Khamis, 1 Disember 2011

Graduan PASTI ...

Inilah hasil graduan PASTI milik PAS. Bercakap ikut nafsu yang hatinya penuh sifat kebencian.

Hasilnya, ilmu agama yang dipelajari disalahgunakan, dicampuradukkan dengan nafsu syaitan.

'Ulama adalah pewaris Nabi, dan jika tiada nabi maka ulama itulah nabi", katanya. Sesuatu yang perlu penyokong-penyokong PAS hayati betapa terpesongnya kefahaman penceramah ini. Hasil dari didikan siapa?

Tak lain tak bukan PAS sendiri.

Dan kerana nak politikkkan segala-galanya maka 4 huruf dalam nama Allah dan Nabi (jawi) pun cuba nak dipolitikkan dengan bandingan ke atas nama UMNO (4 huruf). Tetapi kebesaran Allah, itulah jadinya. Rosak badan kerana percakapan yang berkiblatkan Nafsu. Ilmu agama tidak dijadikan benteng daripada nafsu syaiatan; sebaliknya nafsu menguasai diri.

Insaflah wahai pendokong-pendokong PAS. Anda bersama bersubahat melahirkan orang-orang seperti ini. Ilmu agama hanya untuk meletakkan serban di atas kepada tetapi tidak digunakan untuk kebaikan. Nafsu diutamakan.

Sabda Nabi وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ yang bermaksud ” Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku, yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah “. Ianya jelas dan perkara ini umum mengetahuinya, tetapi bilamana ada kesamaran hujah yang disampaikan sedikit sebanyak ia akan mengelirukan umat Islam”

1 comments:

AnaQarbana berkata...

Ajaran sesat..buat laporan Polis..
JAKIM dok buat apa....takkanlah nak dengar saja...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates