Sabtu, 24 Disember 2011

DR ISMAIL PATUT BELAJAR BERTERIMA KASIH

Oleh: Abu Nawas
Bagaikan anak-anak yang baru masuk sekolah, riak muka Exco Kerajaan Kedah Dr Ismail Salleh semasa program Bicara Rakyat yang disiarkan secara langsung malam di TV1, malam Jumaat lepas mengambarkan beliau tidak selesa dengan persekitaran semasa itu.

Berhadapan dengan audiens yang majoritinya orang UMNO dan diapit oleh panel YB Dato Dr Ku Rahman dan Dr Mustaza daripada Unversiti Utara Malaysia, Dr Ismail terkebil-kebil mempertahankan rumah kerajaan negeri yang terlalu daif di makan anai-anai dan penuh dengan sampah sarap.
 
Daya tahan Ismail runtuh juga apabila beliau, tanpa fakta, menyatakan kerajaan persekutuan tidak memberi walau sekupang untuk membantu Kedah semasa banjir besar tahun lepas, sedangkan kerajaan negeri menyalurkan sebanyak RM2 juta.

Dr Ku Rahman bingkas menepis tuduhan Dr Ismail itu dengan memberi fakta yang tidak boleh disangkal bahawa kerajaan pusat memberi hampir RM100 juta untuk membantu mereka yang menghadapi bencana banjir di Kedah.

Ternyata Dr Ismail sudah tidak terdaya untuk mempertahankan kerajaan beliau yang lemah dan amat daif semasa sesi siaran langsung itu. Beliau ibaratkan tikus yang mahu memperbaiki labu tetapi akhirnya melondehkan kelemahan kerajaan PAS Kedah.

Tuduhan Dr Ismail bahawa kerajaan pusat tidak membantu semasa bencana banjir itu adalah satu tuduhan yang amat serius daripada seorang wakil kerajaan negeri Kedah. Ia juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menidakkan apa yang dilakukan kerajaan pusat.

Penulis tidak berminat untuk menyatakan beliau cuba berbohong kerana masih menghormati beliau sebagai orang Islam, apatah lagi malam itu beliau tampil dengan berkopiah putih.

Mungkin pada ceramah PAS beliau boleh bercakap demikian kerana audiens Pas akan menerima apa sahaja yang disuapkan ke dalam minda mereka, tetapi bercakap tentang fakta yang semua orang tahu pada satu program secara langusng mengambarkan lemah daya intelek penuturnya.

Walaupun bencana banjir itu sudah setahun berlalu tetapi ingatan orang ramai tentang kegagalan kerajaan PAS menangani bencana itu tidak mudah padam walaupun Dr Ismail cuba spin kegagalan itu dengan menyalah kerajaan pusat.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

bagi 100 juta bagi kat umno negeri...tak salah sama sekali dr ismail menafikannya sebab kerajaan tak terima...umno bukan kerajaan..umno hanya pebangkang yg lemah dikedah...mereka tak seharusnya terima duit tu..itu hak kerajaan kedah...tapi oleh kerana kedah pas perintah...depa tak dapat...dr ismail menyatakan benda yg betul...macam nak nak terima kasih sebab kerajaan negeri tak terima duit tu...sapa yg punggah dalam siaran tempoh hari...ada seorang ahli penal kata jalan dari guar cempedak sampai ke singgkir cukup teruk...katanya orang cakap dengan dia kalau lalu jalan tu 2,3 kali absober akan rosak...ini tidak batul...tak taulah saya kalau depa pi singkir ikut tepi gunung gerai..tak ikut jalanraya dari guar cempedak ke teroi jumpa yan kecil jumpa yan besar terus jumpa tanjung jaga dan jumpa singkir laut dan darat....cakap tang mana ada lubang...jalan dari guar sampai ke singkir umpama jalan atas permaidani....kalau tak percaya anda lalui sendiri jalan tu...selamat berronda...saya ucapkan terimakasih kepada yb bukit selambau kerana atas usahanya jalan dari kilang papan lapis bukit selambau hingga sungai lalang telah dinaiktaraf...jalan ini selama ini mcm jalan kampung..masa umno perintah jalan tu cukup teruk...ini betul absober boleh rasak..tapi sekarang syukur pada allah terimaksih kepada kerajaan kedah yg cukup prihatin aduan rakyat...atas daya usaha ini...

Tanpa Nama berkata...

YB PAS dok galak berbini 2-3, sampai apa yg jadi kat negeri pun tak tau. Yg tau dok hentam UMNO. Semua salah UMNO. Dah berkuasa dekat satu penggal pun tak banyak yg depa buat. Yg penting, bila buat ceramah, kutip duit. Suruh syarikat GLC sponser, buat atas nama kerajaan negeri, tapi sebenarnya untuk kepentingan parti PAS PIS PUS.

Tanpa Nama berkata...

bagi kat umno maknanya ketua bahagian lah.inilah yg ramai tak pusa hati.termasuk umno sendiri.pasai tak telusssssssssssssssssssssssss

Anak Jati Telok Wan Jah berkata...

Hangpa orang PAS belit kut mana pun rakyat Kedah dah tau perangai hangpa. Suka salahkan orang lain.

Kalau hangpa pandai sangat pasai apa masa hangpa perintah ni lagi teruk dari zaman BN dulu.

Balik2 hangpa putaq dok salahkan orang. Bagi hangpa negeri Kedah kutlah hangpa boleh perelok macam hangpa janji dulu masa PRU12 tapi lagi kalut.

Satu projek besaq untuk menjana ekonomi negeri pun hangpa tak boleh buat. Mana pi pelaboq2 Arab yang hangpa dok gebang dulu.

Bila rakyat ungkit hangpa kona baring. Kalau tak boleh tunai jangan dok pembohong. Ustaz kata munafiq.

Bab duit ringgit ni hangpa sedap nak tuduh orang UMNO. Duit yang hangpa kutip masa ceramah tu ada hangpa bagi kat orang UMNO.

Pasai apa hangpa tak bagi orang UMNO. Pasai tulah juga tak salur kat hangpa sebab nanti hangpa kebaih.

Duit yang Kerajaan Pusat bagi janji sampai kepada mangsa banjir.

Nasib baik ada bantuan dari Kerajaan Pusat kalau harap dari kerajaan negeri mapuih kena hempok dengan mangsa2 banjir.

Kalau nak bela Kerajaan PAS negeri pun janganlah dok putaq sakan. Rakyat lagi naik. meluat.

Tanpa Nama berkata...

Buat apa cakap pasai jalan Singkiaq saja. Kita kena cakap sama jalan dari Bedong ka Merbok. Elok kaaaa... dekat nak patah ebsobr kereta aku Jalan negeri yang lainlagi aku tak mau cakaplah.... Tua yang rakyat kata duit yag diberi Kerajaan Pusat kapada Kerajaan Negeri tidak digunakan buat jalan untuk orang ramai.

stabrock berkata...

Jalan bedong ke merbok sbb lori tanah selalu lanyak, sapa punya? bukan kroni BN/Umno ka.. check la dulu. Lagi AIMST pun ada MIC punya.. Check dulu la.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates