Pedu kawasan selamat dari unsur pengganas.

6. Menaiktaraf kehidupan penduduk persekitaran serta menjana pendapatan tinggi penduduk.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN Kdh patut tumpu usaha untuk menang balik di Kedah, bukannya berebut siapa nak jadi calon dan siapa nak jadi MB.kalau begini caranya mudah lagi kerja PAS,PKR dan DAP

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia..

siapakah MB kedah yang dikatakan Rotan?
siapalah pula bakal MB kedah yang dikatakan akar??
kalaulah Rotan???..
memanglah,dasar muka MBK yang tak malu, mana kerusi2 BN dahulu?? apa yang telah dibuat jentera2 umno? Puteri?... habisss disalahgunakan... siapakah kah yang patut di persalahkan bila hancur semuanya??
bukankah orang yg patut dipertanggungjawabkan ialah dikatakan ROTAN itu???...
itu bukanlah org yang patut dikatakan rotan.. tapi sebenarnya.. adalah org yang patut di berikan rotan///...
sedarlah... bahawa MBK telah gagal dalam mengatur misi, visi di kedah,
kegagalan ini adalah sejarah yg tidak akan dimaafkan oleh semua anak-anak kedah yg berwawasan...
kadang-kadang yg dikatakan akar itu?
adalah Rotan sebenarnya..
mungkin Akar itu adalah akal...
akar itu diharap dapat membantu kita..
untuk bangun mengorak langkah..
dengan lebih berani,..jujur dan ikhlas...

Selama ini UMNO kedah.. bukanlah gajah yang sedang tidor...
tetapi kepala GAJAH.. yang terlena..
hanyuttttttt.... di lamun cinta///.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates