Jumaat, 11 November 2011

Winnable Candidate : Jangan Terperanjat

Pakteh percaya ramai yang kurang berpuas hati apabila DS Najib membuka seluas-luas gelanggang pencalonan. Tidak ada had umur, tidak ada batasan waktu, tidak timbul soal calon recycle dan tidak timbul soal jawatan…apa yang penting ialah calon yang dipilih adalah CALON BOLEH MENANG.
Kebelakangan ini blogger Pro BN banyak mengutarakan idea agar muka baru diberikan peluang malah ada blogger Pro BN yang terangan mencantas terus muka lama dalam UMNO kerana telah expired.
Pakteh menerima idea calon muda agar UMNO/BN ini diberikan nafas segar namun apabila diteliti keperluan sebenar dalam PRU13, Pakteh menerima idea DS Najib adalah yang terbaik buat masa ini. Kita boleh berhujah bahawa calon yang berumur sudah basi, idea lapuk malah rakyat sudah muak……tetapi benarkah apa yang kita lontarkan itu? atau sekadar telahan semata-mata. Berapa dalam kajian kita sehinggakan seorang pemimpin yang masih mampu memberikan kemenangan kepada UMNO/BN kita tepis ke tepi.
Saat ini, waktu ini, detik ini….tidak timbul lagi soal siapa sepatutnya memimpin kerana semuanya sudah ditentukan oleh pucuk pimpinan. Ketika ini adalah saat terbaik untuk insan yang jiwanya adalah jiwa pejuang menghunus pedang dan mata pedangnya dihalakan hanyalah kepada MUSUH. Mata pedang yang dihunus oleh pejuang sejati tidak akan menikam rakan dan ahli seangkatan. Saat ini yang terkeluar dari pejuang sejati ialah Yes Sir atau Menurut Perintah. Ya..Pakteh faham…kita ada idea, kita ada sudut pandangan kita sendiri namun semua itu hanya boleh dilontarkan ketika sesi melakar perancangan. Kini saatnya dimedan perang….maka sesiapa pun panglima kita….segala mandatnya perlu kita akur.
Pakteh timbulkan persoalan keakuran dan ketaatan ini terlebih awal dari sepatutnya kerana pakteh percaya akan muncul Winnable Candidate yang tidak disangka-sangka tetapi telah lulus tapisan untuk menang oleh DS Najib. Disaat berada di medan perang siapapun panglima kita….hunusan mata pedang kita adalah kepada musuh…jangan sesekali pejuang sejati lupa hakikat ini.
Pakteh berikan fakta dan data ini agar para pejuang menilai kebenaran yang pakteh katakan.
Najib  58,  Mahyudin  64,  Zahid hamidi  58, Hishamuddin Hussein 50, Shafie afdhal  54, Rais yatim  69, Chua Soi Lek  64, Koh Tsu Koon  62, Palanivel Govindasamy  62.
Anwar  64, Lim Kit Siang  70, Karpal singh  71, Nik Aziz 80, Lim Guan Eng  51, Mohamad Sabu  57, Hadi Awang  64, Wan Azizah  59, Azizan Razak 71.
Pakatan Haram Pembangkang menggunakan sepenuhnya keperluan Winnable Candidate. Mereka telah lama mempraktikkan Winnable Candidate dan mereka Berjaya. Pakteh percaya jika Nik Aziz, karpal dan Kit Siang  berada dalam UMNO/BN, jawatan beliau kini mungkin sekadar Presiden MUBARAK atau Pengerusi/Penasihat GLC. Pakteh juga percaya jika mengikut cara tradisional UMNO/BN, Mat Sabu akan terus di Kuala Kedah dan buka berkelana merata-rata.
Apa maksudnya?....maksudnya jangan terkejut jika muncul Othman Abdul di Pendang atau Tun Daim 73 di Merbok  dan Hamid Othman 72 di Sik (sekadar menulis beberapa nama walaupun jauh tersasar) dan perlu sokong juga jika ada parachute turun di tempat anda.
Kepada semua Ketua UMNO Bahagian….suluh dan nilaikan calon anda samada boleh menang atau tidak. Jangan sekadar syok sendiri mengikut perkiraan pembodek dan pengampu sahaja. Toleh kiri dan kanan dan pilihlah calon yang benar-benar boleh menang biarpun ianya seteru anda dan jika pilihan anda bukanlah pilihan DS Najib….terimalah dengan hati terbuka pilihan DS Najib. Buang jauh-jauh sifat politik busuk dalam kepartian kerana ketika ini pertempuran kita adalah menentang musuh. Silat tingkah sesama kita….tunggu pemilihan yang akan datang……..
Ingat kembali nasihat Tun Ghafar…..”Jagalah UMNO”……

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bertuahnya Merbok jikalau Tun Daim dicalonkan semula. Calon recycle janganlah calon yg pernah bertanding tetapi kalah. Carilah calon recycle yang pernah menang bertanding tetapi nama beliau tidak dicalonkan semasa pemerintahan Abdullah Badawi

Tanpa Nama berkata...

patutnya PM kena campuraduk kan calon , ada yg muda , ada yg veteran , ada bloggers dan ada saintis !

ada dari PDRM dan ada dari ATM !

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Kini matlamat utama BN ialah memenangi PRU13 agar maruah bangsa, agama dan negara tidak digadaikan oleh Penganut PAS. Maaf saya katakan begitu kerana PAS anggap PAS yang terislam didunia ini. Ini berpandukan kepada fakta Nicsky Ojic. Mengeluarkan arahan mengatakan islam hanya untuk penganut PAS yang lain kafir. Begitu syurga ciptaannya adalah untuk Penganut PAS.

Memandangkan peristiwa kejadian sunami PRU12 telah mengeluarkan larva yang terpekung dalam pemimpim UMNO yang korupsi seperti Iblis yang sanggup menghisap darah rakannya kerana mereka tidak dicalonkan dalam PRU12 menyebabkan BN hampir merana.

Bertitik tolak dan pengelaman itu mungkin PM terpaksa melakukan tindakan drastik bagi menggelakkan peristiwa PRU12 tiada dijadikan sebagai bahan ujikaji lagi.

Kita tahu banyak seangkatan PM dan teamnya kini telah mengetuai Ketua Bahagian antara tokoh2 terkemuka dan tersohor Dato; Ghazali Ibrahim, Dato' Ahmad Lebai Sudin dan Rodzai .

Kita lihat Dato, Ghazali Ibrahim kecundang, Dato' Ahmad Lebai Sudin kecundang dan Rodzai juga menerima nasib sama. Antara ketiga2 ini Dato' Ghazali telah diberi jawatan yang amat terhormat sebagai Pegawai Tugas2 Khas PM. Nampaknya sudah selamat satu.

Pokok Sena nampaknya masih seperti garuda akan menyerang sekiranya PRU 13 Dato' Ahmad Lebai Sudin dicalonkan. Nak sembunyi dan nafi apalagi puaka dan pertualang terdiri daripada Saudara Haris sebagai Ketua Pemuda Pokok Sena dan Dato' Ariffin Man bekas didik Dato' Ahmad Lebai Sudin yang menikam tok guru.

Nak selamat hari diberi jawatan dan balasan setimpal pada Dato' Ahmad Sudin samaada duta ataupun senator. harap jangan bagi menjawat jawatan dalam GLC kerana mereka ini tiada ilmu peniagaan. Begitu juga Pin Man dan Haris keduanya harus dinafikan bagi menggelak ilmu PHD dan dilantik sebagai setiausaha atau apa yang difikir baik.

Pokok Sena perlu dipilih selain kalangan puaka2 ini dan biarlah ianya berwatakan baik serta berjiwa rakyat dan disenangi dgn semua.

Bagi Pendang Rodzai yang sudah diberi peluang keemasan tetapi kecundang telah menunjukkan halatuju jelas kehendak rakyat bahawa beliau patut diundurkan dan berilahkan jawatan lain setimpal kebolehannya.

Sejarah Pendang telah membukti dan menjelaskan rakyat Pendang merindui serta menghormati Dato' Othman Abdul sepertimana perpatah Sirih Pukang kegangang.

Sambung 2

Tanpa Nama berkata...

Sambungan 2

Meninjau ke Daerah Baling kita sebuah Daerah yang agak fanatik kearah ilmuan Islam. Ini terbukti apabila Bekas Iman Masjid Negara dipilih oleh PAS. Kita tahu beliau amat kecewa kerana Tun Mahathir menafikan yang beliau terlalu mengidam menjadi Imam masjid Putrajaya tak kesampaian dan sanggup membela pengkianat Negara Al-jaburi yang mengaku dihadapan beliau bahawa Al Jaburi benar2 melakukan khalwat.

Jasa2 Dato Azeez Rahim amat banyak dan peranan dan tugas beliau terlalu hebat dan terlalu banyak jasanya bahkan melangkaui negara luar. Apakah daya itulah adat resam melayu yang Tun Mahathir katakan melayu mudah lupa dan mereka hanya nampak kuman diseberang laut tetapi buta gajah dihadapan mata tiada kelihatan.

Baik eloknya PM anugerah Senator kepada beliau mncari calon yang amat sesuai untuk menandingi calon lawan.

Padang Terap, Dato' Ghazali sudahpun diselamatkan dan sudah pasti seorang lagi calon yang amat sesuai untuk dipilih. Apakah layak Ketua Pemuda UMNO Bahagian padang Terap Merangkap Ketua Pemuda UMNO Kedah dicalonkan. Mengikut tilikan Sang Mahaguru Utama beliau tiada layak dan terlalu banyak musuh dan hal kerohanian beliau sendiri menafikan pencalonan beliau sendiri. Biarlah sebagai ganjaran beliau dilantik menerajui GLC atau setiausaha sulit tertentu.

Bagi melaksanakan hal berkenaan mereka ini harus berjanji dan menandatangi akujanji membantu calon yang dipilih serta tidak melakukan sabotaj dan sekiranya calon2 itu berjawa barulah mereka ini diberi jawatan yang dijanjikan.

Kepada semua calon yang memenangi PRU12 haruslah dikekalkan kerana khidmat mereka amat ditagih oleh rakyat. Mereka ini juga harus dipanggil dan dinilai prestasi masing2 apakah sudah berjaya atau sebaliknya. Sekiranya masih belum harus bekerja dengan gigih lagi

Mahu atau tidak PM harus lakukan walaupun adakalanya amat perit dan jerit dilakukan tetapi atas nama agama,bangsa dan negara perkara tersebut wajib dilakukan. Jangan biarkan rakyat bahawan diperbodohkan oleh golongan ini. Kerana rakyat mahukan kestabilan negara, kemakmuran serta keluruhuran undang2 ditegakkan serta amanah dan kehendak rakyat ditunaikan.

Raja Bersiung berkata...

Heheh Pakteh, di Sik, sapa yg kalahkan Dato Azizan Razak walaupun 10 tahun hilang dari mana UMNO bahagian. hahah aku rasa dia akan timbul kembali. hahah org Sik harus bersedia

Pakteh berkata...

Dua nama yang pakteh sebut memberikan signal yang positif....Daim dan Man Bedol....Sengaja Pakteh letakkan begitu....Malah diletakkan juga contoh untuk Sik namun berbeza impaknya.....
Raja Bersiung mahukan individu yang kalahkan Azizan Razak...bermakna PRU11....Dato Wan Azmi Ariffin...

Itulah yang pakteh katakan...siapapun pilihan DS Najib, Ketua Bahagian kena terima dengan berlapang dada dan berusaha untuk memenangkan setiap calon. Jika Ketua Bahagian GAGAL berbuat demikian...bersedialah untuk terus menjadi Ketua Bahagian Dalam Negeri Yang Diperintah Pembangkang.

Jika semudah memberi sokongan kepada pilihan DS Najib PUN Ketua Bahagian tidak dapat berlapang dada, apa perlunya mengharapkan sokongan dari blogger yang tidak pernah memikirkan pangkat atau jawatan.

Winnable Candidate bukan bermakna yang lama dan recycle sahaja.....yang muda remaja juga boleh diambil kira. Lihatlah berapa banyak calon Pakatan Haram Pembangkang yang umurnya seperti baru lepas akil baligh. So....rakan-rakan..kalau nak teropong pun...lihat semua tua, muda, jantan, betina, janda, anak dara, teruna....yang penting....Winnable Candidate

ANAK KEDAH berkata...

DS NAJIB TAHULAH APA YG DIA CAKAP.DS NAJIB TAHULAH APA YG DIA NAK LAKSANAKAN NANTI.KENAPA DIA BUAT STATEMENT DEPAN MUBARAK.DALAM KONTEK KEDAH TENTU ADA GANDINGAN MUKA LAMA DAN MUKA BARU.PERSEPSI ORANG RAMAI TERHADAP PEMIMPIN UMNO KEDAH MASIH KURANG MEYAKINKAN.IMEJ POLITIK WANG.KURANG BERDAMPING DENGAN RAKYAT.MEREKA CUMA BERDAMPING SESAMA SENDIRI DAN BROKER POLITIK MEREKA SAHAJA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates