Khamis, 15 Disember 2011

KedahLa mengaku kata-kata Kedah Times - Balak dan Pasir

Kedah Times petik dari Mc Theory. Isu KUIN ini sudah lama kita bincangkan. Dari kisah persengketaan Mahfuz dan pejabat MB berkaitan dengan pemberian tender.

AlMaklumlah, projek ini melibatkan ratusan juta. Jika ada kamsin pun dah kira jutaan diperolehi. Maka menjadi rebutan antara Pejabat MB dan Kedah Sato. Akhirnya Mahfuz letak jawatan kerana tak dapat projek tersebut.

Tetapi cara nak bayar balik kepada bank sapapun tak fikir lagi. Sebab tu agaknya duit maintenance JKR pun kena sapu. Balak pun kena tebang banyak-banyak, pasirpun kena korek keluar banyak-banyak. Kira betul la apa yang di jawab oleh KEDAHLA dalam blognya. Projek yang diluluskan ialah projek Keli tetapi Balak dan Pasir yang 'cover' balik kerugian projek Keli. Projek Keli kira projek wayang ja laa.

Projek disebalik tabir ....... balak dan pasir.

Kembali kepada kampus KUIN yang sedang dalam pembinaan. Sudah tentu dalam pembentangan budget lalu ada disebut pembayaran balik kepada bank sebanyak dibawah dimasukkan. Cuma nak cari duit tu la yang menjadi pertanyaan ....


PANAS!! BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!!

Dalam artikel yang lepas, Mc pernah mempersoalkan tentang hutang berjuta Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Namun selepas Mc difahamkan rakan blogger Sungguh Ka pernah membuat pendedahan ini. Mc pun dengan sukacitanya mendedahkan apa yang patut rakyat Kedah hatta Malaysia baca mengenai hal ini.

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan :
KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan.


·         Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00.
·         BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Di sini Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00

Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00.

Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN…..?

Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sebanyak RM82,000,000.00.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

itu tandanya krajaan PAS ni buta dan bangang dalam pentadbiran.macam HARAMJADAH

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates