Khamis, 1 Disember 2011

Ketua Pemuda UMNO ibarat burung Tiung


Dibawah Kedah Times petik ucapan Presiden UMNO berkenaan 'gamechanger', 'gameplan', 'playing field'  serta 'battlefield' terkini. Beliau memberi fokus kepada media baru yang sepatutnya sudah lama dikuasai UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat sepatutnya sudah dari dulu lagi memberi fokus utama kepada dalam melaksanakan apa yang disebut Presiden.

Ada juga yang cuba berjinak-jinak tapi selepas akaun dibuka, apa satu tidak dibuat kerana buta IT.

Tetapi bagi Kedah Times ramai diantara mereka bukan saja pekak badak, tapi menganggap media baru ini hanya untuk orang muda berseronok atau untuk perkenalan. Ada yang pernah mengatakan mereka yang terlibat dengan blog dan lain-lain sebagai syok sendiri. Ada yang kata blogger musang berjanggut. Dan pelbagai lagi ..

Tetapi yang Kedah Times peliknya Ketua Pemuda UMNO ini. Bila presiden sentuh saja pasal media baru, maka beliau pun mulalah menghegeh-hegehkan diri mengatakan kepentingan Media baru. Walhal Unit UMB telah diserahkan kepada beliau. Tetapi impak  ..... habooooook pun tarak.

Kedah Times nak suruh beliau suluhlah muka dulu sebelum hegeh-hegeh buat statement tentang media baru ini. Apa sumbangan anda dalam menguasai Media Baru?

Di Kedah, Ketua Pemuda pun sebiji macam ketua Pusat dia. Apa perancangan pun kita tidak tahu tentang Media baru. Yang ada hanya tempek muka tepi pemimpin atasan semasa mereka membuat Press Statement.

Kedah Times terpaksa kata perkara yang benar walaupun pedih bagi mereka. 

Janganlah hanya hangat tahi ayam .... lebih teruk kalau hangat taik ayam panuu....

58. Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerryMessenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah. 

59. Umpamanya, ucapan perayaan AidilAdha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan. 

Saudara dan Saudari,

60. Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir SaddamHussein ditali gantung, serta juga nasib yang menimpa MuammarGaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat,adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan You Tube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.

61. Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusatjalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan,berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.

62. Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Saudara dan Saudari,

82. Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “gamechanger” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional,sertatidak pula mengambil langkah merangka semula “gameplan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti. 

83. Apakah yang dimaksudkan dengan gamechanger ini? Pertamanya ialah realiti baru.Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya,media baru. Mahu tidak mahu,suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini,detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan “the playing field” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

84. Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

85. Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada dikalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates