Rabu, 7 Disember 2011

Calon Jangan Tak Calon...

Dato Najib kata tak semestinya calon yang akan dipilih bertanding untuk PRU13 ini adalah yang memegang jawatan dalam UMNO. Tetapi Kedahtimes yakin kata-kata ini bukan bermakna yang baru sehari dua ini sahaja yang nampak kuat tolong UMNO akan dicalonkan.

Kepada mana-mana individu yang berperasaan akan dipilih tu sehingga dilihat sanggup menyingsing lengan dan menyinting kaki seluar, berkhidmatlah secara berpijak di bumi nyata. Selama ini jangan dikutuk ahli-ahli UMNO tidak kira yang ada jawatan sehingga ke ceruk pendalaman yang hanya memegang status ahli. Kalau tak ada usaha mereka ini walaupun satu ayat, iaitu undilah Barisan Nasional, Malaysia ini dah lama hancur.

Kalau iyapun mendengar khabar-khabar angin diri akan diangkat, tanya diri balik samaada layak ke tak layak. Orang baik-baik ni kalau dah dengar akan diangkat untuk jadi calon bisa berpeluh kerana amanah yang bakal dipikul itu sangat-sangat berat dan akan menolak jika tak mampu. Nilai balik yang membawa berita itu dari dari siapa? Kalau pembodek, tentu saja ingin habuan sebelum apa-apa lagi. Kalau pemfitnah, tentu saja petanda musnah. Jika kenalan ternama yang Dato Najib pun tak ingin tengok muka bermakna pengaruhnya semakin berkurang. Tetapi jika berita itu datang dari semua penjuru, baik orang bawah dan ke atas maka sujud syukur dan solat istikharahlah. Mohon yang terbaik.
Bukannya apa. Takut akibat berperasaan lebih, maka tindakan akan menjadi sumbang. Tambah-tambah yang kepada yang diura-urakan menjadi calon. Untung nasib, semua latar belakang akan disemak. Dan tentunya Dato' Najib takkan angguk sahaja jika mereka yang ingin dicalonkan adalah tidak berdaftar sebagai ahli UMNO.

Sekadar menyampaikan pesan kepada sesama insan.

Ahli BN

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Belia-belia Merbok akan menyokong sesiapa sahaja yang menjadi calon di Parlimen Merbok kecuali Tajul Urus Mat Zain. Ini ingatan kepada beliau yang kononnya perasan akan jadi calon dan yakin akan menang. Tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata macam itu.Sebenarnya Najib pun susah mula lembut gigi dari gusi.Semua Ketua Bahagian adalah calon yang akan bertanding dalam pru nanti.Dikedah dah sah 15 Ketua Bahagian akan menjadi calon sama ada kerusi negeri atau parlimen.Maknanya negeri kedah pasti akan tewas lagi sekali ditangan PAS,Kalau tak percaya tunggu dan lihat lah.

Ini bukan kuasa UMNO atau BN atau PAS atau PKR atau DAP.Inilah adalah kuasa rakyat dikedah.Oleh itu telitilah soal calon ini.Jangan tangkap muat sahaja.

PAS tak kuat.Cuma UMNO yg lemah kerana pemimpinnya lemah.

stabrock berkata...

Datuk Tajul the best..hehe
Sedekah lembu korban..
Datuk Tajul ahli lembaga pengarah PTPTN kena tlg org muda.
tq

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates