Isnin, 12 Disember 2011

Kenapa orang PAS diam membisu?

Kedah Times petik tulisan YB Dato Zul Nordin berkaitan madrasah Salihiah Tambang Badak yang berhampiran dengan bangunan Tunku Yaacob yang terbengkalai sekian lama. Berdekatan dengan kawasan tersebut ada gereja dan juga tokong Hindu yang tidak disentuh langsung.

Kedah Times mengajak pembaca terutama penyokong PAS serta tak lupa kepada penulis-penulis tetap di KedahLa yang begitu rancak mempertahankan kerajaan PAS Kedah untuk menghayati tulisan panjang lebar ini. 

Cuba jawab soalan-soalan yang ditimbulkan dan tanya pada diri sendiri. Apakah kita dipihak yang benar? kenapakah kita tidak melakukan seperti apa yang kita sering lakukan dahulu?

Fikirkanlah ... Terimakasih YB Dato' .. mohon laluan untuk siarkan posting tersebut. Harapan kita agar terdetik dihati mereka aka apa yang parti dan pemimpin mereka lakukan adalah sangat menyimpang dari ajaran sebenarnya ..


(Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu diroboh)

Salam 2 all.

Lebih kurang tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkapiorkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.

Surau tu cuma surau papan plywood aje, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan surau itu.

Walauppun selepas tu rupanya memang sebuah masjid cantik dibina, iaitu Masjid Al-Hasanah. Namun ahli PAS tetap istiqomah membenci Khir Toyo dan kerajaan UMNO. Pelbagai label dilemparkan, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! "Kekafiran dan kemunafikan" UMNO terpahat jelas kepada ahli PAS akibat peristiwa tersebut!

Begitu juga sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi (ada yang panggilnya surau Pakistan) dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan. Tujuannya untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.

Tapi ahli PAS tak puas hati. Jihad diisytiharkan. Demo diadakan. Walaupun yang turun menyokong tak sampai seratus orang, namun ahli PAS cekal berhadapan dengan pelbagai risiko, demi mempertahankan surau yang separuh batu separuh kayu, size sebesar rumah PPRT je pun.

Kerajaan UMNO/BN dilempar pelbagai maki hamun dan sumpah seranah! Mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! Walaupun akhirnya sebuah Masjid Dang Wangi didirikan bersebelahan dengan Bangunan IPD Dang Wangi, masjid yang tersergam indah dan cantik menjadi kebanggan umat dan mercu tanda baru kawasan sekitar Jalan Dang Wangi. Namun perasaan benci, meluat dan marah kepada UMNO/ BN tetap membara didalam jiwa ahli PAS!

Jadi apabila Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah hendak dirobohkan, teman terus terfikir sudah pasti para mujahidin dan bakal syuhada' dari PAS akan mengamuk sekali lagi.


Mana taknya, madrasah tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi.

Madrasah itu bukan baru, sudah tertegak ditapak yang sama lebih 100 tahunTapaknya adalah waqaf khas HANYA UNTUK PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN SEBAGAI MASJID/ SURAU!


Malahan sudah ada fatwa bertarikh 08 Rejab 1431 bersamaan 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan”.

Berdasarkan fakta-fakta diatas, teman terbayang sudah tentu para mujahidin dan bakal syuhada PAS akan berbaris panjang membuat rantaian manusia mempertahankan Madarasah tersebut. Teman terbayang para ahli Unit Amal PAS akan berbaring diatas jalan menghalang jentolak daripada merobohkan Madrasah tersebut. Teman sudah nampak darah-darah mujahidin dan syuhada' PAS melumuri jalanraya dan tapak Madrasah tersebut.


Tetapi itu semua sebenarnya tidak perlu. Tak perlu protes. Tak perlu demo. Tak perlu baring atas jalan! Kerana sekarang PAS sudah jadi Kerajaan yang memerintah Negeri Kedah. PAS sudah ada kuasa. Menteri Besar Kedah orang PAS. Exco Agama orang PAS. Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan yang mengeluarkan lesen pembangunan adalah orang PAS. Ahli Majlis Bandaraya Kota Setar adalah orang PAS.

Jadi tidak perlu lagi para mujahidin dan bakal syuhada menjadi benteng manusia mempertahankan Madrasah itu. Tidak perlu ahli Unit Amal berbaring diatas jalanraya untuk menghalang perobohan Masjid itu. Tidak perlu mengadakan ceramah dan kutip derma jihad untuk menampung perbelanjaan para mujahidin dan ahli Unit Amal!

Hanya perlu Menteri Besar PAS dan ahli Exco PAS membuat keputusan bahawa Madrasah Salihiah Kanchut yang berusia lebih 100 tahun itu mesti dikekalkan disitu. Cukup Menteri Besar PAS dan ahli Exco PAS mengisytiharkan bahawa tapak Madrasah itu adalah tapak warisan dan waqaf khas untuk Masjid.

Makna kata, tanpa perlu pedang, tanpa perlu senapang, tanpa perlu demo, tanpa perlu protes, tanpa perlu himpunan, tanpa perlu baring atas jalan; cukup sekadar pen & kertas; dan mungkin sedikit ayaq lioq; selesai masalah!


Tapi rupanya tidak! Kerajaan PAS Kedah yang dipimpin oleh seorang ulama' membuat keputusan untuk merobohkan Madrasah tersebut. Bukan untuk mengganti dengan Masjid yang lebih canggih macam Kerajaan UMNO Khir Toyo buat di Bandar Baru Bangi Selangor. Bukan untuk mengganti dengan sebuah Masjid lebih hebat dan besar saperti dibuat oleh Kerajaan UMNO di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tidak..tidak..tidak! Tetapi mau dirobohkan untuk dibangunkan sebuah Kompleks Belibelah bernama Plaza Tunku Yaakob bernilai RM500 juta. Akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta Bellevue Group berpengkalan di Pulau Pinang dimana seorang ahli perniagaan Cina bernama Sunny Ho menjadi pengarah urusannya!

Maka berbanggalah ulama' PAS yang telah diberi peluang menjadi Menteri Besar membawa sebuah jentolak, dengan kehadiran Sunny Ho, dan mengadakan upacara pecah tanah beberapa hari lepas!

Upacara pecah tanah menandakan permulaan kepada proses memecah dan merobohkan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun!

Apabila anak kariah memprotes, mereka dipanggil bingai, tak reti bahasa, anti pembangunan! "Lagipun kami akan bina sebuah surau dibawah kompleks beli belah tersebut," kata orang PAS sambil mendabik dada! Sambil umat Islam bersolat nanti, atas kepala mereka para shoppers akan lalu lalang, "kepala" mereka akan dipijak dan diinjak!

Mana pegi para mujahidin PAS? Mana pergi para bakal syuhada' PAS? Mana pegi ahli Unit Amal PAS? Mana pegi para pembaring jalan PAS? Mana pegi para pentakbeer PAS? Mana pergi para pengutip derma jihad PAS? Mana pergi mereka semua yop?

Tapi mengkome kena tanya balik pada diri sendiri yop soalan-soalan berikut!

1. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup jual kalimah ALLAH kepada kristian la'natullah?

2. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang tidak jumpa ayat Daulah Islamiyyah didalam Al Quran?

3. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup nak cerai anak bini dengan sumpah talaq tiga kerana nak pertahankan kerusi YB?

4. Bolehkah kita letak harapan kaum yang mengangkat kafir harbi sebagai kalipah himpunan haram mereka?

5. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mengangkat penzina dan peliwat sebagai kalipah "negara kebajikan" mereka?

6. Bolehkah kita letak harapan kaum yang menjauhkan diri daripada himpunan umat Islam untuk menyelamatkan aqidah umat?

7. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup tidor sekatil mimpi sebantal dengan kaum kapior harbi yang konsisten menentang Islam?

8. Bolehkah kita letak harapan kaum yang sanggup mati untuk mempertahankan kapior harbi?

9. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang bila bukti kemungkaran ditunjukkan kepada mereka, terus ditolak sebagai bahan bukti besi sejuk dan mengisytihar umat Islam yang tidak sehaluan sebagai qazaf ?

10. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mengangkat sebagai kalipah penganut fahaman pluralisma dengan menyamakan Islam dengan agama lain?

11. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mempertahankan gereja bermati-matianwalaupun gereja la'nat itu cuba memurtadkan umat Islam?

12. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang redho dan seronok bersama dengan satu pakatan luar tabi'e @ PaLut yang menolak penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam?

13. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang menjadikan komunis sebagai idola dan mengisytihar pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar?

14. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sekarang mengisytiharkan tidak akan laksanakan hudud kecuali dipersetujui rakan luar tabi'e dan songsang mereka biaDAP & PKR?

15. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang melabel umat Islam sebagai bingai, tak reti bahasa dan anti pembangunan hanya kerana umat Islam mahu mempertahankan sebuah Madrasah Salihiah yang dibina diatas sebuah waqaf khas berusia lebih seratus tahun!

Jawapannya jelas: kita umat Islam yang masih ada sedikit keimanan tahu dan sedar bahawa bukan sahaja kita tidak boleh letak harapan kepada kaum hipokrit ini, malah menjadi tanggunjawab kita menolak dan menentang mereka sehingga mereka balik kepangkal jalan, balik kepangkal Islam berpaksikan Al Quran & Sunnah! Itu tanggunjawab kita! Itu perjuangan kita! Itu jihad kita!

Dan untuk mempertahankan Madrasah Salihiah Kanchut ini, teman cadangkan perkara berikut dilakukan:

1. anak qariah perlu membentuk sebuah badan penyelaras untuk menyelaraskan pelan tindakan untuk mempertahankan Madarasah tersebut;


2. satu memorandum khas hendaklah diserahkan kepada Tuanku Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri Kedah dan yang punya kuasa mutlak atas hal ehwal Islam untuk memohon perkenan Tuanku supaya menitahkan Kerajaan PAS Kedah membatalkan keputusan merobohkan Madrasah tersebut;

3. melantik satu pasukan peguam untuk memfailkan satu permohonan segera melalui writ certiorari & mandamus dibuat kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Kerajaan PAS Kedah daripada merobohkan Madrasah tersebut dan memerintahkan Kerajaan Kedah supaya mengekalkan tapak Madrasah tersebut sebagai waqaf khas sebuah Masjid;

4. satu memorandum khas kepada Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah supaya mengeluarkan fatwa mengharamkan tindakan Kerajaan PAS Kedah dan memfatwakan supaya Madrasah itu dikekalkan ( dan ditambah baik) dan waqaf khas itu dikekalkan;

5. mengadakan satu himpunan besar-besaran membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah tersebut dan menghantar memorandum membantah tindakan merobohkan Madrasah tersebut kepada Menteri Besar PAS Kedah;

6. mengadakan solat hajat besar-besaran memohon kepada ALLAH swt supaya memelihara Madrasah tersebut dan mengubah keputusan Kerajaan PAS Kedah untuk merobohkan Madrasah itu, dan jika Kerajaan PAS Kedah berkeras mahu merobohkan Madrasah itu, memohon kepada ALLAH supaya melaknat mereka dan menjatuhkan Kerajaan ini melalui cara yang terbaik menurut yang ditentukan oleh ALLAH jua.

SELAMATKAN MADARASAH SALIHIAH KANCHUT!


SELAMATKAN TANAH WAQAF MASJID!


SELAMATKAN ISLAM!


Wallahua'lam & Wassalam!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Zulhijjah 1432
18 Nov 2011

###########################

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT
Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.
Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri menyatakan akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di bawah pusat beli-belah tersebut.

Note : Ehsan dari Zul4Kulim.blogspot.com

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

orang PAS sekarang dah tiada semangat pejuang.sebabnya, DAPIG sudah kasi puak jemblalang ni air jampi, hasil campuran air kencing khalifah Guan Eng dan tok GUru KARPAL SINGH..Bodo macam kerbau malaun PAS ni~!!!

rahman berkata...

tak tau nak kata apa lagi dengan puak pas bodoh bangang dan tolol ni!!!.. kaum lain sibuk mempertahankan rumah ibadat masing2, si zizan bingai mereng ni pulak sibuk nak merobohkan pulak!!! tengok kuil kat midvalley tu...boleh dipertahankan celah2 shopping mega!!! ni surau nak dibina kat bawah shopping komplek pulak ZIZAN ko MEMANG BANGANG BODOH BEBAL LAAA TAK GUNA KO BELAJAR TINGGI2 ALIH2 NAK JADI BANGGANG!!!! KO PECAH JER SURAU TU.. KO KENA KUTUK SUMPAH SERANAH SAMPAI ANAK CUCU KO!!!..PRU13 ko dan parti PASHIT HABIS KO

Tanpa Nama berkata...

MADRASAAH SALIHIAH KANCHUT JALAN TAMBANG BADAK..BERITA GEMPAR!!
SURAU DIROBOHKAN...GEREJA DIPERTAHANKAN!!
ITULAH KEBODOHAN PEMIMPIN ISLAM PAS KEDAH ...SEKARANG.MEREKA TELAH TERTIPU DENGAN KAYU KAYU YANG BERJAWATAN DALAM GLC.....DALAM HAL MADRASAH SALIHIAH INI...ADA BEBERAPA FAKTA YANG TELAH DISELAK...IAITU:

1.. PENGAMBILAN TANAH WAKAF ...MELALUI AKTA PENGAMBILAN TANAH ADALAH TIDAK SAH..SEBENARNYA KERANA...PENYALAHGUNAAN KUASA DI PERINGKAT AWAL...MAJLIS AGAMA DAN MUFFTI TELAH DIMANIPULASI..TAU TAK APA YANG TELAH BERLAKU DI DALAM MESYUARAT AJK FATWA?

MUFTI TELAH MENERIMA TEKANAN YANG HEBAT DARI BDB ..UNTUK MENUKAR FATWA ..MEREKA TELAH MENGHANTAR DIN EXCO UNTUK MENEKAN MUFTI..MUFTI TELAH SERBA SALAH..DI PERINGKAT AWAL..ORANG ORANG BDB TELAH SERING MENGHAMBAT ORANG2 YANG KERJA DI PEJABAT MUFTI...UNTUK MEMPERCEPATKAN FATWA DIKELUARKAN..TETAPI MEREKA TELAH TERLALU GOPOH DAN JAHIL MUNAFIK....

MUFTI TIADA PILIHAN SEBENARNYA ..TERPAKSA JUGA MENUKAR FATWA WALAUPUN MEREKA TELAH TAHU INI ADALAH SESUATU YANG TIDAK PERNAH DILAKUKAN...FATWA TELAH DITUKAR HANYA BERLANDASKAN HUJAH YANG TERLALU LEMAH....TETAPI PERSOALANNYA IALAH? KENAPAKAH ..AMIRUDIN PERGI BERJUMPA MUFTI? ATAS KAPASITI APA? ADAKAH MEWAKILI PEMAJU ..ATAU MEWAKILI KERAJAAN NEGERI?

KERANA...DI DALAM SIDANG DUN..BELIAU MENGAKU BAHAWA DIA..DIMINTA OLEH LEMBAGA PENGARAH PK....END KAY...BUKAN MEWAKILI KERJ...

TIADA MESYUARAT EXCO PUN...EXCO LAIN TAK PUN TAHU MENAHU...

JADI..APA TUJUAN DIA BERJUMPA MUFTI? NAK BELI TANAH WAKAF UNTUK BUAT SHOPPING COMPLEX? ITULAH CERITANYA.....

APA BILA HENDAK BERMESYUARAT DENGAN PEJ MUFTI...PIHAK PEMAJU TIDAK MENYEDIAKAN APA2 DOKUMEN PUN..SEPERTI PLAN BANGUNAN..DAN LAIN LAIN...YANG MANA ..TELAH MERESAHKAN PIHAK MUFTI...NAMUN TEKANAN HEBAT TELAH DITERIMAMUFTI..

SEBAB ITULAH..SEHINGGA SEKARANG...MUFTI KEDAH TIDAK MENGELUARKAN APA APA KENYATAAN PUN..BERKENAAN MADRASAH SALIHIAH KANCHUT....TAHU TAK KENAPA? KERANA ..MUFTI TAHU..PIHAK PEMAJU TELAH MENYALAHGUNAKAN ....MUFTI DIPERINGKAT AWAL...MUFTI TELAH INSAF..............JADI ITULAH HAL NYA TELAH BERLAKU......


TAHU TAK LAGI KENAPA ....FATWA TELAH DIHINA? FATWA TELAH DISALAHGUNAKAN UNTUK HANYALAH MEMBOLEHKAN..PENGAMBILAN TANAH DIBUAT.........TETAPI...SELEPAS ITU....YANG TERIMA AKIBATNYA IALAH ...MUFTI DAN MAIK..SEPERTI YANG TELAH ....DISIARKAN DI DALAM AKHBAR2 DAN CORETAN BLOG........

SAMBUNGAN.....................

-
MAIK T

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya org umngok dgn zul kulim...surau nak digantikan dgn yg baru dan canggih pun tak mau...bodoh dan bangang la puak ni...

Tanpa Nama berkata...

UMNO kuat bohong

Antara pembohongan dalam isu madrasah ialah:
a)Madrasah ada nilai sejarah berusia 100 tahun, sebenarnya baru berusia 4 tahun
b)Tanah wakaf digadai pada pemaju Cina kapiaq, sebenarnya tanah itu dipindah wakaf (istibdal)
c)Di situ ada 200 ahli khariah, sebenarnya cuma ada 5 keluarga Melayu kat situ, tak mampu buat jemaah terutama waktu Maghrib, Isya dan Subuh
d)Semua bangunan itu adalah surau, sebenarnya hanya ruang atas untuk solat, sebahagian besarnya ialah pejabat syarikat insuran.
Manakah yg terbaik antara robohkan surau dan bina surau baru yang lebih baik dan lebih besar dengan robohkan kuil atau gereja dan bina yang lebih baik dan besar di dalam shopping mall tu?

nayan berkata...

Haha istibdal utk kompleks komersial yg bakal ada pusat karaoke, restauran cina jual babi dan sebagainya. Kahkah.

Lagi satu jgn lupa dulu kalau ada tempat sembahyang yang dinding plywood dan tikar mengkuang, bila kerajaan nak runtuh utk yg baru, puak PAS lah yg guling2 nak mati jihad.

Apa citer sekarang? Tanah wakaf lagi...

Lepas tu apa hang nak kata kat masjid bahiyah yg ada kedah, rumah penginapan dsb...

pening la aku tengok puak PAS mempertahankan ketua depa... yg kaya ketua juga. bukan hangpa. sehingga tanag wakaf pun nak istibdal utk komercial center. Kalau nak istibdal untuk pusat dakwah ka atau perluas jalan ka atau rumah anak yatim ka, aku sokong juga.

Apa yang hang boleh guarantee yg pusat karaoke tak terletak betul2 atas tanah tersebut?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates